Social Icons

Pages

Wednesday, October 31, 2012

HOT NEWS !!! LAJIM UKIN BAKAL TPM MALAYSIA ???


Baru saja PR meraikan ‘kemenangan’ mereka memancing atau mungkin juga ‘membeli’ pemimpin veteran Sabah,Datuk Seri Panglima Lajim Ukin,tetapi kini parti itu sudah mula pening dengan personaliti tersebut.Lajim Ukin,telah membuat keputusan untuk menyertai pembangkang atas alasan UMNO Sabah sudah dikuasai oleh Pengerusi Perhubungan Umno Negeri,Datuk Seri Musa Aman yang didakwanya memonopoli kuasa sehingga tidak boleh ditegur serta menyukarkan wakil rakyat untuk menyelesaikan masalah rakyat.Sebenarnya,jawapan ini adalah jawapan ‘standard’ yang telah dijangka dari mana-mana ahli politik yang memilih untuk berpaling tadah secara tiba-tiba.Di mana,secara tiba-tiba juga masalah rakyat menjadi masalah utama mereka walaupun selama ini tidak pernah menjadi masalah langsung Sama seperti bagaimana Anwar tiba-tiba melihat kepincangan sistem kehakiman,dasar-dasar kerajaan,malah PTPTN apabila berada di luar kerajaan sedangkan sebelum ini beliau turut terlibat dalam membentuk dan melaksanakan kesemua dasar-dasar dan keputusan yang dibuat oleh kerajaan.Lajim Ukin adalah orang lama di dalam politik.Sebagaimana lazimnya,orang lama pastinya berharga dan barangan berharga tidak boleh diletakkan sewenang-wenangnya di mana-mana saja.Ia perlu diletakkan di tempat yang sesuai dengan harganya.Lajim Ukin melihat dirinya setanding dengan Ketua Menteri.Iaitu tarafnya adalah taraf Ketua Menteri Sabah.

Tindakannya keluar BN juga adalah kerana percaya yang jawatan Ketua Menteri sepatutnya menjadi miliknya.Cita-cita Lajim ini telah menjadi rahsia umum di Sabah. Malah, antara syarat beliau untuk kekal di dalam BN ialah jawatan Ketua Menteri atau Yang DiPertuan Negeri.Namun,malang bagi beliau kerana BN tidak melayan mana-mana pemimpin yang gila kuasa dan cuba ‘tawar-menawar’ harga dirinya untuk dijual beli.Justeru,Lajim tidak punya pilihan selain keluar BN dan menyertai PR. Syarat yang sama juga telah disuarakan oleh Lajim kepada Anwar dan difahamkan Anwar pun memberi jawapan politik yang ‘standard’ juga kepadanya.Jika jawatan tersebut sahaja tuntutan Lajim, mungkin tidak begitu memeningkan Anwar,walaupun beliau punya calonnya sendiri untuk jawatan tersebut. Yang memeningkan Anwar ialah apabila Lajim membangkitkan faktor Sabah dan Sarawak sebagai deposit bagi PR dan menuntut agar Anwar memberi pengiktirafan yang setimpal kepada negeri itu dengan melantik dirinya sebagai Timbalan Perdana Menteri sekiranya PR berjaya memenangi PRU nanti.Tuntutan Lajim ini bagi Anwar adalah keterlaluan apatah lagi apabila Anwar telah mengenalpasti personaliti lain bagi jawatan tersebut sekiranya faktor Sabah dan Sarawak wajib diambil-kira.Antara individu yang mendapat kepercayaan Anwar ialah juga pemimpin veteran,iaitu Jeffrey Kitingan,Parti Reformasi Negeri (STAR). 

Sebelum ini Jeffrey telah membuat kenyataan bahawa partinya adalah berdiri dengan sendirinya sebagai pembangkang Sabah tetapi akan bekerjasama dengan PR menentang BN dalam PRU akan datang. Jeffrey pernah menjadi Pengerusi PKR Negeri dan pernah dilantik jawatan kanan sebagai Naib Presiden. Tetapi titik tolak Jeffrey meninggalkan PKR ialah isu pemilihan calon-calon dalam PRU 2008. Pengerusi Perhubungan Sabah yang baru telah tidak memilih calon-calon pilihan yang dicadangkan Dr Jeffrey.Ekoran rasa tidak puas hati Jeffrey menubuhkan Pakatan Bebas atau Independent Front, menaja calon-calonnya pilihannya sebagai calon Bebas.Bagaimanapun semua calon itu kalah termasuk Jeffrey sendiri yang bertanding atas tiket PKR. Jeffrey kemudiannya menubuhkan UBF (United Borneo Front) di mana beberapa pemimpin yang gagal dalam pemilihan ketua cabang PKR termasuk penyokong peribadinya turut meninggalkan PKR dan menyertai NGO baru itu. Walaubagaimanapun, sumber dalaman memberitahu bahawa Jeffrey yang telah menunjukkan sikap ‘survivor’ dalam politik yang mana begitu menarik perhatian Anwar.Jeffrey juga difahamkan telah memahami ‘isyarat-isyarat’ Anwar.Namun,kemunculan personaliti seperti Lajim Ukin yang ghairah mencari dan merebut kuasa telah mengganggu perancangan Anwar di Sabah.Anwar kini terpaksa menimbang semula antara kepercayaannya dengan pengaruh kedua-dua pemimpin Sabah itu,di kalangan rakyat tempatan. 

Nampaknya,Anwar mungkin telah memikirkan segala-galanya untuk menghadapi PRU ini tetapi Anwar tetap gagal memikirkan satu perkara iaitu sentimen rakyat yang muak dengan personaliti yang gila kuasa. Anwar juga lupa bahawa rakyat hari ini boleh mengenalpasti ahli politik yang tamak dan korup kerana rakyat kini cukup bijak untuk membaca yang tersirat dari tindakan dan kenyataan di media. Jeffrey mahupun Lajim kedua-duanya telah menunjukkan sikap tamak dan gila kuasa dengan melompat ke sana ke mari mencari tempat yang tinggi untuk bersemayam.Ahli politik seperti ini jarang sekali hiraukan nasib rakyat dan tidak mustahil atau besar kemungkinan, adalah korup juga.Oleh itu,apakah Anwar pasti yang rakyat mampu menerima mana-mana dari mereka sebagai TPM jika PR berjaya memenangi pilihanraya ??? Dan apakah Anwar yakin yang mereka boleh menang di kawasan yang ditandingi setelah menunjukkan kerakusan mereka kepada rakyat ??? Dari sudut lain pula,apakah jaminan bagi Jeffrey ataupun Lajim untuk memastikan yang segala janji dan isyarat yang diberikan Anwar kepada mereka bukanlah umpan semata-mata ??? Apabila umpan sudah mengena,belum tentu apa yang dijanji akan dilaksana.Apapun,suka saya mengingatkan mereka bahawa memungkiri janji bukanlah sesuatu yang asing bagi Anwar,mahupun PR.

RENUNG-RENUNGKAN 

No comments:

 
 
Blogger Templates