Social Icons

Pages

Thursday, December 06, 2012

HOT NEWS !!! NURUL IZZAH 'RUNTUHKAN' MASJID !!! APA CERITA NI ???


Kecoh seketika kem penyokong PKR apabila Ahli Parlimen Lembah Pantai merangkap Naib Presiden PKR,Nurul Izzah menimbulkan isu kononnya Masjid Ar-Rahman di Universiti Malaya (UM) telah dipaksa tutup oleh Kerajaan Pusat atas sebab politik.Melihat gaya propaganda PKR berhubung isu ini nampak jalan ceritanya seolah-olah Masjid Ar-Rahman akan ditutup untuk selama-lamanya.Fitnah sebegini semacam dah jadi darah daging anak beranak Anwar Ibrahim agaknya.Untuk sensasikan lagi cerita maka dicanangkan kepada umum konon arahan penutupan masjid itu datangnya dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan demikian dapatlah diburukkan imej Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar,Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin.

Walhal kisah sebenarnya,Masjid Ar-Rahman di UM ini hanya akan ditutup sementara sahaja bagi membolehkan kerja-kerja baik pulih dilaksanakan.Notis penutupan sementara itu pula datangnya dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bertujuan untuk melicinkan proses membaiki kebocoran bumbung,kerosakan pendawaian dan kerosakan paip air yang berlaku di masjid tersebut.Disamping itu dalam tempoh penutupan sementara ini,tumpuan turut diberikan untuk menyelsaikan masalah limpahan air di sekitar kawasan masjid tatkala hujan lebat.Semua langkah ini jelas bermaksud untuk menjamin keselesaan para jemaah di masa akan datanng.Arahan rasmi dari JAWI itu telahpun dikeluarkan pada 20 November 2012 dan berkuatkuasa pada 1 Disember 2012 sehinggalah jangkaan semua proses baik pulih ini akan selesai sekitar akhir Jun 2013.Sementara menantikan semua kerja-kerja baik pulih diselesaikan,pihak JAWI menyarankan semua ahli kariah dan jemaah menunaikan solat di masjid-masjid berhampiran.Misalnya di Masjid Tun Rahah Bangsar Village,Masjid Ikhlasiah Kg. Kerinchi,Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq Jalan Ara Bangsar, Masjid Negara,Surau Jumaat Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dan Surau Jumaat Muhammadi Angkasapuri. 

UNTUK SELANJUTNYA

Pendek kata,tiada masalah sebenarnya,sebaliknya anak perempuan kepada Ketua Umum PKR itu sahaja menimbulkan polemik untuk kepentingan politik songsang parti anak beranak yang diwakilinya.Lebih-lebih lagi selama ini imej Nurul Izzah hanya dekat dengan gereja sahaja,termasuklah yang terbaru menyertai forum dalam Gereja Full Gospel Tabernacle,USJ,Selangor yang baru-baru ini kecoh dengan perakuan Naib Presiden PKR itu yang mahu kebebasan agama turut merangkumi orang Melayu Islam.Mahu tak mahu,untuk naikkan semula saham politiknya dikalangan orang Melayu Islam maka terpaksalah mempolemikkan isu masjid pula,hatta walau terpaksa melakukan fitnah sekalipun demi kepentingan politik peribadi.Akhirnya jadilah ibarat tolong 'meruntuhkan' masjid apabila sengaja mencetuskan kesangsian dikalangan orang ramai dengan memesongkan fakta konon Masjid Ar-Rahman akan ditutup selamanya oleh Kerajaan Pusat.

RENUNG-RENUNGKAN 

6 comments:

Anonymous said...

anak beranak jadi penipu dan pembelit...

Anonymous said...

poyo la kau nurul asek cari publisiti murahan je.. dah x laku kan kesiann

Anonymous said...

Syabas NURUL IZZAH... teruskan perjuangan...

Anonymous said...

teruskan perjuangan?? mcm kelakar ayat tu.dah kenacing rakyat,nak teruskan perjuangan? puiihhh...

Anonymous said...

teruskan perjuangan?? mcm kelakar ayat tu.dah kencing rakyat,nak teruskan perjuangan? puiihhh...

Anonymous said...

Syabas nurul izzah.teruskan jahanam kan parti ayah hang yg kaki bontot n cinadoll.hakkktuihhhhh

 
 
Blogger Templates