Social Icons

Pages

Monday, October 08, 2012

HOT NEWS !!! KABINET BAYANGAN PR !!! KENAPA PR MELOMPAT DAN KENAPA BN NAK SIBUK ???


Kabinet bayangan merupakan satu topik hangat yang dibincangkan oleh Rakyat Malaysia sama ada di Parlimen ataupun di kedai-kedai kopi. Kalau disemak dariapada kebanyakan negara-negara di luar termasuklah negara maju seperti Jepun sendiri pun tidak wujud istilah Kabinet bayangan.Ada cakap-cakap yang yang mengatakan sistem dua parti yang diamalkan oleh negara seperti Amerika Syarikat,Australia dan Britain pernah wujud kabinet bayangan.Benarkah perkara tersebut? 

Terdapat pelbagai versi yang diutarakan di media massa,akhbar portal,blog dan media sosial berkenaan Kabinet bayangan yang bakal dipraktiskan oleh Pakatan Rakyat.Penulis sendiri ada menerima e-mail daripada orang dalaman parti PKR yang mengatakan kononnya senarai di bawah adalah senarai terkini Kabinet Bayangan Pakatan Rakyat. 

Perdana Menteri: Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR) 
Timbalan Perdana Menteri I: Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Pas) 
Timbalan Perdana Menteri II: Lim Guan Eng (DAP) 
Timbalan Perdana Menteri III: (Pemimpin dari Sabah dan Sarawak) 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri: Dr Tan Seng Giaw (DAP)
Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (PKR) 
Datuk Mustafa Ali (Pas) 
Menteri Kewangan I: Tony Pua (DAP) 
Menteri Kewangan II: Rafizi Ramli (PKR) 
Menteri Pertahanan: Salahuddin Ayub (Pas) 
Menteri Pelajaran: Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin (Pas) 
Menteri Dalam Negeri: Azmin Ali (PKR) 
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan: Fuziah Salleh (PKR) 
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air: Dr Dzulkefly Ahmad (Pas) 
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah: Dr Mohd Hatta Ramli (Pas) 
Menteri Pengajian Tinggi: Chong Chieng Jen (DAP) 
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Datuk Husam Musa (Pas) 
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi: Dr Che Rosli Che Mat (Pas) 
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar: R Sivarasa (PKR) 
Menteri Pengangkutan: Khalid Samad (Pas)
Menteri Pelancongan: Elizabeth Wong (PKR) 
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani: Tian Chua (PKR) 
Menteri Kerja Raya: Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Pas) 
Menteri Kesihatan: Dr Lee Boon Chye (PKR) 
Menteri Belia dan Sukan: Yusmadi Yusoff (PKR) 
Menteri Sumber Manusia: Gobind Singh Deo (DAP) 
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan: S Kulasegaran (DAP) 
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Anthony Loke (DAP) 
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Zuraida Kamarudin (PKR) 
Menteri Luar Negeri: Datuk Saifuddin Nasution (PKR) 
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar: Nurul Izzah Anwar (PKR) 
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi: Teresa Kok (DAP) 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah mencabar Pakatan Rakyat untuk menubuhkan kabinet bayangan sebelum berangan-angan menubuhkan kerajaan sebenar dengan memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).Katanya,sehingga kini janji Pakatan Rakyat mahu menubuhkan kerajaan bayangan masih belum ditunaikan kerana takut mahu mengagih jawatan sesama sendiri.Pakatan Rakyat sehingga kini tidak menafikan atau mengesahkan senarai Kabinet bayangan yang disebarluas di internet.Pemimpin-pemimpin DAP, PKR dan PAS masing-masing masih bermain sandiwara kerana masing-masing ingin meletakkan semaksimum mungkin pemimpin daripada parti mereka untuk menganggotai Kabinet. 

Agak tidak logik bagi DAP ingin menerima senarai Kabinet bayangan seperti di atas memandangkan pastinya mereka akan memperolehi Ahli Parlimen yang teramai berbanding sekutu mereka di dalam Pakatan Rakyat, selepas PRU13, dengan sokongan kuat pengundi-pengundi Cina.Ironinya,Rakyat Malaysia amnya tidak perdulikan sama ada Kabinet bayangan ini wujud atau tidak.Apa yang mereka mahu tahu,walau sesiapapun yang memerintah masa depan mereka sebagai Rakyat Malaysia akan terjamin.Rakyat Malaysia sudah muak dengan politik saban hari yang dimainkan oleh Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Mereka ingin meneruskan kehidupan dengan aman tanpa perlu memikirkan hal politik 24/7.

Sebagai Rakyat Marhaen, Penulis sendiri mahukan agar PRU13 dipercepatkan oleh Perdana Menteri.Kita sudah muak dengan politiking yang tidak sudah-sudah saban hari.Tidak perlu Pakatan Rakyat untuk melompat untuk menafikan atau mengelak untuk membicarakan tentang Kabinet bayangan.Mereka pastinya akan berperang besar apabila Pakatan Rakyat memenangi PRU13.Barisan Nasional juga tidak perlu terhegeh-hegeh untuk meneka secara rambang Kabinet bayangan yang akan dikemukakan oleh Pakatan Rakyat. Lebih baik Barisan Nasional tumpukan kepada memberikan perkhidmatan terbaik dan menjaga kebajikan Rakyat. Lagi satu untuk apa Barisan Nasional sibuk-sibuk menolong Pakatan Rakyat menyediakan Kabinet bayangan.Lebih baik tentukan sekali siapa bakal jadi Ketua Pembangkang selepas PRU13 - Selangor Daily

RENUNG-RENUNGKAN 

No comments:

 
 
Blogger Templates