Social Icons

Pages

Tuesday, October 09, 2012

KANTOI !!! TIADA PERBICARAAN BERKENAAN DENGAN ISU SCORPENE DI PERANCIS !!!


KUALA LUMPUR,8 Okt - Seorang pendakwa kerajaan Perancis yang terkenal,menafikan laporan-laporan media yang tersebar di kalangan beberapa portal berita online Malaysia berhubung perbicaraan yang sedang berlangsung di Perancis,mengenai dakwaan rasuah oleh sebuah syarikat Perancis berhubung pembelian dua kapal selam Scorpene buatan Perancis oleh Malaysia pada tahun 2002.Yves Charpenel berkata media di Malaysia harus dapat membezakan antara khabar angin dan fakta dan antara siasatan dan perbicaraan. 

"Saya sedar mengenai semua kekecohan yang dibangkitkan media tertentu (organisasi) di Malaysia berhubung perkara ini tapi apa yang saya boleh kata ini adalah tidak lebih daripada satu perbicaraan oleh media," katanya kepada Bernama.

Charpenel, yang juga bekas ketua pendakwaan di Perancis dan kini seorang pendakwa negeri dan anggota eksekutif Persatuan Pihak Berkuasa Anti-Rasuah Antarabangsa (IAACA),berada di sini untuk menghadiri persidangan dan mesyuarat agung tahunan IAACA yang berakhir semalam.Berikutan satu aduan Suaram, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) mengenai hak asasi manusia,yang difailkan pada 2009 mengenai sebuah syarikat Perancis yang didakwa memberi rasuah kepada sebuah firma Malaysia untuk urus niaga kapal selam itu,beliau mendedahkan bahawa dua "hakim siasatan" bebas memulakan siasatan mereka awal tahun ini.Charpenel berkata di Perancis,seperti negara-negara yang mengamalkan kedaulatan undang-undang,semua siasatan dibuat sepenuhnya secara rahsia.

Beliau berkata adalah hak bagi sesiapapun untuk memfailkan aduan dan berikutan sifat rahsia siasatan itu, sesetengahnya beralih untuk mengadu kepada media.Beliau menjelaskan bahawa untuk kes-kes tertentu di Perancis,Kementerian Keadilan akan meminta seorang hakim bebas, meminta "hakim siasatan" untuk menyiasat.

"Dia hanya seorang penyiasat. Ini adalah sistem lama yang bermula sejak era Napolean. Jika hakim siasatan mahu seseorang pergi ke Malaysia,dia perlu memohon dengan kerajaan anda kerana kami ada apa yang dipanggil Perjanjian Bantuan Perundangan Bersama.Kerajaan Malaysia boleh kata 'ya' atau 'tidak'. Ia perlu diputuskan oleh pihak berkuasa Malaysia.Seorang hakim siasatan Perancis tidak boleh membawa bagasinya, menaiki kapal terbang dan pergi ke Malaysia dan meminta seseorang menjawab soalan-soalannya. Ini adalah mustahil, ianya bertentangan dengan undang-undang Perancis dan ia juga bertentangan dengan undang-undang antarabangsa," kata Charpenel. 

Beliau menjelaskan di Perancis,seperti di tempat-tempat lain,perjalanan undang-undang tidak boleh ditentukan oleh media.Seperti yang dikatakannya,"Di Perancis,masa keadilan berbeza daripada masa media.Sudah tentu,media perlu data-data,maklumat,berita. Ia adalah semula jadi tetapi siasatan itu agak berbeza.Ia adalah sama,sama ada di Perancis atau di Malaysia Dan ia menjadi rahsia.Kami kini dalam langkah pertama, mungkin,kami dapat satu lagi langkah,mungkin tidak,dan ia adalah terlalu awal untuk bercakap lagi".

Ditanya mengenai laporan media bahawa peguam-peguam Perancis yang mewakili Suaram dalam saman itu akan datang ke Malaysia untuk memberi taklimat kepada anak guamnya,Charpenel berkata mana-mana peguam dari mana-mana negara,bebas untuk berbuat demikian kerana dia dibayar oleh anak guamnya. "Dia bebas bercakap dengan media,itu adalah kebebasan atau hak asasi manusia.Tetapi dia bukan seorang pendakwa.Dia juga bukan seorang hakim siasatan.Dia bukan seorang pegawai.Pada April tahun ini, ahli-ahli politik pembangkang tempatan di sini malah telah meminta pegawai Malaysia untuk memberi keterangan di Paris atau berdepan pemulauan dalam Kesatuan Eropah.Perbicaraan adalah satu perbicaraan dengan semua peraturan. Siasatan adalah adalah satu perkara lain," kata Charpenel mengenai maklumat salah yang dijana oleh portal-portal berita tertentu berhubung dakwaan bahawa satu perbicaraan sudahpun berjalan.Sabtu lepas, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Ketua Audit Negara menjelaskan urus niaga Scorpene dijalankan mengikut prosedur perundangan. - Bernama

No comments:

 
 
Blogger Templates