Social Icons

Pages

Friday, October 05, 2012

ISU AIR PERCUMA !!! DI MANA HAK RAKYAT SELANGOR SEPERTI YANG DI JANJIKAN ???


PEMBERIAN bekalan air kegunaan domestik secara percuma sebanyak 20 meter padu pertama setiap bulan kepada pemilik kediaman di seluruh Selangor ini memang disebut dalam manifesto pakatan pembangkang pada pilihan Raya umum 2008.Perkara ini bukannya seperti ungkapan 'kami akan bagi,kami akan beri'.Itu subjektif tapi ini jelas dan terang memang disebut,jadi perkara ini adalah hak seluruh rakyat dan penduduk yang tinggal di Selangor,tak ada diskriminasi sama ada anda guna atau tidak meter air pukal.Itulah sebabnya Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor(GPRS),Datuk Sohaimi Shahadan menggerakkan inisiatif membantu mereka yang menuntut hak berkenaan daripada kerajaan PKR Selangor yang turut diterajui sekutu mereka daripada DAP dan Pas.

"Sebelum ini mereka tak kisah dan mungkin tak bersatu,tapi hati inginkan air percuma.Ada yang pada awalnya mengatakan ah! berapalah sangat kalau RM50 dikalikan (darab) dengan 11 bulan,baru RM550,tapi kalau diteliti balik,rugilah," kata Sohaimi ketika ditemui di Shah Alam kelmarin. 

Pada Jun 2008,kerajaan negeri Selangor yang mengambil alih pentadbiran BN pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU 12),Mac tahun itu,memperkenalkan subsidi sebanyak RM11.40 kepada rakyat Selangor di bawah Skim Air Percuma bagi 20 meter padu pertama setiap bulan.Namun,bagi rumah yang menggunakan meter pukal tidak tertakluk di bawah program itu sehingga mengundang kemarahan rakyat negeri itu.Ini kerana diyakini pihak kerajaan negeri masih dapat menentukan penggunaan air dan mengeluarkan bil mengikut setiap isi rumah Dan sehingga Jumaat lalu,sejumlah 4,000 saman termasuk daripada orang perseorangan telah dikeluarkan terhadap kerajaan Selangor bagi menuntut tunggakan subsidi di bawah skim tersebut.Setakat ini,tiga kumpulan pengguna air daripada kawasan penduduk Kinrara,Puchong,Bukit Mahkota Cheras melibatkan 1,313 pengguna telah membuat tuntutan tunggakan subsidi RM748,410,manakala 2,020 penduduk Shah Alam dan Petaling Jaya (RM1.15 juta) sementara dari Seksyen 7 dan 18 Shah Alam melibatkan 711 orang dengan tuntutan RM450,270.

Manifesto adalah perkataan Latin yang dipopularkan di Itali yang maksudnya jelas tanpa was-was. Dan daripada catatan sejarah istilah itu telah digunakan dalam penulisan Inggeris pada tahun 1620. Manifesto secara umumnya adalah satu deklarasi awam yang dibuat secara bertulis untuk melahir sesuatu hasrat, motif atau aku janji tentang sesuatu pandangan,isu oleh seseorang individu,kumpulan,kerajaan atau pun parti politik. "Justeru,sama juga dengan tindakan-tindakan politik yang secara keseluruhannya melibatkan pemilih atau pengundi,kaedah pemasaran yang baik telah digunakan secara meluas demi mencari kemenangan dalam pilihan raya.Apa lagi perkataan manifesto itu secara asasnya sejak daripada awal lagi penggunaannya lebih menjurus untuk tujuan politik.Lantas apabila kita menyebut istilah tersebut, kita akan bayangkan janji-janji orang politik.Apabila berkempen pada setiap pilihan raya, para calon sebagai 'produk' akan menyediakan manifesto yang terbaik bagi memancing undi," kata Sohaimi.Menurut Sohaimi,rakyat Malaysia sudah 12 kali menggunakan autoriti memilih 'produk' yang difikirkan berkualiti dan berkelayakan untuk memimpin negara.Tidak lama lagi, pastinya rakyat akan sekali lagi membuat keputusan memilih satu produk yang berkualiti untuk dibayar dengan harga satu undi. "Persoalannya,apakah selepas pilihan raya yang ke-13 itu nanti,produk yang kita pilih itu akan berfungsi seperti mana yang kita inginkan sewaktu memilih untuk membeli mereka," kata beliau.

Pada PRU 12 yang lalu,kata beliau,pengundi telah disogokkan dengan pelbagai janji atau manifesto parti-parti dan individu yang bertanding. "Pada hemat saya,manifesto Barisan Nasional lebih fleksibel dan berpijak di bumi nyata.Sementara manifesto pakatan pembangkang pula sarat dengan janji-janji manis,tidak ubah seperti 'menabur gula-gula kepada kanak-kanak'.Telah ditakdirkan pakatan pembangkang menang di Selangor Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.Kemenangan di Selangor misalnya,kerana rakyat terpesona dengan manifesto yang dilaungkan mereka.Sudah tentu harapan itu tinggi kerana janji-janji yang dilaungkan itu ibarat mencapai bulan dan bintang.Sementara Barisan Nasional tidak menjanjikan bulan dan bintang kepada pengundi, sebab itulah janji-janji dalam manifesto yang ditulis adalah berpada-pada dan fleksibel kerana pemimpinnya berhati-hati dalam mengukur keupayaan dan kemampuan diri untuk melaksanakan sesuatu," katanya. Walaupun tidak menaburkan janji manis dalam manifesto, kata beliau.

Barisan Nasional telah melaksanakan pelbagai program untuk membangunkan rakyat.Dengan berslogankan "1Malaysia: Pencapaian Didahulukan,Rakyat Diutamakan",Kerajaan Barisan Nasional telah mewujudkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M),Skim Penyelarasan Harga, Bantuan Pelajar RM100, Baucar Buku RM200, Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia, Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA), Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1MALAYSIA), Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA),Transformasi Kedai Runcit (TUKAR), dan pelbagai lagi.

Kata beliau : "Ironisnya, di mana janji-janji manis pakatan pembangkang. Mereka tidak ubah seperti menanam bibir di tebu menyebabkan rakyat terpesona dan terpedaya.Hakikatnya,janji yang diberi adalah palsu. Manifesto yang dilaungkan hanya cantik pada fizikal tetapi sayang, bukan untuk dilaksanakan. Lebih mengecewakan apabila Menteri Besar Selangor (Abdul Khalid) mengakui bahawa 'janji-janji itu takkan dapat dilaksanakan' kerana manifesto pakatan pembangkang bukan satu perjanjian. Rakyat maklum, 20 liter padu air telah diberikan percuma pada setiap bulan kepada setiap isi rumah di Selangor. Tetapi pelaksanaannya tidak adil dan tidak semua rakyat menerimanya. Pada masa yang sama, Syabas pula yang terpaksa menanggung beban hutang yang tidak dibayar oleh kerajaan negeri. Sebagai rakyat Selangor, tentu anda ingin juga bertanya di mana tabung RM100 bagi setiap anak yang dilahirkan di Selangor? Ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke rumah asuhan, dapatkah mereka bantuan RM75 sebulan untuk seorang? "Anak seorang rakan saya mendapat tempat di universiti bertanyakan bantuan RM1,000, tetapi banyak pula kerenah dari pihak berkenaan (kerajaan Selangor) sehingga beliau menyerah kalah untuk mendapatkan bantuan tersebut. Berapa banyakkah janji manifesto itu yang berjaya dilaksanakan? Rasanya, rakyat Selangor boleh menilai sendiri. Jika dilaksanakan pun, hanya memberi masalah baru kepada orang lain termasuk rakyat sendiri. "Sekiranya diketahui bahawa kita tidak mampu menunaikannya, jangan sekali-kali kita berjanji dan menabur harapan yang tak pasti. Janganlah membuat manifesto palsu semata-mata untuk menang pilihan raya dan akhirnya rakyat menjadi mangsa pembohongan," kata Sohaimi

Oleh Zulkifli Jalil

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates