Social Icons

Pages

Thursday, October 04, 2012

KANTOI !!! KHALID GAGAP MEMBELI KOMPAKTOR TERPAKAI !!! KATA BELI BARU ??? APA CERITA NI ???


Menteri Besar Selangor kata dia membeli 50 buah kompaktor (lori pemampat sampah) untuk mengatasi masalah sampah di Selangor.Tindakan memang nampak bijak tetapi sebenarnya ada agenda tersembunyi yang perlu ‘RAKYAT’ tahu terutamanya orang Selangor.Alasan yang tidak diketahui oleh ‘rakyat’ Selangor mengapa rejim khalid ibrahim beriya-ia sangat mengantikan kompaktor yang sedia ada kepada kompaktor yang baru dengan menggunakan duit kerajaan negeri adalah satu muslihat jahat.Kompaktor yang dibeli sebanyak 50 buah dan 15 buah kompaktor antaranya telah diterima awal bulan jun lepas adalah kompaktor yang dibeli mahal dari harga pasarannya.Lori pengangkut sampah yang didakwa baru itu sebenarnya lori terpakai yang bernilai hampir RM 14.5 juta untuk 50 buah kompaktor terbabit.


Kompaktor yang berjenama DONG FENG itu dibeli dari negara CHINAadalah keluaran terakhir pengeluaranya syarikat Dong Feng sedangkan alat ganti bagi lori pengangkut sampah terbabit terhad di Malaysia.Kos perbelanjaannya alat ganti mungkin berlipat ganda disebabkan alat ganti lori terbabit perlu di import dari negara China. - KMPM



KANTOI !!!

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates