Social Icons

Pages

Sunday, September 23, 2012

PILIHANRAYA SERENTAK !!! KARPAL SINGH BELASAH KHALID GAGAP ???


Pengerusi kebangsaan DAP,Karpal Singh mengakui pilihan raya negeri dan parlimen secara serentak dapat menjimatkan wang pembayar cukai.Bagaimanapun,katanya,beliau turut berpandangan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) harus diadakan pada penghujung penggal lima tahun.

“Rakyat mengundi kerajaan untuk tempoh lima tahun,oleh itu ekspektasi itu perlu dipenuhi,” katanya.

Menteri Besar Selangor,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini dilapor berkata,Selangor tidak dapat mengadakan pilihan raya serentak dengan pilihan raya kebangsaan.Menurut beliau,perkara itu tidak boleh dilaksanakan kerajaan Selangor kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum membersihkan daftar pemilih bagi negeri berkenaan.Media pada 22 April lalu bagaimanapun melaporkan cadangan mengadakan pilihan raya berasingan itu menunjukkan pakatan pembangkang takut dengan angin perubahan yang melanda negeri itu.Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri,Datuk Seri Noh Omar dipetik berkata,Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang membuat saranan itu kerana sedar rakyat telah kembali kepada BN.Justeru,katanya,Anwar mula mencari alasan baru kononnya senarai daftar pemilih SPR tidak bersih dan hanya akan menyertai pilihan raya umum selepas semuanya bersih mengikut pandangan mereka.

RENUNG-RENUNGKAN 

No comments:

 
 
Blogger Templates