Social Icons

Pages

Wednesday, December 12, 2012

HOT NEWS !!! MANIFESTO DI GANTI TAWARAN MEGA ??? MACAM YEAR END SALE JER ??? APA CERITA NI ???


Manifesto bukanlah satu perjanjian,demikian kata-kata keramat yang terpancul keluar dari mulut Menteri Besar Selangor,Khalid Ibrahim pada 29 Ogos 2012 yang lepas ketika mengulas tuntutan rakyat Selangor yang mahu tunggakan air percuma berjumlah RM300 juta dilangsaikan oleh Kerajaan PKR Selangor.Maksud pemimpin PR itu ialah apa sahaja yang termaktub dalam manifesto yang dicanangkan oleh PR bukanlah satu bentuk perjanjian yang wajib dipenuhi sebaliknya ia hanya satu umpan politik semata-mata untuk mengaburi mata pengundi.Jika sekalipun ia sebenarnya adalah satu janji, namun ia sekadar untuk ditaburi, boleh sahaja bila-bila masa diingkari dan bukannya satu kemestian untuk dipatuhi.Mungkin menyedari sebahagian besar rakyat masih mengingati kata-kata keramat pemimpin PKR itulah agaknya maka semasa pakatan pembangkang menghimpunkan penyokong mereka di Dataran Rakyat, Kompleks Pas Pahang, Kerdau sehari dua lepas perkataan MANIFESTO dan JANJI diganti dengan perkataan TAWARAN MEGA.(Diulangi sekali lagi, TAWARAN MEGA dan bukannya JAM OMEGA.Harap pembaca Badut Rakyat baca betul-betul).Dalam perhimpunan politik penuh retorik yang dihadiri sekitar 7,000 orang penyokong PR itu (media propaganda PR dakwa 20,000 dan 30,000 yang hadir), Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim telah mengumumkan Tawaran Mega 3+6 meliputi peringkat pusat dan negeri. 

Antara kandungan tawaran mega peringkat pusat itu termasuklah melibatkan penempatan generasi kedua Felda, pembayaran royalti 20% dan isu prasarana kemudahan perhubungan.Diikuti enam tawaran peringkat negeri membabitkan penyediaan lot rumah dan penstrukturan kampung baru, permohonan tanah, isu tanah Orang Asli, penurunan cukai pintu dan sistem tender terbuka.Melihat pada respon sesetengah penyokong PR yang terlopong mendengar segala tawaran itu sambil bertepuk tangan,mudah untuk anda fahami itu tandanya mereka mudah tertipu dengan retorik terbaru Anwar dan gerombolannya.Namun bila diperhatikan ramai juga penyokong PR yang lain hanya sekadar tersengih sinis semacam mendengar penjual ubat di jalanan menjual temberang,itu maknanya dah ramai juga penyokong PR yang semakin menyedari tipu daya pemimpin mereka.Sama ada ia satu manifesto,janji politik atau tawaran mega itu dan ini, maksudnya tetap sama, bunyinya saja berlainan. 

Hakikatnya reputasi Anwar dan gerombolan pemimpin PR dalam bab menabur janji sana sini sudah terkenal seantero dunia.Di Selangor,Kedah,Pulau Pinang mahupun Kelantan sehingga kini tiada satupun pendidikan percuma hatta untuk anak-anak yang bersekolah di tadika pun masih perlu membayar yuran bulanan dan yuran pendaftaran tahunan.IPT kelolaan Kerajaan PKR Selangor yang hanya dua buah itu pun tak termampu untuk diberi pendidikan percuma malah Kedah yang memiliki sebuah IPT pun tak tertanggung yuran pengajiannya oleh Kerajaan PAS Kedah,ada hati lagi nak kelentong orang ramai dengan janji baru yang ditaburi. Ibu tunggal yang dijanjikan elaun bulanan sampai sekarang tertanya mana perginya janji yang ditaburi.Gaji minima RM1100 yang diwar-warkan sampai sekarang tak terlaksana di Selangor, Kedah, Penang ataupun Kelantan.Ini semua realiti dan hakiki bila kita membicarakan janji PR.Bagi mereka segala janji manis sama ada yang termaktub dalam manifesto, pengisytiharan di pentas politik mahupun janji yang ditaburi di media-media,semuanya sekadar untuk mengaburi mata khalayak sahaja.

RENUNG-RENUNGKAN 

No comments:

 
 
Blogger Templates