Pada suatu ketika dulu,semasa menjelang dan selepas PRU-10 (tahun 1999),Nik Aziz Nik Mat mencabar Perdana Menteri ketika itu Tun Mahathir Mohamad supaya meletakkan jawatan Perdana Menteri kerana didakwanya Mahathir sudah tua dan nyanyuk,sentiasa uzur.Nik Aziz kata lagi,jika Mahathir letak jawatan pada hari ini, esok ambo (saya) pula letak jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan. Sila baca di sini.
Mahathir telah letak jawatan pada tahun 2003.Hingga ke hari ini pun, udah lebih 9 tahun Mahathir letak jawatan,Nik Aziz masih belum letak jawatan lagi walaupun sudah tua dan nyanyuk seperti apa yang dia pernah kata kepada Mahathir dahulu.
Ada ulama-ulama berpendapat, di antara orang-orang fasik ialah orang- orang yang suka berjanji tetapi tidak suka menunaikannya, atau sanggup memegang amanah tetapi tidak berpegang kepada amanah itu.
Sebenarnya ajaran agama yang boleh dikategorikan sebagai sesat yang dibawa oleh penceramah dan penyokong Pas ialah dikatakan jika orang-orang itu mati dalam UMNO maka dia akan dimasukkan ke neraka.Jika orang-orang kita mati dalam Pas akan dimasukkan ke syurga.Bab mati ini, harap-harap kita akan mati dalam Islam sahajalah, dan mati dalam keadaan beriman kepada Allah SWT.
Sesetengah Mat Rempit pun ada berkata bahawa mereka juga akan dimasukkan ke syurga jika mati kemalangan semasa merempit kerana 'mati di jalan yang lurus'.
Dalam al-Quran ada ayat menyuruh kita berbuat baik, jangan berbuat jahat dan terus beribadat kepada Allah. Dalam al-Quran juga ada ayat menyuruh kita berlumba-lumbalah membuat kebaikan.
Setelah berakhirnya PRU DUN Sarawak Ke-10 pada 16 April 2011 yang lalu, Setiausaha Agung Pas,Datuk Mustafa Ali telah mengeluarkan kenyataan sombong bahawa BN kehilangan banyak kerusi DUN di Sarawak.
Kenapa pula beliau tidak sebut yang Pas langsung tidak menang apa-apa kerusi DUN? Sebelum itu ada seorang pemimpin Pas Sarawak berkata, penyertaan Pas dalam PRU DUN Sarawak adalah untuk berdakwah.Pelik bunyinya! Namun orang Islam Sarawak menolak Pas secara baik. Tetapi Nik Aziz sakit hati dan mengeluarkan kenyataan "orang Sarawak bodoh pakai cawat". Dulu Nik Aziz ada berkata kepada orang di Tenang, Johor yang menolak Pas dalam PRK DUN N5 Tenang sebagai "orang Arab Jahiliah".Nik Aziz sudah tua, sebaik-baiknya bercakaplah elok-elok sikit melambangkan kita ini ulama, berimej Islam yang tinggi melalui pakaian serban, berjubah dan berjanggut. Ini tidak, tua-tua pun mulut masih jahat dan sewajarnya malulah kepada generasi muda. Harap Nik Aziz boleh faham suara daripada tulisan orang muda ini.Pada tahun 1990 selepas Nik Aziz mengangkat sumpah sebagai MB Kelantan, kenyataan pertama yang dikeluarkan oleh Nik Aziz ialah perempuan tidak boleh bekerja malam di Kelantan.Semua pemimpin Pas sokong. Sila baca di sini.
Persoalannya, bagaimana pihak hospital kerajaan atau klinik swasta yang semua doktor wanita atau jururawat wanita tidak bekerja malam untuk menghadapi ibu hendak beranak?
Adakah doktor lelaki atau pembantu hospital lelaki yang perlu ditugaskan menyambut kelahiran itu? Atau adakah kita meminta dan menyuruh ibu tersebut tunda beranak hingga ke pagi esok?
Selepas itu Nik Aziz kata perempuan cantik tak perlu kerja kerana perempuan cantik akan dilamar segera dan boleh berkahwin. Tetapi di pejabat MB, TMB, Exco-Exco semuanya terdiri daripada wanita-wanita cantik belaka.
Nik Aziz juga ada berkata bahawa orang perempuan tidak boleh jadi pemimpin tetapi hari ini dibolehkan pula. Ramai wanita di kalangan Muslimah Pas menjadi calon PRU atau PRK dan ada yang dilantik menjadi Exco Kerajaan Negeri Kelantan.
Dulu semasa mula-mula memerintah Kelantan, suara wanita adalah aurat! Maka mereka tidak dibenarkan menyertai Tilawah Al-Quran. Sekarang selepas 20 tahun dibenarkan pula dengan alasan mengatakan mereka mengambil masa yang lama untuk mendidik muslimah di Kelantan?
Hukum Islam atau Fatwa yang keluar daripada mulut Nik Aziz itu sentiasa berubah-ubah mengikut seleranya dan dengan itulah maka ramai orang berkata, Pas itu adalah sebuah parti politik yang membawa ajaran yang berubah-ubah.
Orang bukan Islam yang makan daging 'kz' 3 kali sehari dinobatkan sebagai Khalifah Umar Abdul Aziz. Tak logik langsung. Orang-orang UMNO punya satu kiblat dengannya dikatakan kafir kerana tidak menyokong partinya dan bermacam- macam lagi.Kita tidak boleh berpecah-belah dalam agama kerana ini memang ada larangan daripada Allah. Rujuk al-Quran Surah Al-An'Aam Ayat 159 dan ikrar kita di ayat seterusnya, Ayat 160 hingga 163.
Nik Aziz juga pernah berkata bahawa beliau tidak minta pun dilahirkan sebagai orang Melayu. Nik Aziz juga ada berkata bahawa Islam tolak kebangsaan. Kata-kata Nik Aziz itu seolah-olah dia menentang penciptaan Allah kepadanya. Dalam al-Quran ada satu surah bernama 'Pencipta' iaitu Surah Faatir. Surah Faatir Ayat 1 ada menerangkan penciptaan Allah.Adakah Nik Aziz tidak membaca al-Quran?
Adalah menjadi hak Allah untuk mencipta sesuatu. Allah cipta kita sebagai orang berbangsa Melayu, Jepun,Bugis dan bangsa-bangsa lain. Sila baca di sini.
Di Kelantan Nik Aziz sebagai MB, ada sebuah jabatan kerajaan negeri bernama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, adakah itu bukan kebangsaan. Di negeri sendiri pun ada unsur-unsur Kebangsaan. Seorang Exco baru Selangor daripada Pas pun memegang Exco yang ada kaitan dengan Kebangsaan. - Belantan
RENUNG-RENUNGKAN
13 comments:
Assalamualaikum,
Sekadar peringatan bagi yang terlupa."Wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."(Al-Maa'idah-Ayat 8)
Berhati-hati dalam 'posting' yang di paparkan kerana ianya kelak bakal dipersaksikan di padang mahsyar.
Tarak kerja punya blog.....kasi dpt dosa free ajo,piirahhhhhhhh...
Bikin tak serupa cakap - nak cakap macamalena lagi?
kenapa dgn posting nie?
Gua x nmpk ada salahnya.
Apa yg ditulis kt sini ialah PERKARA YANG DIBUAT/ DILAFAZKAN/ DILAKUKAN oleh nik ajis, cuba tanya dia, btul ke x dia ada buat/ cakap macam tue?
Cuba check press statement, ada ke x wartawan rekodkan perkara tue?
Bukti ada diberikan, kalau x cukup, pegi mintak kt arkib akhbar, diorg boleh bagi tengok utk rujukan.
Untuk yg x percaya, sila dapatkan bukti tersebut.
Masalah kat Malaysia nie ialah bila orang terlampau taksub dengan manusia biasa, menganggap manusia tue maksum yg xder salah langsung mengalahkan Nabi.
Xder salahnya atau xder kurangnya pahala atau xder kurangnya peluang kita nak masuk syurga yang sahih (bukan sorga spt yg dlm parti politik war2kan) kalau kita x taksub dgn nik ajis nie, dia pun diilai dosa pahala nya jugak, sama mcm kita.
Sekadar peringatan kepada yang terlupa dan pentaksub manusia biasa.
ni lah blog yg kejenya x habis2 nk fitnah aje..dasar pencacai umno..ABU.
... sifat seorang munafik ...
aku tak nak mati dalam parti politik tapi aku nak mati dalam islam dan iman.. kalau kauorg nak mati dalam parti politik terpulang lah..
Mahaguru segala pembelit cakapnya menjatuhkan mertabat islam.takburnya mengalahkan org kafir.
Assalamualaikum,
Bacalah firman Allah s.w.t. dalam surah an-Nur: “Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah daripada golongan kamu juga. Janganlah kamu mengira bahawa berita bohong itu buruk bagi kamu. Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya. Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar. Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukminin dan mukminat tidak berbaik sangka terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: ‘Ini adalah suatu berita bohong yang nyata.’ Mengapa mereka (yang menuduh itu) tidak mendatangkan empat orang saksi atas berita bohong itu? Oleh kerana mereka tidak mendatangkan saksi-saksi maka mereka itulah pada sisi Allah orang-orang yang dusta.” (Surah an-Nur 24:11-13)
malas amik tahu pasal politik.kami yang pelajar ni dah sampai tak tahu mana betul mana bohong.mana rasuah mana jujur.kalau benar sekalipun nik aziz keluarkan statement mcm tu.biarlah orang sekeliling dia yg menilai.kita yang tak pernah jumpa ni biarkan.takut tersalah menilai.kubur menanti.seksa menanti.Allahu rabbi
Apa Yang buruk tentang nik aziz dengan sendirinya terbatal Dan berniat jahat Dan penulisnya pula mendapat dosa !!!!!
Aku pernah menemui bebrapa bekas kadhi Dan mufti Dan imam sakit seperti lumpuh, nyanyuk, kanser, etc bertahun lamanya...dalam hati aku terfikir bukankah mereka dalam golongan yg tidak pernah lekang dari islam tetapi kenapakah Allah memberi mereka ujian sedemikian rupa? Apakah dosa2 mereka masa lampau? Bukankah semua itu untuk pengajaran utk kita menilai moral of the story!
Stmnt bodoh..pi belajar lg
dari zaman sekolah lg xhabis2 aku tengok & dengar 2 parti nih tuduh menuduh tapi hakikatnya dua2 parti ni la jugak yg dok buat perkara2 yg dituduh... MENGUMPAT, FITNAH, RASUAH, BOHONG, X AMANAH.. semua dosa2 besar tuh.. rakyat sampai pening..
Yg 'confirm' masuk syurga hanya nabi, rasul & 4 sahabat tu jerr.. kita ni smua jenuh ler nak berjawab dgn Maha Pencipta nanti..
Renung2kanlah..
Post a Comment