Social Icons

Pages

Sunday, November 25, 2012

HOT NEWS !!! PUAK PKR TERDESAK !!! KATA TAK SUKA KERAJAAN TAPI EDAR BORANG BR1M !!! APA CERITA NI ???


Pergerakan Pemuda UMNO hari ini mendedahkan wujud tindakan sabotaj dan tidak bertanggungjawab oleh pembangkang khususnya PKR di Selayang apabila didapati mengedarkan boring BR1M 2.0 yang dilampirkan bersama flyers PKR yang bertujuan untuk mengaburi mata rakyat serta mempunyai agenda lain.Pengerusi Biro Ekonomi & Pembangunan Usahawan Pemuda UMNO,Dato’ Sohaimi Shahadan berkata,PKR telah mengambil kesempatan dengan mengedarkan borang BR1M ini bersama-sama denga flyer maklumat dari kerajaan negeri,satu perkara yang kita nampak mahu mensabotaj BR1M ini kerana mahu mengumpulkan boring-borang yang siap diisi oleh pemohon. 

 “Perkara ini telah berlaku sebelum ini, dan borang yang dikembalikan hilang di tengah jalan. Kita tak tahu ke mana pergi borang ini (borang yang dihantar kepada pihak PKR).Ini merupakan satu unsur sabotaj dan bertujuan untuk mengelirukan rakyat kononnya mereka yang membantu rakyat dengan memainkan peranan PKR membuat gerakan mengedarkan borang ini (dengan kepala surat PKR Selayang) ke seluruh pangsapuri-pangsapuri di Selangor.Kita nak maklumkan kepada rakyat agar jangan tertipu,kerana borang BR1M ini boleh didapati di tempat yang betul dan pulangkan semula ke tempat yang betul.Hari ini,gerakan telah dibuat oleh Pergerakan Pemuda,pejabat wakil-wakil Rakyat BN,bukannya melalui PKR.Kerajaan Pusat tidak pernah melantik mana-mana agen dari PKR untuk mengedarkan borang BR1M ini.Kekhuatiran kita adalah bila borang ini dipulangkan kepada PKR, mereka boleh sahaja mensabotaj dan membuat berbagai-bagai perkara lagi,namun dalam masa yang sama mereka cuba mengagalkan hasrat kerajaan untuk membantu rakyat melalui BR1M ini.Ini perbuatan terdesak PKR untuk mengekalkan kuasa sehingga terpaksa mengangkat BR1M ini sebagai elemen-elemen untuk membolehkan mereka mendapat sokongan kembali,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Selayang. 

Rakan Blogger Sahabat Gunung Melaporkan,Sehubungan dengan itu,Sohaimi mengajak pemimpin dan ahli-ahli PKR untuk menyertai Barisan Nasional memandangkan usaha ini mereka ini juga secara tidak langsung membuktikan apa yang dibuat oleh kerajaan pusat melalui BR1M ini merupakan satu usaha yang baik untuk rakyat. “Kini mereka mengakui BR1M ini adalah satu daya tarikan kepada baik, satu contoh pemberian terus kepada rakyat yang layak.Kita minta pihak PKR menghentikan usaha jahat mereka ini, atau mereka boleh masuk BN jika mereka mengakui BR1M merupakan satu perkara baik untuk rakyat” ujarnya yang juga Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS).

1 comment:

Anonymous said...

lain kali kerajaan letakan lambang BN pd borang tersebut,baru PR takut nak edarkan borang tersebutr.

 
 
Blogger Templates