Social Icons

Pages

Saturday, September 15, 2012

LYNAS DAN BAS JELAJAH RAKYAT !!! KANTOI !!! KEGAGALAN UNTUK SEMUA ISU MEMBANGKITKAN KEMARAHAN ANWAR IBRAHIM !!!


Kantoi,Kantoi dan Kantoi !!! Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa Pakatan Rakyat telah benar-benar ketandusan isu untuk menghadapi PRU-13.Segala isu yang dikitar semula seperti hudud juga nampaknya memakan diri sendiri.Malah,isu yang dicipta contohnya,fitnah-fitnah terhadap Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah juga tidak membawa ke mana.akhirnya,mereka yang kantoi dan seluruh agenda dan dalang di belakang mereka terbongkar.Antaranya,kes mengenai cincin yang kononnya berjuta-juta,pembunuhan Altantuya, rasuah dalam pembelian scorpene serta latarbelakang SUARAM.Kini,apa yang PR mampu lakukan untuk terus berdiri sementara menunggu PRU ialah menebalkan muka untuk terus menafikan segala apa yang telah terkantoi,serta terus memainkan isu-isu tersebut seolah-olah ia masih relevan dan belum selesai.satu lagi cerita dari dalaman mengatakan puak PKR sedang mengupah budak remaja ataupun pemuda melayu membaling cat merah untuk bas Jelajah Rakyat di mana sahaja Anwar Ibrahim akan pergi.itu yang saya dengar.Pakatan Rakyat akan membangkitkan kemarahan rakyat dan menimbulakan persepsi bahawa ini semua puak UMNO yang buat seperti yang berlaku baru-baru ini.mereka memulakan semua ini dari muar sampai PRU 13.itu yang saya dapat dari sumber dalaman.kalau benar semua ini.rakyat Malaysia perlu berhati-hati.kalau salah maafkan saya.apa pun ini yang saya dapat dari sumber dalaman PKR.

cerita ke dua adalah isu kilang Lynas di Gebeng yang dijuarai oleh Fuziah Salleh,Ahli Parlimen PKR Kuantan.Fuziah terus berdegil menentang Lynas,walaupun kilang tersebut telah pun dibuktikan oleh segala macam pakar dan pertubuhan antarabangsa yang berkaitan, sebagai tidak merbahaya untuk manusia,haiwan dan alam sekitar.Fuziah telah bertindak menolak segala laporan saintifik dengan menggunakan air-liurnya.Sedangkan,membahaskan isu mengenai bahan radioaktif,kimia dan nuklear tidak boleh hanya berdasarkan pendapat,contoh terasing,gerak hati dan juga emosi.Ini kerana,ia adalah isu saintifik yang mana permasalahannya boleh dibentangkan secara terperinci serta dibuktikan,jika perlu,tanpa boleh dimanipulasi.Difahamkan,Fuziah telah diarahkan untuk terus menghidupkan isu Lynas dan memastikan Lynas tidak beroperasi walau apapun terjadi.Anwar Ibrahim sendiri memberitahu Fuziah agar menjaga ‘air muka’ PR dan terus menjadikan Lynas satu isu besar sehingga PRU nanti.


Jika tidak, Anwar khuatir rakyat mula membuka mata bahawa PR sengaja mempolitikkan Lynas untuk memburukkan kerajaan sedangkan kilang tersebut jelas tidak merbahaya.Kerana itulah walaupun media pro-PR iaitu Free-Malaysia-Today (FMT) telah terpaksa mengaku kalah dan meminta maaf kepada Lynas kerana menulis bahawa Lynas adalah merbahaya, PR tetap tegar membuat tuduhan yang sama.Harapan mereka,rakyat akan terlupa akan permohonan maaf FMT dan percaya bahawa penentangan mereka terhadap Lynas adalah berasas.Apabila Lynas mendapat lesen beroperasi sementara, Anwar dikatakan berang dan menyalahkan Fuziah atas kegagalan PR menghalangnya. Maka Fuziah dipaksa untuk meneruskan rayuan di mahkamah untuk menghentikan terus operasi Lynas.Memandangkan sejak dari awal lagi Kumpulan Anti Lynas tidak mampu berhujah dengan fakta dan bukti bagi meyakinkan mahkamah bahawa Lynas adalah merbahaya, maka tidak hairanlah jika rayuan mereka kalah lagi.Fuziah dan PKR serta Anwar tahu bahawa mereka tiada kredibiliti dan tiada asas untuk terus menentang Lynas tetapi apakan daya, mereka perlu terus memainkan isu yang tidak ada demi memastikan parti mereka kelihatan relevan di mata rakyat.

Sumber dalaman PKR memberitahu bahawa Anwar telah memarahi Fuziah dengan teruk sekali kerana gagal menjalankan tugas dengan baik Dan Fuziah pula berazam untuk memulihkan imejnya di mata Anwar dan ingin membuktikan bahawa beliau bukannya seorang ‘loser’.Oleh itu,sepertimana BERSIH diteruskan walaupun hampir semua dari tuntutan BERSIH telah diterima kerajaan, begitulah juga Fuziah akan meneruskan tentangan terhadap Lynas.Untuk ini,Fuziah perlu terus berlakon bodoh, pekak badak dan buta tuli seolah-olah tidak memahami ayat mudah bahawa ‘kilang Lynas tidak merbahaya’.Dari satu segi, benarlah kata Anwar bahawa Fuziah adalah ‘loser’. Ini kerana hanya seorang ‘loser’ sahaja yang sanggup terus berlakon bodoh demi satu matlamat yang bodoh juga iaitu menghentikan operasi kilang yang bakal memberi keuntungan kepada penduduk sekitar dan juga negara.

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates