Social Icons

Pages

Monday, December 03, 2012

HOT NEWS !!! MALAYSIA AKAN BANGKRAP !!! NAMPAK SANGAT ANWAR IBRAHIM DAN PR KENCING RAKYAT MALAYSIA !!!


mugkin mudah bagi pakatan pembangkang untuk memperdaya atau menakut-nakutkan sebilangan rakyat yang barangkali tidak mengerti istilah ekonomi tertentu.Ini termasuklah istilah bajet defisit dan hutang negara.Namun realitinya tidak begitu.Faktanya - ekonomi negara amat sihat.Dalam ketidaktentuan ekonomi dunia ketika ini pun, Malaysia masih mampu mencapai pertumbuhan 5.2 peratus (ada mengatakan 5.3 peratus) pada suku ketiga tahun ini.Malah,prestasi negara lebih memberangsangkan,meninggalkan jauh Itali dan Perancis yang masing-masing mencatat hanya 0.2 peratus pertumbuhan bagi tempoh sama.


Membangkitkan dakwaan pembangkang bahawa ekonomi negara kini kononnya dalam keadaan 'parah' akibat menanggung hutang dalaman 53.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK),Ahli Majlis Tertinggi UMNO,Datuk Norraesah Mohamad (gambar) ada hujah berfakta untuk menjelaskan dakwaan ini.Sejak 1970-an lagi,kata Norraesah yang juga ahli ekonomi,pengurusan defisit negara amat baik.Tidak pernah sesekali default atau tidak memiliki keupayaan untuk membayar balik hutang. Pada 1980-an,pertumbuhan ekonomi negara juga bagus.Masih ada defisit waktu itu tetapi pertumbuhan negara terus meningkat.Maka dari 1971 hingga 1980-an menerusi polisi yang dipraktiskan, bajet defisit terus berjalan seiring dengan dasar-dasar serta projek-projek untuk menjana ekonomi meningkat sehinggakan negara berjaya mencapai dua digit pertumbuhan 10 dan 11 peratus pada 70-an. 

 "Sebenarnya tidak perlu kita risau hutang dalaman 53.7 peratus itu kerana yang penting pinjaman itu dari dalam (negara). Kalau kita pinjam dalam mata wang sendiri (ringgit), kita tidak mungkin bankrap. "Yang penting ialah keupayaan untuk membayar balik, ada pertumbuhan ekonomi dan pinjaman itu adalah dalaman.Dalam hal ini,kita tidak berhutang daripada pihak luar tetapi melalui contohnya daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP),Tabung Haji dan beberapa lagi yang membeli bon yang dikeluarkan kerajaan," katanya kepada akhbar ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).Norraesah menjelaskan,bajet defisit merupakan satu model yang diketengahkan Keynes. Ia dalam keadaan di mana pertumbuhan lembap dan sektor swasta pula mengundur kerana tidak berkeupayaan menghidupkan terus aktiviti ekonomi, sementelahan kemelesetan ekonomi jauh lebih teruk. 

Maka di sinilah,model itu 'dicabar' dengan kerajaan berkenaan perlu menunjukkan peranan yang dilihat melalui polisi-polisi fiskal untuk menentukan pertumbuhan tidak terjejas. "Selain dakwaan hutang dalaman tadi, ada juga pembangkang mengatakan kita sengaja mereka-reka data ekonomi negara.Ini jelas satu ungkapan nakal.Kalau tidak masakan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) baru-baru ini mengakui prestasi kita malah membuat jangkaan ekonomi Malaysia akan meningkat dengan lebih baik pada suku ketiga, seterusnya penghujung 2012 ini," katanya. 

Pengiktirafan IMF kepada keupayaan pengurusan ekonomi negara bukan baru. Ketika krisis kewangan Asia pada 1997 yang menjerumuskan kebanyakan negara ASEAN termasuk Indonesia ke dalam kegelapan ekonomi sehingga tunduk kepada IMF, Malaysia memilih melaksanakan Selective Exchange Control - yang mengekang duit negara ke luar.Waktu itu pendekatan 'luar kotak' yang diambil negara disifatkan aneh dan menerima ejekan.Namun,akhirnya terbukti berkesan dan IMF malu alah sendiri.

"Ada dakwaan mengatakan negara-negara peminjam IMF kini lebih jauh lebih baik ekonominya berbanding kita. Namun kita jangan lupa, berbelas-belas tahun sejak meminjam daripada IMF, rakyatnya merana akibat negara tergadai dengan bank-bank dimiliki pihak asing. "Tapi, pertumbuhan ekonomi kita tetap dan terus konsisten," katanya.Kepada pakatan pembangkang,Norraesah berpesan: "Dalam nafsu mengejar kuasa, janganlah kebenaran dicederakan. - Utusan Malaysia

RENUNG-RENUNGKAN

5 comments:

Anonymous said...

Never trust an individual who badmouths the government or organisation where when he was in power HE HAS AND ALWAYS SWINDLING....Cakap tak serupa bikin.

Anonymous said...

Dari Anuwar masuk PKR. Dari mula Harakah di terbitkan. Tak habis habis kata Malaysia akan bangkrap.

Kalau sekali orang percaya la. NI dah jadi macam lagu pulak. Ulang ulang putar.

Lagi pulak moral memang teruk. Masuk penjara pun pasal salah guna kuasa.

Tinggalkan bekas banduan ni dalam mimpi dia.

Anonymous said...

Dari Anuwar masuk PKR. Dari mula Harakah di terbitkan. Tak habis habis kata Malaysia akan bangkrap.

Kalau sekali orang percaya la. NI dah jadi macam lagu pulak. Ulang ulang putar.

Lagi pulak moral memang teruk. Masuk penjara pun pasal salah guna kuasa.

Tinggalkan bekas banduan ni dalam mimpi dia.

Anonymous said...

Kalau bukan penipu bukan Anwar namanya. Itulah banyak sangat makan duit haram DAP dan yahudi, pembohongannya menjadi makanan harian fuckatan.

Unknown said...

Psal bankrup dr dulu lg d mainkan o pembangkang smpi naik letih mendengarnya. Mmg x leh pakai kpala diorg ni.

 
 
Blogger Templates