Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf,Datuk Abdul Jalil Ali hari ini mengeluarkan kenyataan menafikan akhbar di bawah kawalannya,Sinar Harian tersalah lapor tentang kenyataan Timbalan Presiden PKR,Azmin Ali.Menurutnya,temu bual yang dibuat bersama Azmin itu dibuat di Parlimen dan disaksikan beberapa wartawan lain.
"Apa yang kami siarkan adalah temu ramah berekod oleh wartawan dan jurugambar,tidak ada sebarang putar belit atau salah lapor.Wartawan kami boleh menunjukkan bukti apa yang dikatakan oleh YB berkenaan,” katanya.
Rabu lalu,Sinar Harian melaporkan pada muka depannya berita bertajuk,‘MB Baru Selepas PRU13’ dengan Azmin membayangkan kemungkinan Selangor akan kehilangan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berjaya menawan Putrajaya.Dalam laporan itu,Azmin dilaporkan sebagai berkata,kemungkinan itu berdasarkan kepada faktor keupayaan Abdul Khalid memimpin Selangor sehingga menyumbang 23 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).Namun,keesokan harinya dalam sebuah laman portal Pengerusi PKR Selangor itu menafikan mengeluarkan kenyataan tersebut dan mendakwa kenyataannya itu disalah laporkan oleh Sinar Harian.
Abdul Jalil turut menegur sikap sesetengah pihak yang sering menuduh media memutarbelitkan fakta sekiranya kenyataan asal yang dibuat menimbulkan kesan negatif setelah disiarkan dalam media.
“Ini biasa terjadi,tetapi kami tidak berputus asa sebaliknya akan terus menegakkan profesionalisme kewartawanan dengan melaporkan kebenaran tanpa mengira laporan itu daripada pihak mana,” katanya.
1 comment:
Ini yang aku suka baca Sinar Harian. Bukan sahaja kerajaan BN yang kekadang panas jubur..tapi Kem PR sama kene. Sinar Harian ni tak buat kerja memfitnah. Laporannya tepat dan tak pilih bulu. Tahniah! Laporlah lagi jika ada yg tak betul sama orang BN atau orang PR pedulik apa. Berkata benarlah walaupun pahit.
Post a Comment