Tembelang perebutan kuasa di dalam Pakatan Haram semakin hari semakin pecah.Sebelum ini kita telah dihidangkan dengan pergeseran di antara Timbalan Menteri Pulau Pinang Dr Mansor Othman yang mengelarkan Ketua Menterinya sebagai “Cocky,Arrogant and Tokong (CAT)”.Hubungan di antara Ketua Menteri yang dulunya suam-suam kuku, kini menjadi seperti retak menanti belah.Ketua Menteri dari parti DAP pastinya akan membuang Timbalannya dari parti PKR bila tiba masa yang sesuai. Semua ini berlaku kerana tamak kuasa.
Terbaru, perebutan jawatan Menteri Besar Selangor pula menjadi bualan dan perdebatan di antara pemimpin-pemimpin Pakatan Haram.Umum mengetahui bahawa Azmin Ali sedang mengidamkan jawatan Menteri Besar Selangor.Cumanya,beliau tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk meyakini Ketua Umum PKR untuk menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada jawatannya.
Helah terbaru Azmin Ali nyata dapat dibaca.Sinar Harian melaporkan,Tan Sri Abdul Khalid mungkin dipindahkan ke Pusat sekiranya Pakatan berjaya menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13).Keputusan itu, kemungkinan besar dibuat oleh gabungan DAP, PAS dan PKR atas kewibawaan dan kepakaran tokoh korporat itu menjadi ketua pentadbir negeri selama sepenggal ini,lapor harian itu.
Azmin berkata, perbincangan peringkat Pakatan ada ke arah itu,bagaimanapun masih belum diputuskan kerana “tidak sesiapa pun boleh menentukan kedudukannya hari ini sehingga keputusan PRU13 diumumkan”.Azmin tidak menunggu lama sehingga PRU13.Cara paling manis untuk menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid adalah dengan membuat usul agar Tan Sri Khalid dipindahkan ke peringkat Persekutuan apabila Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya. Dengan ini, jawatan Menteri Besar Selangor pasti dalam gengamannya.
Hari ini pula, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pula menemplak Azmin Ali dengan berkata, kenyataan Azmin Ali bersifat peribadi yang tidak pernah dibincangkan itu perlu dielak kerana ia boleh dianggap sebagai pendirian bersama Pakatan Rakyat.Mustafa turut kesal dengan kenyataan Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafiei sebelum ini yang berkata, 20 pemimpin PKR akan menyertai kabinet.
Kenyataan Mustafa ini timbul ekoran di dalam Rapat Pimpinan Nasional PKR 2012 yang diadakan di Shah Alam Convention Centre baru-baru ini, Ketua Umum PKR,Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa 20 pemimpin kanan PKR dijangka mewarnai jemaah menteri Kerajaan Pusat sekiranya parti tersebut berjaya menawan Putrajaya dalam PRU-13 nanti.
Walaubagaimanapun,senarai nama mereka yang dijangka dilantik tidak disebut tetapi menurut Ketua Penerangan PKR Selangor,Shuhaimi Shafiei,sebahagian kecil pimpinan kanan mungkin diangkat sebagai menteri dan timbalan menteri mengikut tradisi yang wujud di dalam hierarki kepimpinan politik tanah air, di samping memberi peluang kepada anggota parti yang berpotensi.
Sebenarnuya, masalah PR untuk menyediakan Kabinet Bayangan bukan hanya terletak kepada kesukaran untuk mencari calon yang layak dan sesuai, tetapi yang lebih kritikal ialah untuk mendapatkan persetujuan semua pihak dari semua parti sekutu dari segi calon dan juga jumlah wakil dari setiap parti.
Anwar sebagai PM tidak mungkin boleh mengumumkan tiga kabinet berasingan kerana ia akan menyebabkan memerintah dan mentadbir negara menjadi sesuatu yang mustahil. Justeru, Anwar tidak ada pilihan selain dari mempertimbangkan semua nama-nama yang disenaraikan oleh kesemua parti untuk jawatan kabinet.
Jika ini berlaku, maka kabinet Pakatan Rakyat pastinya akan tercatat dalam sejarah sebagai kabinet paling besar dengan sekurang-kurangnya 80 Menteri dan Timbalan Menteri. Ia juga pasti akan direkodkan sebagai yang paling membazir dalam sejarah. - Selangor Daily
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment