Sebagaimana yang dijanjikan oleh UMNO Kelantan,di kesempatan Perhimpunan Agung UMNO 2012 mereka telah pun melunaskan janji untuk menegur dan mengkritik kepincangan dan penyelewengan dalam pentadbiran Kerajaan PAS Kelantan.Isu yang agak menarik perhatian ramai ialah berkenaan skandal Lembah Sireh yang membabitkan pemindahan hak milik tanah negeri dan rakyat seluas 716.8 ekar bernilai sekitar RM300 juta tanpa mengikut prosedur kepada syarikat Liziz Standaco Sdn Bhd.
Liziz Standaco adalah syarikat pemaju swasta yang dilantik oleh Kerajaan PAS Kelantan bagi membangunkan projek Pembangunan dan Pengindahan Tebing Sungai Kelantan (PTSK) di Lembah Sireh,Kota Bharu Kelantan.Bagaimanapun projek mega tersebut yang pernah dibangga-banggakan oleh para pimpinan PAS Kelantan suatu ketika dulu,kini dianggap seumpama hantu mak lampir yang sering menghantui dan menghuru harakan pula kehidupan ramai pimpinan PAS negeri.
Lebih-lebih lagi selepas Pemuda UMNO Kelantan serta beberapa NGO baru-baru ini telahpun membawa isu ini kepada pengetahuan SPRM bagi membolehkan siasatan rapi dilaksanakan dan pihak yang bertanggungjawab dapat dicekup.Sementara itu,Timbalan Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Datuk Alwi yang mengupas isu tersebut turut mempersoalkan kegagalan pimpinan Kerajaan Negeri untuk mendesak syarikat swasta itu segera menunaikan janji sumbangan balas berbentuk pembangunan fizikal dan wang ringgit yang nilai keseluruhannya hampir RM400 juta.Antara komponen fizikal tersebut termasuklah sebuah Jambatan Palekbang yang bernilai RM150 juta,sebuah Masjid,Stadium Tertutup Wanita dan beberapa komponen lain yang hingga kini telah gagal dibina walaupun telah melampau jadual pelaksanaan yang telah ditetapkan.Lebih menyakitkan hati apabila selepas pertukaran hak milik itu dilakukan secara rasmi,lebih menyakitkan hati lagi bila sebahagian dari tanah itu dicagar pula kepada institusi kewangan oleh syarikat pemaju untuk mendapatkan pinjaman tunai berjumlah RM75 juta.
Sebenarnya jika segala perancangan dan proses pembangunan dipantau rapi oleh pihak Kerajaan Negeri sejak awal lagi, segala permasalahan ini dapat diatasi dan paling penting pelanggaran prosedur dalam urusan pindah milik tanah juga dapat dielak.
RENUNG-RENUNGKAN
4 comments:
Tak payah harapkan SPRM sbb makin lama makin nyata mereka penyokong senyap Pakatan.
Kalau ada dakwaan pada pemimpin BN, sepantas kilat diorg buat siasatan, serbu sana sini cuba dapatkan bukti (contohnya kes NFC, Scorpene, kontrak LRT)... Tapi kalau dakwaan pada pembangkang, diorg buat2 bodoh, berlengah2 dgn alasan kes masih dalam siasatan padahal bukti ada merata-rata.
Tak caya? Berikut senarai kes yg tak ada orang kena siasat pun..
1. PKNS
2. Talam Coorporations
3. Kehilangan Wang Kohilal
4. Pembelian baka kambing Jamnapari,
5. Isu balak Kelantan.
6. Penyelewengan air Selangor
7. Jumlah Wang Datuk Seri Anwar Ibrahim
8. Pencerobohan Penang Port
9. Tiada perumahan kos rendah di Pulau Pinang
10.Masalah sampah di Selangor
11.Terbaru kerajaan negeri Selangor membiayai kos guaman Rafizi Ramli.!
12.Wang RM 600 juta yang diberikan oleh kerajaan pusat untuk masalah air Kelantan
13.Banyak lagi..
ado lagi projek ladang rakyat, pelabuhan rakyat ,tukar status tanah rezab melayu, tukar tanah rezab hutan, kelulusan rezab hutan balak, rezab tadahan air dan byk lagi
berat nanang doh ore kelate, pas ngaku isle tp perintah negeri babuk tahap x reti gapo satu,rakyat ramai pulak ikut jah gapo puak serban janggut tu nak buat, tak sanggah doh, patutlah rupanya pas boleh perintah kelate smpai 22 tahun rupanya sbb rakyat kelate babuk gitu mo lok ore babuk perintah dia, ore ganu cerdik sbb mrk x lok ganu diperintah olh puak babuk pas dgn hj hadi perintah lama cuma sepenggal jah, pahtu nyo pakat sepak ko ore ganu...........bangun weiiiii ore kelate
Berpijaklah dibumi nyata wahai org2 ameno..
Post a Comment