Social Icons

Pages

Tuesday, December 04, 2012

HOT NEWS !!! PR PANGGIL PENYOKONG KELANTAN IBLIS ??? APA CERITA NI ???


bila saya membaca tajuk tulisan "Ayuh Boikot: Red Warrior Iblis UMNO" yang dipaparkan oleh laman sesawang suarapakatanrakyat.com pastinya membuatkan ramai dikalangan pembaca Badut Rakyat terpaku kelu kemudian menggeleng kepala antara percaya atau tidak.cuba klik link itu baru anda percaya.Sejak dulu hingga kini,sudah menjadi tabie semulajadi penyokong PR untuk memanggil orang lain dengan gelaran atau panggilan buruk sekiranya tidak cocok dengan pemikiran mereka.Itu antara trademark yang sudah sebati dalam jiwa raga penyokong PR yang agak sukar dikikis gara-gara sikap kurang ajar yang terbentuk dari didikan pemimpin mereka selama ini sama ada melalui ceramah politik mahupun demonstrasi jalanan. Lihat sajalah kekecohan yang penyokong PR timbulkan semasa demonstrasi jalanan Bersih 2.0 dan 3.0 serta semasa mereka menyambut sambutan ambang malam merdeka, habis janaham ketenteraman dan imej kesantunan rakyat Malaysia dibuatnya.Jadi tidaklah pelik sangat apabila kali ini lidah online PR melalui laman sesawang suarapakatanrakyat.com tiba-tiba sahaja menghambur kemarahan dan menggelar penyokong bola sepak Kelantan sebagai iblis selepas kejayaan pasukan bola sepak itu dikaitkan dengan UMNO. 

Jelas PR tidak dapat menerima kenyataan apabila Timbalan Ketua Bahagian UMNO Ketereh,YB Md Alwi menegaskan salah satu faktor sebab kebangkitan pasukan bola sepak Kelantan,The Red Warrior (TRW) adalah kerana keprihatinan UMNO.Tak cukup dengan gelaran iblis, dihasutnya pula supaya rombakan besar-besaran dilaksanakan dalam Persatuan Bolasepak Amatur Kelantan (KAFA) dengan menyingkirkan pemimpin UMNO,Tan Sri Annuar Musa yang dikenali ramai sebagai Bapa Pembangunan Bolasepak Kelantan. Annuar Musa,Ketua Bahagian UMNO Ketereh sejak mengambil alih jawatan Presiden KAFA diakui umum amat besar jasanya sehingga berjaya merubah TRW daripada pasukan belasahan kini mencipta fenomena Gelombang Merah yang menimbulkan kegerunan dikalangan pasukan lawan. Dua kali menjuarai Piala Malaysia dan tahun ini merekodkan kejayaan treble, semuanya disebabkan kebijaksanaan pemimpin UMNO itu serta faktor dorongan, sokongan serta sumbangan kewangan yang diperolehi dari UMNO dan Kerajaan Pusat.Nak mengharapkan PR tolong selesaikan masalah kewangan yang pernah melanda pasukan TRW,jangan haraplah, tunggu kucing tumbuh tanduk pun belum tentu.

Segala macam derma dan sumbangan kewangan yang mereka perolehi lebih banyak diguna pakai untuk kepentingan pemimpinnya.Mujurlah ada UMNO dan pemimpinnya dengan keprihatinan Kerajaan Pusat untuk membantu TRW bangkit dari bawah dan kini gah berjaya di persada kegemilangan.Namun bila PR menyedari kejayaan TRW turut memberi impak positif ke arah menyemarakkan Gelombang Merah yang dipelopori UMNO sebagaimana pernah terbukti dalam PRK Galas,Gua Musang pada 2010,tak pasal-pasal pasukan bola sepak itu digelar dengan panggilan iblis. Satu penghinaan besar dan amat menjatuhkan maruah rakyat Kelantan,sukar untuk dimaafkan sementelah lagi penghinaan sebegini bukanlah pertama kali dilakukannya.Tidak berapa lama dulu PR juga pernah menghina rakyat Sabah dengan memperlekehkan tarian tradisional Sumazau selepas melihat tarian tersebut ditarikan oleh Perdana Menteri dalam satu majlis keramaian.Sekarang rakyat Kelantan pula dicuit dan dihina,jika beginilah gayanya usahlah PR berangan untuk pergi lebih jauh dalam arena politik tanahair. Eloklah bersedia menerima penghukuman dari rakyat dalam PRU 13.Politik yang tidak berhikmah dan tidak berhemah bukan acuan rakyat Malaysia,ia hanya sesuai untuk melampiaskan nafsu amarah PR dan pemimpinnya saja.

RENUNG-RENUNGKAN 

1 comment:

Bingai @ Bangang said...

Bila pula nak tukar gelaran pasukan Selangor dari Red Giant kepada Green Gorilla atau Magenta Ogre? Nanti ada pula yang kata Red Giant tu kesinambungan Gelombang Merah juga kan?

GEMPAR! Hari Jumaat akan jadi cuti hujung minggu seluruh negara? di TENDANG TERAJANG

 
 
Blogger Templates