Sejak kebelakangan ini,isu AES (Automated Enforcement System) telah banyak timbul di dalam media elektronik pro kerajaan dan pembangkang.Walaupun usaha kerajaan untuk melaksanakan AES adalah untuk kebaikan secara keseluruhan,ianya dimainkan oleh pihak pembangkang di media alternatif dengan harapan untuk confuse rakyat.Bersama-sama ini dikemukakan beberapa fakta berkaitan AES.
Tujuan
AES telah dilaksanakan untuk mengurangkan kemalangan dikalangan pengguna jalan raya, di mana secara purata,18 orang meninggal dunia akibat kemalangan.Kos sosial dan ekonomi yang ditanggung oleh kerajaan untuk menguruskan kemalangan jalan raya menjangkau RM9bilion.Sebanyak 831 buah kamera akan ditempatkan mengikut fasa di kawasan black spot yang telah dikenalpasti oleh MIROS (Malaysian Institute of Road Safety).AES ini dilaksanakan sepenuhnya oleh syarikat swasta,iaitu ATES Sdn. Bhd. dan Beta Tegap Sdn. Bhd.Walau bagaimanapun,saman yang dikeluarkan tersebut adalah oleh JPJ setelah semua maklumat berkaitan pesalah dikenalpasti.Sehubungan itu,projek ini tidak melibatkan kos kepada kerajaan.
Isu yang ditimbulkan
• AES adalah satu cara untuk mengambil wang rakyat
• AES membebankan rakyat
• AES mempunyai banyak kekurangan
• AES perlu ditangguhkan
AES sebenarnya dilaksanakan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya,AES sekarang menumpukan kepada dua kesalahan sahaja,iaitu, speeding dan melanggar lampu merah.MIROS telah mengenalpasti bahawa kedua-dua kesalahan in menyumbang kepada kemalangan yang tertinggi.Oleh yang demikian, untuk menangani perkara ini AES telah dilaksanakan.
Undang-undang adalah untuk dipatuhi,jika kita melanggar had laju atau lampu trafik ianya merupakan satu kesalahan dan jika ditangkap dan terbukti akan disaman,sama seperti kesalahan-kesalahan lain.JIka rakyat tidak mahu ikut peraturan dan undang –undang maka negara akan hancur.
Adakah ini bermaksud kita memberi subsidi kepada peragut supaya meraka tidak meragut lagi ???
I8 kematian secara purata direkodkan setiap hari,berapa ramai yang menjadi anak yatim piatu,berapa ramai ibu bapa yang kehilangan anak-anak.AES akan menangkap gambar semua kenderaan termasuk motosikal yang melanggar had laju.Kerajaan mempunyai sebab untuk melaksanakan had laju tertentu di kawasan-kawasan tertentu,berdasarkan infrastruktur jalan yang sedia ada yang hanya boleh menampung sesuatu kemalangan jika dalam had laju tertentu,jika terlebih ianya akan memudaratkan pengguna jalan raya.sehingga kini,data-data menunjukkan bahawa kes-kes pelanggaran had laju dan lampu trafik di kawasan-kawasan yang di mana terdapat kamera AES telah berkurangan.
“Sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tiada gunanya”, “Prevention is better than cure”
RENUNG-RENUNGKAN
RENUNG-RENUNGKAN
8 comments:
Terima Kasih Kerajaan BN kerana memberikan hadiah yang tidak ternilai ini.
Dulu,kami tak tahu nak salurkan ke mana duit BR1M.
Tapi,sekarang semenjak adanya AES, kami tak perlu risau,malah tak perlu beratur pun.
Kerajaan BN telah menepati janjinya & kami pula akan tepati janji kami pada PRU akan datang.
Kill me slowly with Saman Rakyat 1 malaysia.
semua salah BN salah UMNO.. nuar tak liwat.. nuar bakal PM, undi jom semua FREE kat Malaysia ni, PTPTN FREE, air FREE, bagi semua free... saman tak payah bayar, jom protes. punkoq nya poster 2 ekor bacin kat atas ni..hahahaha.. bangang nya bangsa hahaha.
Bagi manusia yang tak reti pikir guna otak, cuma reti pikir pakai buku lali, mereka akan marah jika JPJ laksanakan AES. Apabila berlaku kemalangan maut melibatkan kenderaan yang dipandu laju pula, pun mereka salahkan JPJ sebab makan gaji buta. Jadi manusia otak mcm ni, sebaiknya kita tanam hidup-hidup supaya dia tak melahirkan generasi BODOH pada masa akan datang...
Thanks Najib, Do whatever you like.This country is your,ma...
For our side,we'll always support your ideas even though sometimes those ideas seems to choke us to death.
We are "The Adu Domba" team will always support you,no matter how worst the ideas will be.
Tak kesah pun nak pasang brapa byk AES. Cuma kalau boleh tambah lagi function nya. Boleh amik gambar kenderaan yg tukar lorong secara tiba2. Kluar simpang dgn kelajuan 20km/j dan maintain 40km/j sejauh 2km walaupun kereta di laluan utama dah hampir pada jarak kurang 20m. Yang tak mahu duduk dilorong kiri kononnya dia pun byk tax yg sama tapi tiba2 membelok utk masuk simpang sebelah kiri. Sume ni lagi byk menyumbang kemalangan. Paling tak paham, berpuluh2 kenderaan guna lorong kanan pada kelajuan purata 60-80km/j sedangkan lorong kiri kosong.
Perkiraan Matematik:
BR1M - (Saman AES)*0.20 Harga Gula = Fuyooooo.....Lu Gi La....Mana Ala Untung.
Solution:
PRU13 - BN = Better Future For Malaysian Citizens.
KP JPJ dan Pihak Polis Kata AES ni bagus kerana saman boleh dipungut tanpa memerlukan kos kerana kamera AES dipasang percuma oleh pihak swasta.Berapa pula portion yang diberi kepada pihak swasta tersebut dan adakah polisi sebenar kerajaan membenarkan keadaan ini berlaku.Pada pandangan saya adalah lebih elok semua kos dikeluarkan oleh pihak kerajaan manakala pihak swasta tersebut hanya membekalkan peralatan tersebut dalam procedure pembelian biasa saja dan pengendalian kamera AES diserah kepada pihak berkuasa kerajaan tanpa memerlukan apa-apa kompromi dengan mana-mana pihak swasta.Kalua pun peguam negara mengatakan boleh nilai SPRM dan mana-mana akta jenayah tetap akan tersemat di sanubari rakyat malaysia sekiranya fakta yang dikeluarkan oleh Datuk Solah ( KP JPJ )seperti diatas ( pasang percuma oleh pihak swasta )- ini bukan kes sedekah , hadiah atau zakat fitrah .
Post a Comment