Pada 23 Oktober lepas,Gerakan Tuntutan Pemandu Teksi Malaysia (TEKSI) yang kononnya mewakili seluruh pemandu teksi mengugut akan mengadakan protes aman setiap Sabtu selagi tuntutan mereka untuk memperoleh permit individu tidak dipenuhi kerajaan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13). Pengerusinya,Mohammad Ridzwan Mohamad Daud berkata, mereka juga akan jelajah ke seluruh negara untuk menjelaskan kepentingan dan hak pemandu teksi yang diabai kerajaan.Majlis pelancaran Tuntutan Pemandu Teksi Malaysia dilakukan oleh Ahli Parlimen Ampang,Zuraida Kamaruddin di Bilik Gerakan Utama Parlimen Ampang yang dihadiri lebih 100 pemandu teksi.Selain menuntut permit teksi individu tanpa syarat,TEKSI juga mendrafkan beberapa tuntutan lain kepada kerajaan khususnya Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Antara tuntutan tersebut merangkumi kadar bunga atau cukai kenderaan pembelian teksi buatan Malaysia dimansuhkan, membenarkan penggunaan teksi selain dari Proton untuk teksi bandar kerana kos pembaikan dan ketahanannya kurang memuaskan serta kadar harga meter dikaji semula.Selain daripada itu mereka juga menuntut kerajaan supaya mengkaji semula kemudahan perkhidmatan bas Go KL,memansuhkan kaunter teksi berkupon yang telah membebankan penumpang dengan bayaran tambahan, menubuhkan badan yang menjaga hak pemandu teksi dan memberi pinjaman untuk pembelian rumah dan sebagainya.
Semakin dekat PRU13,semakin banyak pihak dipergunakan oleh Pakatan Rakyat khasnya untuk mengugut Kerajaan dengan permintaan-permintaan yang tidak masuk akal.Awal bulan lalu pula,kira-kira 250 pemandu teksi mogok di hadapan kompleks beli belah Pavilion di ibu negara sebagai tanda protes terhadap perkhidmatan bas percuma Go KL yang ‘membunuh’ mata pencarian mereka.Kitapun hairan,apa salahnya Kerajaan menyediakan bas percuma untuk Rakyat sekitar Ibu kota untuk meringankan beban Rakyat.Tambahan lagi,bukankah majoriti pemandu-pemandu teksi di sekitar Ibu Kota amat bersikap acuh tidak acuh dengan penumpang-penumpang tempatan yang mahu menggunakan perkhidmatan teksi untuk jarak yang dekat ???
Bukankah pemandu-pemandu teksi sekitar Ibu Kota lebih gemar mengambil penumpang terutama dari pelancong-pelancong asing supaya mereka dapat mengenakan caj yang lebih tinggi tanpa menggunakan meter ???
Kita sedia maklum bukan semua pemandu-pemandu teksi yang merupakan penyokong Kerajaan. Dalam mereka merembat segala bantuan Kerajaan kepada pemandu-pemandu teksi terutama bantuan terbaru iaitu insentif hampir RM35 juta untuk pemandu teksi di seluruh negara melalui program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1MA),mereka tetap tidak bersyukur.Kita tidak salahkan Ahli Parlimen Ampang dan Pakatan Rakyat. Mereka ini bijak memperdayakan Rakyat minoriti yang cuba mengambil peluang atas sikap terdesak Pakatan Rakyat untuk meraih undi.Namun kita terkilan dengan sikap segelintir pemandu teksi yang malas bekerja,suka berjudi dan menipu pelanggan.Hebat betul permintaan mereka ini seolah-olah nasib mereka sahaja yang perlu dibela oleh Kerajaan.Apakah kemudahan-kemudahan yang mereka minta ini adalah berjajaran dengan khidmat yang mereka berikan kepada masyarakat dan Rakyat Malaysia selama ini. - Selangor Daily
Apakah masalah yang ditimbulkan oleh memandu-pemandu teksi seperti tidak mahu menggunakan meter,mengenakan tambahan yang terlampau tinggi,tidak mahu mengambil penumpang dan bermacam masalah lain akan selesai sekiranya Kerajaan menurut kemahuan mereka di atas ??? Pemandu-pemandu teksi mempunyai rekod yang tidak baik di kalangan Rakyat Malaysia termasuk pelancung asing sebagai pengguna.adakh anda lupa dengan kes di bawah :
46 kes pemandu teksi kenakan tambang lebih 16/07/2012 2:46 Pm
KUALA LUMPUR – Setakat ini,Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) telah merekodkan 46 kes kesalahan pemandu teksi mengenakan tambang melebihi kadar dibenarkan di negara ini, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, jumlah itu adalah sebahagian daripada 1,823 kes pelbagai kesalahan yang dilakukan pemandu teksi.Katanya,pemandu teksi bersalah akan dikenakan tindakan mengikut Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 Seksyen 22(3) yang menyatakan mana-mana pemandu melakukan kesalahan ini boleh dikenakan denda tidak kurang RM1,000 tetapi tidak lebih RM5,000 atau boleh dipenjarakan tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. Ahmad berkata demikian semasa menjawab soalan Senator Datuk Boon Som Inong yang meminta penjelasan mengenai tindakan yang akan dikenakan terhadap pemandu teksi di ibu kota yang sengaja tidak menggunakan meter semasa membawa penumpang.Ahmad berkata,kerajaan juga melaksanakan beberapa inisiatif bagi memperbaiki imej perkhidmatan kenderaan awam yang uzur,daif serta kotor selaras dengan hasrat menjadikan negara maju berpendapatan tinggi. – Bernama
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment