Kompleks PKNS Shah Alam Antara Yang Bakal 'Dilelong' Kerajaan
Negeri Selangor.
Menteri Besar Selangor,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dibidas kerana dilihat sanggup menggadai aset Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang bertujuan membangunkan sosioekonomi rakyat secara seimbang demi kepentingan politik.Pengerusi Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Pemuda UMNO,Datuk Sohaimi Shahadan mendesak penjualan aset tersebut dibatalkan atau kerajaan negeri akan berdepan dengan demonstrasi besar-besaran rakyat dan kumpulan peniaga di Selangor.

"Abdul Khalid jangan bermain politik kolot dengan menggunakan istilah 'urus tadbir korporat' bagi mengelirukan dan terus memperbodohkan rakyat sedangkan hakikatnya ingin menjual semua aset tersebut," tegasnya.Sohaimi Shahadan
Sohaimi berkata,sekiranya benar semua aset itu ingin disusun semula dan diselaraskan di bawah penubuhan anak syarikat PKNS,kerajaan negeri tidak sepatutnya membuat pinjaman korporat dan transaksi kewangan bernilai ratusan juta ringgit seperti yang didakwa.
"Kita melihat penjualan aset ini ekoran Abdul Khalid dan kerajaan negeri semakin terdesak sedangkan aset-aset berkenaan adalah simbol kejayaan PKNS dalam konteks membantu usahawan dan peniaga Melayu di Selangor," katanya.Tambah beliau,penjualan itu sudah pasti memberi kesan kepada kumpulan peniaga dan usahawan kecil antaranya kenaikan kadar sewa sekali gus membebankan mereka.
"Bukan hanya aset PKNS,malah harta kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor lain juga tidak mustahil akan dijual. Agenda pembangunan rakyat tidak dipandang berat dan sebab itu Abdul Khalid dengan mudah menyatakan manifesto yang dibuat pada pilihan raya lalu bukannya janji," katanya.Sebelum ini,Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor,Datuk Seri Noh Omar mencabar Abdul Khalid memberi penjelasan berhubung dakwaan PKNS meluluskan penjualan lima aset milik mereka yang difahamkan proses penjualannya berada di peringkat akhir meskipun belum dimuktamadkan.
RENUNG-RENUNGKAN
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment