Social Icons

Pages

Tuesday, October 30, 2012

HOT NEWS !!! N GOBALAKRISNAN MEMBELASAH ANWAR IBRAHIM DAN XAVIER KAW-KAW !!!


Bekas Ahli Majlis Tertinggi PKR mendakwa Ketua Umum PKR,Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Exco Kerajaan Negeri Selangor,Dr Xavier Jayakumar adalah anti-Hindu ketika mengulas projek Kondominium 29 tingkat bersebelahan dengan kuil Sri Maha Mahamariamman di Batu Caves, Selangor. 

“Saya rasa terdapat satu konspirasi dalam sesetengah parti untuk memusnahkan ikon komuniti masyarakat India Malaysia.Saya berpendapat begini kerana terdapat sesetengah pemimpin dalam Pakatan Rakyat adalah anti-Hindu.Agenda mereka adalah memecahbelahkan masyarakat India dan menjadikan mereka sebagai hamba,”kata Gobala dalam sidang media di parlimen.Gobala mendakwa tidak ada kepimpinan India yang beragama Hindu yang dilantik menjadi exco kerajaan Selangor dan kejadian terbaru di Batu Caves itu sebagai mengulangi tragedi Kampung Buah Pala yang menunjukkan pengabaian terhadap masyarakat India.Ketika diminta mengulas lanjut tentang label ‘anti-Hindu’ itu,Gobala menjawab, 

“Anwar Ibrahim adalah anti-Hindu dan sesetengah pemimpin seperti Dr Xavier Jayakumar juga anti-Hindu”. Gobala juga mendakwa Anwar ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri telah memberi amaran agar loceng di kuil Hindu tidak lagi berbunyi. “Saya tahu dia akan saman dengan kata-kata ini,tetapi saya mempunyai saksi untuk perkara tersebut,”katanya.Difahamkan, kata-kata Gobala di atas merujuk terhadap satu kes pergaduhan Hindu-Islam di Pulau Pinang pada tahun 1998,di mana Anwar ketika sebagai TPM sebagai individu perantaraan.Menurut sumber,Dr Xavier Jayakumar,meskipun berketurunan India tetapi beragama Kristian.Manakala seorang lagi tokoh India yang dipercayai Anwar,Sivarasa Rasiah juga diragui identiti agamanya kerana isterinya,Ann James yang dipercayai beragama Kristian.Dr. Xavier Jayakumar adalah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan,Pekerja Ladang,Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri Selangor. Manakala Sivarasa Rasiah adalah Ahli Parlimen PKR Subang yang menjadi master mind dalam SUARAM dan projek guaman kerajaan negeri Selangor.

No comments:

 
 
Blogger Templates