Social Icons

Pages

Thursday, December 20, 2012

HOT NEWS !!! TAN SRI HARUSSANI MEMBELASAH PAS KAW-KAW !!!


inilah kali pertama Mufti Perak Tan Sri Harussani Haji Zakaria Khamis melondeh serta membongkar cerita lama mengenai kegilaan PAS sehingga menyebabkan masyarakat Islam khusus orang-orang Melayu berada dalam keadaan berpecah belah.Beliau memberikan nasihat kepada para pemimpin parti itu supaya berhenti dari mengeluarkan “fatwa” yang songsang sesuka hati kerana ia mengelirukan umat lslam.Bahkan mufti itu juga menggunakan perkataan “tekong” perpecahan merujuk kepada perbuatan PAS yang memecahbelahkan perpaduan umat lslam di negara ini.Serentak itu sambil menjawab tuduhan Menteri Besar Kelantan mengenai dirinya campurtangan dalam politik,Harussani selain menafikan tuduhan PAS itu bahawa beliau mencampuri urusan politik berkata: 

“Tuduhan tok guru Nik Aziz bahawa saya campur politik.ia tidak betul,saya selama ini tidak mencampuri mana-mana parti poliltik.Bahkan saya tidak pernah pun mendaftar diri sebagai ahli dalam mana-mana parti politik” katanya ketika diminta mengulas komen Nik Aziz.Bercakap dalam satu pertemuan di pejabatnya di Ipoh,Harussani memberitahu sejarah penglibatan keluarganya dalam politik serta bagaimana tindakan PAS memulau abang iparnya kerana fahaman politik kepartian. 

“Bahkan dari awal sejarahnya bapa saya semua ahli UMNO.Tapi apabila tertubuh PAS dan PAS kemudian keluar daripada UMNO,semua masuk Pas.tapi PAS waktu itu lebih bertujuan kepada dakwah.Berdakwah kepada orang supaya kita ni menjalankan hukum Islam dalam Negara ini dan dalam ceramah berbangkit tentang masalah hukum dan sebagainya dan masalah yang wajib kita lakukan,” katanya. 

Beliau menjelaskan bahawa “ini cukup baiklah,saya juga pernah mengikuti semasa saya kecil lagi masa itu..bahkan saya baik dengan ketua PAS waktu itu,namanya … Helmi (minta wartawan semak nama sebenar).Dia baik dengan saya,dia sakit saya pergi ziarah dan kami selalu berbual namun cara dia bercakap dia cukup bersetuju dengan cara perjuangan untuk kita menegakkan Islam di negara ini." 

Walaubagaimanapun Harussani menjelaskan "akhir-akhir ini kita melihat perkara itu tidak berlaku lagi bahkan saya melihat PAS sudah menuju seolah–olah menjadi `tekong’ kepada perpecahan umat Islam dan orang Melayu".Banyak contoh boleh diberi seperti umpamanya pada akhir tahun 1970 an berlaku di Kedah.Orang- orang Islam iaitu orang UMNO menyembelih ayam sepikul (seratus kati ) lebih (terpaksa) dibuang ke dalam sungai kononnya haram (tidak halal) dimakan.Jadi saya katakan sedangkan Yahudi nasarah dibenarkan Tuhan halal sembelihannya bagaimana orang Islam yang sembahyang lima kali sehari, jadi imam pula tidak boleh sembelih. . . haram.Yang kedua yang paling menyayat hati saya ialah abang ipar saya seorang ahli PAS dan dia seorang peniaga kedai runcit di tempatnya tu di Kedah juga.. yang datang membeli banyak orang PAS dan orang UMNO pun ada.Kebetulan satu ketika seorang ketua UMNO di kampong itu meninggal dunia,.jadi abang ipar saya datang menziarah dan kerana itu saja dia dipecat daripada parti dan dipecat dari ahli khairat kematian,” katanya. 

Kerana insiden tadi Harussani menjelaskan abang iparnya diboikot sehingga tutup kedai dan kembali memotong getah semula “sampai begitu mereka buat dia..jadi dia datang jumpa saya.tapi saya kata sabarlah orang begini kita tak boleh buat apa.Banyak lagi yang saya bangkitkan umpamanya akhir-akhir ini kita lihat ceramah-ceramah yang dibuat oleh pemimpin PAS merupakan kutukan,cacian,laknat sedangkan itu adalah larangan Allah.jadi itu bukan dakwah lagi.Kalau sudah seorang ustaz,berceramah mengutuk,memaki hamun dan sebagai nya maka orang menganggap itu halal mengikut masa itu.kutukan umpamanya kita lihat saja apabila Majlis Fatwa Kebangsaan mengatakan bahwa (demonstrasi) Bersih 3.0 itu haram kerana telah bertukar corak kepada keganasan sebagainya.Dia orang kata apa,mufti-mufti tidak lebih daripada anjing,jadi bolehkah kita mengelar orang anjing ??? Ini satu perkara yang sangat bertentangan sama sekali dengan hukum syarak.Jadi kalau itu yang dibawa sekarang maka dia bukan lagi membawa kepada Islam.dia membawa kepada syaitan.parti syaitanlah kalau memaki hamum dan sebagainya.Parti syaitanlah kerana syaitan itu nak membawa kepada perpecahan” ujarnya.

INILAH SEBENARNYA PAS !!!

RENUNG-RENUNGKAN 

No comments:

 
 
Blogger Templates