Social Icons

Pages

Monday, January 21, 2013

HOT NEWS !!! ISU AIR !!! SYABAS CABAR KHALID GAGAP JADI JURUAUDIT KIRA-KIRA !!! ADA BERANI ???


Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) akan memberi kerjasama kepada juruaudit yang dilantik kerajaan Selangor bagi mengaudit operasi Syabas khususnya dalam isu rumah pam Wangsa Maju.Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat Syabas Abdul Halem Mat Som berkata Syabas telah menerima makluman berhubung pengauditan itu daripada kerajaan Selangor pada 15 Jan. 

"Syabas tidak mempunyai masalah untuk memberikan kerjasama sepanjang tempoh pengauditan," katanya dalam satu kenyataan hari ini yang turut menjelaskan beberapa perkara yang dibangkitkan kerajaan Selangor berkaitan bekalan air di Lembah Klang menerusi media baru-baru ini.Antaranya mereka mendakwa Syabas enggan melaksanakan pengagihan bekalan air berjadual seperti dipersetujui Jawatankuasa Pemantauan Bekalan Air Negeri Selangor pada 8 Jan lepas.Menurut Abdul Halem,kaedah membekalkan air mengikut jadual hanya akan dilaksanakan sekiranya tiada alternatif lain dan langkah itu bukan penyelesaian menyeluruh.

"Syabas melaksanakan alternatif lebih berkesan dengan memasang paip pintasan bagi penyelesaian jangka masa panjang dalam waktu yang lebih singkat di mana berjaya membantu membekalkan air ke tempat-tempat terjejas dalam masa kurang dari seminggu," katanya.Beliau berkata Kerajaan negeri juga mendakwa Syabas enggan menghantar wakil ke Bilik Gerakan Berpusat oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya bagi memantau pengendalian bekalan air kepada pengguna terlibat. Katanya ketika kejadian, Syabas telah mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) bagi memantau situasi bekalan air secara berterusan termasuk menubuhkan bilik gerakan di Ibu Pejabat Syabas dan pejabat wilayah-wilayah yang terlibat dengan masalah itu. 

 Sebanyak 950 warga kerja Syabas bekerja secara bergilir-gilir selama 24 jam bagi memantau situasi bekalan air serta membantu membekalkan air kepada pengguna menerusi lori tangki dan tangki statik, katanya. Menyentuh mengenai edaran air botol sebanyak 400 botol dan air kotak sebanyak 500 kotak oleh Konsortium Abass Sdn Bhd, Abdul Halem berkata Syabas tidak dimaklumkan mengenai perkara itu. "Walau bagaimanapun, setakat pukul 7 pagi 16 Januari lepas, Syabas telah menghantar bantuan bekalan air melalui lori tangki sebanyak 3,578 trip penghantaran serta 1,000 botol air (lima liter) setiap satu kepada penduduk di Bandar Tun Razak," katanya.

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates