BUKU bertajuk Kafirkah Aku karya C.J Al Afghani seorang aktivis Pas menarik minat banyak pihak.Ia mengingatkan kita kembali mengenai perbuatan Haji Abdul Hadi Awang mengkafirkan UMNO dan membawa perpecahan yang parah di kalangan umat Melayu.Ia berlaku pada tahun 1982,di Ulu Peradung,Terengganu sewaktu Revolusi Iran berada di puncaknya.Haji Hadi amat tertarik dengan kejayaan Revolusi Iran dan Pas kelihatan amat radikal pada waktu itu.Pada tahun 1982 juga Anwar Ibrahim menyertai UMNO dan ia memberi kesan kepada Pas.Haji Hadi suatu ketika dulu pernah menjadi Yang Dipertua ABIM Trengganu di zaman Anwar menjadi Presiden ABIM,mungkin dia berasa amat kecewa dengan keputusan yang diambil oleh Anwar.Apakah ini menjadi antara sebab Haji Hadi menjadi lebih radikal kerana sebahagian orang ABIM yang mendukung Pas menganggap keputusan Anwar menyertai UMNO tidak syarie kerana ia tidak dibincangkan dalam syura.Keradikalan Haji Hadi dan populariti yang ada padanya menyebabkan dia tergamak mengambil pendekatan hitam-putih dalam memperjuangkan "politik Islam" sehingga mengkafirkan UMNO.
Akibatnya perpecahan yang serius berlaku di kalangan umat Melayu kerana dalam kalangan yang taksub dan tegar dengan sikap radikal ini memilih jalan takfir untuk mencapai cita-cita politik dan "Negara Islam".
Pulau-memulau,solat dua imam,enggan memakan daging sembelihan orang UMNO,nikah dua kali,perkuburan yang tidak sama dan banyak lagi yang terjadi membayangkan sikap politik orang Pas yang terlalu 'tajam' terhadap orang UMNO.Sebagai manusia Muslim,orang UMNO seperti juga orang Pas mempunyai kelemahan di samping kekuatan.Orang UMNO beriman kepada Allah,melakukan solat seperti orang Pas juga.Apakah layak mereka dituduh kafir semata-mata berbeza faham politik?
Mengkafirkan pihak lain semata-mata berbeza faham politik adalah sesuatu yang tidak syarie.Al-Quran secara jelas memberikan batas iman dan kufur serta menuntut kebijaksanaan dalam dakwah dan tarbiyah untuk disampaikan peringatan kepada mad'u atau sasaran.Malah hadis Rasulullah SAW mengingatkan kita supaya jangan mengkafirkan orang lain, bimbang kekafiran itu akan kembali kepada diri kita sendiri.Ternyata Haji Hadi mengkafirkan UMNO kerana lonjakan nafsul amarah yang tinggi, dendam kesumat yang mendalam dan mencetuskan rasa kebencian yang berlarutan terhadap musuh politiknya yang beragama Islam.Suatu kenyataan yang tidak boleh dinafikan oleh Haji Hadi,UMNO yang menjadi teras kepada kerajaan Malaysia sekian lama tidak menolak Islam.
Walaupun UMNO dan Barisan Nasional yang memerintah kerajaan ada kelemahannya tetapi kekuatan UMNO dengan agenda Islamnya dalam kerajaan tidak boleh dinafikan.UMNO dan kerajaan tidak sekadar menjadikan Islam sebagai sumber retorik atau Islam sebagai agama rohaniah yang sempit.Kerajaan di bawah kepimpinan UMNO menghasilkan program Islam yang bercorak institusi dan lembaga yang mengembangkan pendidikan Islam hingga ke universiti, program patuh syariah dalam perbankan, takaful,suku',wakaf, industri halal dan banyak lagi.
Zaman UMNO memerintah kerajaan juga Tabung Haji dibangunkan, kebebasan melakukan dakwah dan tarbiyah terjadi,TV Hijrah dan Radio IKIM dibangunkan.Apakah dengan agenda Islam yang banyak dilakukan oleh UMNO dan kerajaan ini layak Haji Hadi menuduh UMNO kafir sedangkan faedah daripada agenda ini dirasakan sama oleh orang Pas.Tidak ada pula orang Pas yang menolak sistem perbankan Islam,khidmat Tabung Haji,menonton TV Hijrah dan mendengar siaran radio IKIM di samping terus menerima bantuan biasiswa untuk anak-anak mereka belajar di dalam dan luar negara.Logiknya kalau UMNO adalah kafir,produk kerajaan dukungan UMNO yang banyak membela orang Islam sepatutnya juga dianggap produk kafir.Orang Pas juga memanfaatkan kemudahan ini.Salah satu faktor yang menyebabkan Haji Hadi mengafirkan UMNO ialah kerana berkawan dengan orang kafir dalam pemerintahan.Apa beza dengan Pas sekarang berkawan dengan DAP yang cauvinis.Tidak pula Haji Hadi mengatakan perbuatan itu kafir.Apakah kenyataan Haji Hadi dengan amanatnya pada tahun 1982 sedang memakan diri ???
RENUNG-RENUNGKAN
8 comments:
Agenda Palsu Muhyiddin - Pemuda & Puteri UMNO rela dibodohkan
~ BUKTI 1 ~
~ BUKTI 2 ~
UMNO dan BN sudah memerintah Terengganu hampir 50 tahun..... Tapi Kenapa Pemuda UMNO, Puteri UMNO, Wanita UMNO dan Pemimpin2 UMNO Terengganu tetap memilih jadi bodoh?
2013 - Tahun Paling Malang Rakyat Terengganu........ Lihat sendiri bukti kalau tak percaya...
~ BUKTI 1 ~
~ BUKTI 2 ~
~ BUKTI 3 ~
~ BUKTI 4 ~
Saya mohon sangat2 agar semua anak2 muda mengundi PR pada PRU ke-13. Mesti undi PAS, PKR dan DAP. Kita mesti ambil serius soal ekonomi dan perpaduan kaum. BN telah meninggalkan banyak hutang di setiap negeri. Ini akan membebankan kita.. Percayalah. Lihat sendiri selangor, bila PR memerintah kurang 5 tahun, hutang berkurang. Bandingkan dengan Terengganu yang diperintah BN sejak 50 tahun dulu... Kat mana hebatnya Pemimpin UMNO yang menafikan kewibawaan Pemimpin Pakatan Rakyat? Mereka pun tahu tapi tetap mahu menafikannya.. sememangnya betul.. ( Buktikan kalau saya bercakap bohong)
Terang2 tak wujud perpaduan dalam BN. MCA dan MIC terang2 menolak BN.
Pastikan anda memberitahu rakan2, emak ayah dan saudara yang kurang tahu soal ekonomi dan perpaduan kaum.... Walaupun terpaksa berada dlm kem BN dan UMNO, pastikan undi anda tetap kpd PR....
~ (( Budaya Samseng )) - Ahli2 Mahu Lari Dari UMNO ~
Biarkan UMNO bersendirian... Mereka tidak mahu bersatu, kita boleh bersatu sesama kita... Mereka pentingkan perpecahan... Biarkan mereka... Mereka lebih mengutamakan keganasan untuk mengekalkan kuasa... Biarkan mereka..... Mereka hanya mahu jadi samseng... Biarkan mereka samseng selamanya....
Biarkan pemimpin2 UMNO memperbodohkan ahli2 mereka selamanya...
whai anjingg...klu undi PR yang mendokong gay lesbian LGBT secara terangan mcm ni ko akan tengok penolakan besar besaran orang Melayu terhadap usaha anjing mcm kamu itu..Bendera aje besar tapi ckp mcm binatang..hidup BN..Hidup UMNO..
Anjing anjing pencacai pas, keldai DAP, penyokong LBGT PKR
antara ciri-ciri ulama Su' (Ulama Jahat) di akhir zaman:
dari mereka keluarnya fitnah, kepada mrk fitnah itu akan kembali....
-wau
Orang Pas Terangganu memang bodoh macam President mereka. Baling batu sembunyikan tangan. Lihat apa yang telah terjadi dengan "Amanat Hadi" ( AH) seperti diMamali yang telah mati kononya syahid tetapi tiada siapa yang ambil peduli. Berapa ramai saudara2 Islam yang terburai ikatan mereka sesama ibu dan bapa kerana AH. Jawapan Hadi Awang senang sahaja -itu perkara lama. Jadi apa yang perlu dibanggakan oleh pengikut2 PAS. Jika ulama PAS berani kerana benar sepatutnya merekalah tampil kehadapan untuk menentang AH dan menghukum Hadi Awang kerana kecelupuran beliua. Kalau ini terjadi barulah orang2 UMNO hormat mereka sebagai ulama.
Katalah apa pun yg handak kamu kata, malah perjuangan islam tetap diteruskan.
Tiada apanyg tak betul dlm amanat tersebut, hang baca ke tidak? Siapa makan cili dia terasa pedas....
Ulamak yg sokong dan mengampu umno saja yg berbuat fitnah kepada agama
Post a Comment