Laman web Jabatan Meteorologi meramalkan Kota Bharu dibasahi hujan minggu ini waktu sama berlansungnya Muktamar PAS ke-58 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK).Di sebalik semangat tahun baru 1434 Hijrah dan cuaca sedikit sejuk,pimpinan PAS diterajui Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetap perlu bersedia berdepan pelbagai isu yang membara bahangnya,terutama tahap persediaan parti menghadapi Pilihanraya umum ke 13 (PRU-13)
Perhimpunan bertema Negara Kebajikan Teras Perpaduan kali ini adalah pecutan terakhir menjelang perhitungan di peti undi,kata Naib Presiden PAS,Salahudin Ayub dan seharusnya menjadi landasan terbaik bagi jentera parti merumuskan tahap persediaan.Bersandarkan hakikat itu,beliau yakin isu di luar lingkaran PRU-13 akan terpinggir dengan sendirinya.
"Itu semangat muktamar perwakilan PAS.Tumpuan Kita ialah bagaimana menghadapi lawan dan setiap ruang perlu dimanfaatkan ke arah meningkatkan semangat ahli.Isu lain tidak penting," katanya.Realitinya,PAS banyak dibebani isu lain.Pertembungan kelompok tegar yang berpegang kepada kepimpinan ulama sebagai asas perjuangan dengan kalangan yang dilihat beriya-iya menegakkan pengaruh Datuk Seri Anwar Ibrahim atau dilabel sebagai "Anwarinas'adalah antara bom jangka yang mungkin 'diletupkan' di Kota Bharu.Benar,kerjasama PAS-DAP-PKR mendapat restu Majlis Syura sebelum 3 parti itu membentuk pakatan pembangkang menghadapi PRU-12 empat tahun lalu.Bagaimanapun yang meninggalkan kebimbangan pihak tertentu ialah kemungkinan PAS kehilangan Identiti sebagai parti yang menjunjung Islam,lantaran terlalu ghairah membuka ruang atas nama menjaga hati rakan.Pada masa sama,pengaruh (jika boleh disebut begitu) Nasharuddin Mat Isa di kalangan penyokongnya tidak boleh diketepikan kerana bagi mereka, ketegasan bekas Timbalan Presiden PAS itu bersuara mempertahankan prinsip perjuangan asal tanpa mengorbankan nilai walaupun atas nama kerjasama bukan ketukan tin kosong.Diakui,masa depan PAS bukan berlegar sekitar Ahli Parlimen Bachok itu atau sesiapa pun kerana PAS sebagai organisasi sememangnya jauh lebih besar daripada mana-mana individu,seperti juga parti sahsiah lain.Apa yang membimbangkan, menurut pandangan seorang ahli yang sudah lama mengharungi susah senang bersama PAS, parti itu kini menjadi tumpuan atas sebab yang tidak membantu perjuangannya.
"PAS menjadi bahan bualan kerana krisis dalaman, pemimpin bercanggah pandangan, orang ini ditolak, orang itu dibidas. Semua ini menampakkan seolah-olah PAS tidak lagi mempunyai ruang berbincang secara matang.Saya bersama PAS dah dekat 30 tahun. PAS mesti bijak membezakan perkara yang perlu ditangani dalam rumah sendiri dengan hal yang boleh dikongsi bersama rakan pembangkang. Sasaran kita ialah parti lawan, bukannya ahli sendiri.Ambil contoh isu Ustaz Nasharuddin.Dia nak cakap apa pun, itu pandangan dia. Tidak banyak sikit, ada betulnya.Kalau kita matang, kita terima teguran.Kalau ada yang dia sebut tu kita rasa tak kena, balas secara berhemah. Biarlah dia bercakap, kita terus buat kerja sudahlah," katanya.Menghampiri usia 61 tahun penubuhan pada 24 November ini,PAS sepatutnya tidak lagi dikekang persoalan hala tuju perjuangan kerana angka sebesar itu wajar meletakkan laluan sahsiah parti berkenaan di landasan padu.Walaupun sebahagian besar pemimpinya optimis dengan peluang PAS memenangi kerusi pada PRU 13,Abdul Hadi di nyata lebih berhati-hati membuat pertimbangan.
Paling utama,beliau mengigatkan semua pihak dalam PAS supaya menepis sifat "ujub' atau terlalu bangga dengan keupayaan untuk menawan Putrajaya berikutan terpengaruh dengan sokongan yang diterima."Jangan galak sangat. Memang kita hendak ke Putrajaya tetapi jangan 'ujub'," katanya ketika merasmikan Ijtimak Tarbawi Dewan Pemuda PAS Terengganu,baru-baru ini.Jatuh bangun PAS menghadapi percaturan PRU-13 bergantung kepada semangat perwakilannya dalam memperhalusi dan menterjemah mesej ucapan dasar Abdul Hadi,pada Jumaat ini.Darjah kepanasan perbahasan perwakilan adalah isyarat bagi pucuk pimpinan ke arah menentukan langkah seterusnya.Cabarannya ialah untuk Dewan Ulama,Pemuda dan Muslimat bertemu di titik sama dan membawa satu suara ke pucuk pimpinan mengenai apa sebenarnya yang dimahukan demi menjamin kelansungan masa depannya.Ketika perwakilan Muslimat terus memelihara tertib tetapi tetap tegas apabila berkongsi pandangan,perhatian parti terarah kepada perwakilan Dewan Ulama yang di harap menjadi 'kubu terakhir' mempertahankan asas perjuangan parti supaya tidak tergelincir daripada landasan gara-gara tarikan kuasa dari luar PAS itu sendiri.Apabila tiba masanya,pemimpin utama PAS seperti Mursyidul Am,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Abdul Hadi sendiri bakal diganti oleh nakhoda baru- itu hakikat tanpa kompromiyang perlu diakui.Justeru laluan yang ditentukan ahli PAS hari ini bakal mencorakkan wajah dan survival PAS ke arah menerowong era pasca dua pemimpin terbilang itu.
RENUNG-RENUNGKAN
2 comments:
ANWARINAS DALAM PAS ADALAH PROXY ANWAR. MR BEAN PUNYA gAMBAR tAK AMPAK PUN ? MALANG SEKALI PUAK ULAMAK TAK NAMPAK SEMUA INI. AHLI PAS WAJAR BIJAK BEFIKIR.
IDEOLOGI ALJUBURRI ANAK BERANAK AKAN MERESAP KEDALAM PAS MELALUI ANWARINAS.
ACHTUNG ACHTUNG ACHTUNG
Post a Comment