Kebelakangan ini Setiausaha Agung DAP,Lim Guan Eng dikhabarkan kerap tersenyum dan kelihatan gah bangga tak terkata bila mana pegawai atau rakan-rakan pemimpin parti berborak cerita mengenai isu kalimah Allah S.W.T Daripada wajah keruh mencuka gara-gara serabut memikirkan tentangan dalaman berikutan pemilihan jawatan CEC tempohari yang tiba-tiba menjadi pertunjukan magik ala David Corperfield,terus sahaja terukir senyum dibibirnya.Memang layaklah untuk Guan Eng tersenyum bangga, hatta kalau Guan Eng sambil tidur malam tiba-tiba mengigau bertepuk tangan dengan air liur basi meleleh pun,tak usahlah ada yang terasa pelik bin ajaib.Bukankah dek kerana keberaniannya semasa menyampaikan ucapan Kristmas akhir tahun 2012 itulah anak lelaki kesayangan Penasihat DAP itu telah membuktikan kepimpinannya mempunyai keupayaan untuk kekal menjadi abang besar kepada balaci setianya,iaitu PAS.Dalam ucapan Kristmas itu,Guan Eng tanpa berselindung mengulangi tuntutan supaya kalimah Allah S.W.T dibenarkan untuk kegunaan Bible versi Bahasa Melayu bagi menggantikan perkataan God yang selama ini sering diguna pakai dalam Bible Bahasa Inggeris.Lebih manis lagi bagi Guan Eng dan DAP,dek kerana isu kalimah Allah S.W.T itulah juga menyebabkan kepimpinan PAS terpaksa bertelagah sesama sendiri. Pertentangan terbuka ini menyebabkan ramai ahli dan penyokong PAS keliru dan termanggu sendirian.
Mereka resah mana satu puak yang mahu didukung dan disokong dengan penuh wala dan mana satu yang wajib menjadi prioritinya pilihan yang dikira sukar bagi mereka,antara mendahulukan kebenaran agama ataupun mengutamakan kepentingan politik kepartian.Timbalan Mursyidul Am PAS,Ustaz Haron Din,Ketua Penerangan PAS Pusat,Tuan Ibrahim Tuan Man,Ketua Dewan Ulama PAS Pusat,Ustaz Harun Taib serta tidak ketinggalan ialah Setiausaha Agung PAS,Mustafa Ali tegas dengan pandangan kalimah suci Allah S.W.T hanya milik Islam.Pandangan mereka benar kerana sekalipun di beberapa sudut bumi ini ada wilayah yang penduduknya beragama Kristian menggunakan perkataan Allah bagi merujuk kepada Tuhan Jesus,namun hakikatnya Allah S.W.T Yang Maha Esa sama sekali tidak boleh disamatarafkan dengan konsep ketuhanan triniti dalam Kristian.Dalam Kristian penganutnya beriktikad yakin adanya Tuhan Jesus, Tuhan Bapa dan Roh Kudus.Sedangkan,Allah S.W.T hanya satu,Dia yang berkuasa mencipta manusia dan alam semesta,akan tetapi bila dibiarkan kalimah Allah tergadai kepada agama lain khususnya Kristian,bermakna ia seperti meredhakan perbuatan menyekutukan Allah S.W.T Manakala dipihak yang satu lagi yang lebih liberal dan menguasai tampuk kepimpinan dan dasar PAS pula tetap dengan pendirian songsang mereka mahukan kalimah Allah s.w.t dibiarkan tergadai kesuciannya demi keutamaan mengejar undi masyarakat Kristian.
Pemimpin PAS yang termasuk dalam golongan liberal yang terkenal dengan gelaran Anwarinas,Erdorgan dan Parasit ini diketuai oleh Mursyidul Am PAS,Nik Abdul Aziz Nik Mat manakala penggerak aktifnya ialah Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad yang didukung oleh majoriti pemimpin PAS di peringkat Pusat dan Negeri.Selepas lebih kurang seminggu bertelagah sambil bersandiwara, akhirnya keputusan yang dicapai selepas Mesyuarat Pimpinan Tertinggi PR seperti dijangkakan ramai, kemenangan memihak kepada puak liberal.Muktamad sudah untuk kali kedua yang dasar PAS bersama PR kini ialah untuk menjayakan proses menggadaikan kesucian kalimah Allah s.w.t dan akidah ummah.Maka terus tersengihlah Guan Eng sambil bertepuk tangan dengan senang hatinya kerana hasil usahanya,DAP dan Gereja Kristian semakin melebarkan pengaruh dalam PR termasuklah meneruskan tradisi membalacikan PAS untuk entah ke berapa puluh kalinya.Simbolik untuk meraikan kejayaan itu pula membawa kepada acara kemuncak Himpunan Kebangkitan Rakyat atau lebih tepat lagi Himpunan Menyokong Gadaian Kalimah Allah di Stadium Merdeka.ketika itu Guan Eng akan lagi kerap bertepuk tangan bersama pimpinan DAP dan PKR yang lain.Tiada lagi masalah untuk DAP meneruskan agenda mengacau bilau kesucian agama Islam serta akidah penganutnya kerana selagi sebahagian besar kepimpinan PAS Pusat dalam genggaman puak liberal Anwarinas,selagi itulah DAP kekal sebagai abang besar kepada PAS.
Tinggal lagi sekarang,DAP bersama PR serta dengan gandingan mantap dari pimpinan PAS hanya perlu fokus untuk memenangi PRU 13 bagi merealisasikan kalimah Allah S.W.T benar-benar termaktub dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu.
RENUNG-RENUNGKAN
5 comments:
apa itu shirik, menyamakan allah dengan tuhan tuhan lain, dalam bible tuhan tu ada tiga, jesus itu tuhan, jadi kalau allah itu jesus shiriklah tu,,,so fikir lah kamu wahai org org islam.
Orang orang PAS bukan boleh fikir dah, apa yang mereka boleh buat asyik menyondol je kerja dorang. Dorang tak tahu yang perangai menyondol tu perangai Babi.
Perkataan “Allah” dalam bahasa Melayu difahami sebagai Tuhan kepada umat Islam, manakala perkataan “tuhan” itu bermaksud zat yang tertinggi yang dipercayai oleh penganut sesuatu agama. Bahasa arab berbeza, begitu juga bahasa-bahasa lain. Adakah penggunaan “Allah” juga ada dalam kitab Injil dalam bahasa Inggeris?. Bagaimana dengan kitab injil dalam bahasa-bahasa lain? Atau adakah satu kitab Injil asli yang menggunakan kalimah “Allah” didalamnya untuk dijadikan rujukan?
Perkataan “Allah” telah digunakan dalam kitab Injil berbahasa Melayu sejak 400 tahun dahulu. Manusia juga gunakan daun dan kulit kayu untuk tutup kemaluan mereka beribu tahun dahulu. Banyak perkara yang dibuat dahulu tidak lagi dibuat sekarang. Pengunaan “Allah” dalam kitab Injil dahulu dilakukan oleh mubaligh Kristian bertujuan mengelirukan umat Islam berbangsa Melayu nusantara agar meninggalkan agama mereka dan memeluk agama Kristian. Orang Melayu dulu silap kerana tidak peka terhadap muslihat ini maka Kristian berkembang dengan cara penipuan di nusantara seperti Indonesia, Filipina dan juga Sabah dan Sarawak. Sekarang orang Islam di Malaysia perlu dan wajib membetulkan keadaan ini. Alasan ianya berhak digunakan cuma kerana telah digunakan sejak 400 tahun dahulu adalah hujah dangkal.
Membenarkan penggunaan perkataan “Allah” kononnya positif kerana boleh digunakan untuk tujuan dakwah adalah mengarut dan sesat. Islam tidak menghalalkan cara yang salah untuk mencapai matlamat yang betul. Umat Islam wajib “menyampaikan” tetapi bukan dengan penipuan. Jangan kata kita akan berdakwah kepada pengikut Kristian dan penganut agama lain untuk memeluk Islam kerana “Allah” kita serupa. Namun, kita tetap “menyampaikan”, jika ada yang menerima maka jadilah dia seorang muslim dan jika tidak mahu menerima maka kekallah dia dengan kepercayaannya, Kita dengan tuhan kita iatu Allah dan mereka dengan tuhan mereka. Kita semua masih boleh hidup bersama dengan pegangan agama yang berbeza dalam sebuah negara.
Perkataan “Allah” ada terdapat dalam kitab agama Sikh. Adakah kitab tersebut ditulis dalam bahasa Melayu? Adakah pernah terdengar penganut agama Sikh di Malaysia cuba menyebarkan agama mereka kepada umat Islam? Mereka mematuhi undang-undang. Kitab mereka tidak berbahasa Melayu jadi ianya bukan isu.
Bagi memperbetulkan kesilapan lalu, negara Malaysia adalah sebuah negara persekutuan yang sepatutnya terdiri dari Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Sabah dan Sarawak ada hak-hak istimewanya tersendiri begitu juga Semenanjung Tanah Melayu juga perlu ada hak-hak tersendiri. Nama Semenanjung Tanah Melayu bukan rekaan baru, ianya telah diguna satu masa dahulu dan sekarang patut dikembalikan nama asalnya berserta hak-hak istemewanya.
Pernyataan yang saya pertahankan adalah :
1) Perkataan “Allah” tidak boleh dimaksudkan sebagai Tuhan agama lain apabila ditulis atau disebut dalam bahasa Melayu.
2) Penggunaan “Allah” dalam lain-lain bahasa tidak boleh disebarkan kepada umat Islam.
Terdapat gerakan di Malaysia sedang cuba menyatukan rakyat bukan Melayu dalam satu kumpulan untuk menentang orang Melayu. Mereka menggunakan agama Kristian sebagai wadah penyatuan kerana mereka melihat agama Kristian ada kelebihan tersendiri seperti sokongan dan perlindungan negara luar. Mereka ini sebenarnya tidak bertuhan, mereka akan bertuhankan apa saja asalkan matlamat duniawi mereka tercapai. Tidak menghairankan jika mereka sendiri tidak mengamal ajaran kristian yang kononnya mereka pertahankan.
Kumpulan ini bergerak lebih cergas kerana terdapat peluang. Peluang yang ujud kerana perpecahan umat Melayu Islam. Negara Malaysia mengamalkan sistem demokrasi. Ia bererti tunduk kepada pilihan ramai. Jika sekumpulan rakyat boleh disatukan dan kumpulan ini merupakan majoriti maka kumpulan inilah yang berkuasa termasuk memerintah negara. Memerentah negara bermaksud boleh mengubah prinsip dan dasar serta corak pemerintahan. Jika cukup sokongan di parlimen, undang-undang juga boleh digubal, pinda dan mansuhkan.

Post a Comment