Social Icons

Pages

Wednesday, October 17, 2012

BONGKAR !!! BAJET 2013 !!! PR KETEPIKAN ISLAM !!! APA CERITA NI ???

 
Bajet baru-baru ini dan kemudiannya Laporan Audit telah mendapat sambutan positif semua pihak.Secara tidak langsung,ini bolehlah ditafsirkan sebagai keyakinan rakyat yang meningkat terhadap Barisan Nasional.Terbukti kini bahawa Barisan Nasional bukanlah sebuah parti yang bercakap tidak serupa bikin kerana jelas segala janji telah ditepati dan segala program pula telah dilaksanakan sebagaimana yang dirancang.Semua ini terbukti melalui penilaian prestasi dan kewangan kerajaan persekutuan.Barisan Nasional juga tidak bersikap hipokrit seperti menggunakan slogan-slogan indah,cuba menggambarkan parti ini sebagai maksum atau malaikat yang suci murni tanpa sekelumit dosa. Barisan Nasional juga tidak pernah menggambarkan parti ini sebagai mempunyai kuasa ghaib yang mampu mengawal harga pasaran mahupun menurunkan harga barang dengan sekelip mata.Bajet yang dibentangkan BN adalah bajet yang berasaskan realiti iaitu berdasarkan kemampuan parti dan keadaan ekonomi dunia sepertimana yang terbukti melalui laporan audit negara.

Walaupun BN tidak terikat dengan gambaran suci murni dan maksum sepertimana PR Bajet yang dibentangkan BN tetap mengambil kira tuntutan agama dalam merancang pembangunan negara. PR sebelum ini telah mengkritik BN kononnya telah mengenepikan Sekolah Agama Rakyat (SAR) dalam Bajet kali ini.Hipokrasi PR ini amatlah memualkan terutama apabila merujuk kepada sikap parti tersebut terhadap masalah murtad,termasuk penggunaan nama Allah oleh bukan Islam serta Injil berbahasa Melayu yang mana disokong oleh mereka.Jika soal akidah sudah menjadi perkara remeh,apakah layak bagi PR untuk mempersoalkan hal-hal lain berkenaan Islam kepada orang lain ??? Umat Islam harus memahami bahawa ilmu dalam Islam tidak semestinya berkisar soal agama sahaja.Malah,telah ditekankan secara jelas dalam Al-Quran mengenai tugas manusia untuk mencari ilmu di langit,bintang dan alam semesta iaitu meneroka bidang sains,astronomi, matematik dan lain-lain.Oleh itu,adalah tepat bagi kerajaan untuk merangkumkan sekali pendidikan dalam semua bidang ilmu termasuk agama dalam belanjawan negara.Manakala pembangunan agama pula tidak semestinya berkisar mengenai ibadah seperti zakat atau haji, tetapi secara menyeluruh iaitu merangkumi membanteras kemiskinan yang mana membawa risiko ‘kufur’ di kalangan ummah yang boleh diterjemahkan kepada masalah sosial dan jenayah yang meningkat.Walaupun begitu,Bajet BN tetap memastikan hal-ehwal ibadah diperuntukkan dengan jelas, antaranya: 

1. Yayasan Wakaf Malaysia,di bawah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji diberi tanggungjawab untuk merangka pelan induk Wakaf Korporat dengan mengambil kira struktur perundangan Agama Islam Negeri 

2. SME Bank dengan kerjasama Bank Pembangunan Islam akan menyediakan Dana Industri Halal sebanyak RM200 juta untuk membiayai modal kerja PKS terlibat 

3. Bakal haji yang mencarum di KWSP, kini dibenarkan mengeluarkan simpanan dari Akaun 2 mereka bagi menampung kekurangan kos tambang.Inisiatif ini terhad kepada jemaah muassasah dengan maksimum pengeluaran sehingga RM3,000.

Namun,sebenarnya ini tidak perlu pun dihebohkan kerana telah menjadi prinsip BN menjunjung tinggi perlembagaan yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi.Apa yang menjadi persoalan di sini ialah berkenaan Bajet PR mahupun kritikan PR terhadap BN yang tidak konsisten dengan imej yang ingin dibawa mereka.Mungkinkah penyokong-penyokong PR benar-benar terlepas pandang bahawa PR langsung tidak menyebut mengenai pembangunan Islam di dalam Bajet Alternatif yang dibentangkan mereka ??? Ini tidaklah mengejutkan kerana PR tidak pernah mewar-warkan pendirian untuk memperkasakan Islam jika mereka memerintah tetapi telah dengan tegasnya membuat kenyataan untuk menyamaratakan atau bersifat adil kepada semua kaum dan agama.Kerana itu,PR tidak berani memasukkan ‘klausa’ Islam di dalam Bajet mereka.Pembangunan masjid,pendidikan Islam mahupun dana untuk pembangunan Islam langsung tidak diberi perhatian.Apatah lagi program jangka panjang untuk kemajuan umat Islam.Justeru,kritikan mereka terhadap BN amatlah melucukan kalaupun tidak memualkan.Apatah lagi,apabila PR diketahui didokong oleh SUARAM dan BERSIH yang menjadi agen penyebaran fahaman liberal.Mana mungkin PR memperuntukkan Bajet untuk pembangunan Islam sedangkan di masa yang sama menerima bantuan rangkaian-rangkaian Yahudi,para pendokong liberalisme yang radikal ???

RENUNG-RENUNGKAN 

No comments:

 
 
Blogger Templates