Social Icons

Pages

Wednesday, February 13, 2013

EKSKLUSIF AND HOT VIDEO !!! KONSERT PSY ANJURAN BARISAN NASIONAL DAN KONSERT DAP DI BATU FERINGGHI !!! MANA LAGI HEBAT DAN SEDIAKAN SEMUANYA HALAL ??? WAJIB LIHAT !!!


kelmarin Barisan Nasional (BN) berjaya mengumpulkan hampir 100,000 orang pengunjung ke majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina di Pulau Pinang.Ia terbuka dan bukan untuk ahli parti itu semata-mata.Pelbagai juadah telah dihidangkan,semuanya makanan dan minuman HALAL bagi membolehkan semua lapisan rakyat meraikannya bersama-sama dalam semangat 1Malaysia.Bagi memeriahkan acara,sebuah badan korporat,Mega Ultimate telah memaklumkan pada penganjur bahawa mereka mahu membawa penghibur terkenal dari Korea,Psy,untuk memeriahkan sambutan tersebut.Apatah lagi bila fenomena Gangnam Style cukup hebat melanda penggemar muzik di seluruh dunia termasuk di Malaysia.Kalau tak masakkan DAP melancarkan sebuah klip video parodi lagu itu dalam satu majlis besar-besaran di Kuala Lumpur baru-baru ini.Tajuk lagu Gangnam Style itu diubah menjadi Ubah Roket Style…majlis pelancaran video parodi itu boleh anda ikuti


UNTUK SELANJUTNYA


Di sini menunjukkan yang DAP juga peminat tegar Psy dan lagu Gangnam Style itu,sebab itu mereka memilih lagu berkenaan untuk diubah dan dijadikan alat untuk memancing pengundi mereka.Alih-alih bila Psy membuat persembahan kelmarin mereka pula yang meroyan tak tentu pasal.Sepatutnya mereka malu sendiri kerana merekalah parti politik pertama yang memulakan polemik Psy ini.Mereka sepatutnya berterima kasih pada Psy kerana sekurang-kurangnya penyanyi berkenaan tidak mengambil tindakan mahkamah kerana mereka telah melanggar hak cipta penyanyi itu dengan ‘mencedok dan mengubah’ lagu tersebut sesuka hati mak bapa mereka! Berbalik kepada isu berkenaan,DAP jangan lupa yang perangai mereka lebih teruk dan lebih jijik kerana menganjurkan program bersama dengan sebuah syarikat arak untuk mengadakan konsert di Batu Feringghi pada November lalu.

ANDA NAK LAGI ???


UNTUK SELANJUTNYA

Eh…lupa dalam konsert arak di Batu Feringghi itu,lagu Gangnam Style pun ada tau

LIHAT VIDEO DI BAWAH


Dari segi matematik,ia cukup mudah.Persembahan Psy di rumah terbuka Tahun Baru Cina kelmarin adalah SALAH kerana ia anjuran Barisan Nasional.Tetapi konsert arak di Batu Feringghi TAK SALAH kerana ia program kerajaan DAP.

Nor Azizuddin Abdul Manan wrote : 

APALAH SANGAT DENGAN RM 2 JUTA UNTUK PSY,ANWAR DITAJA BERJUTA-JUTA OK PULAK 

1. Hairan saya,marah sungguh pencacai Pakatan dengan kos perbelanjaan Psy ke Rumah Terbuka GXFC BN P.Pinang.Siap berhujah berjela-jela panjangnya,jika diberikan kertas dan pen,barangkali Malaysia akan menyaksikan rekod baru kritikan paling panjang pernah ditulis. 

2. Dah ler tuh,ader ler sorang MP Negeri Pulau Mutiara siap suruh tunjuk bukti mengatakan BN tidak menggunakan wang rakyat.Siap bari amaran,ingat tu amaran you !. Class gitu, Aww ! kata Mama Juwie. 

3. Untuk MP berkenaan,mai sini ceq nak habaq mai,Pihak penganjur sendiri sudah memaklumkan dalam sidang media beberapa minggu sebelum kedatangan Psy Kuda tu bahawa artis itu ditaja oleh salah sebuah company,BN Penang pun tak bawak keluar duit cuma kos penyediaan majlis termasuk katering,sewa khemah dan sebagainya dan tak pula guna duit sapa2 pun.Yang hang gelabah tu awatnya ?. Kalau BN guna duit sendiri,awat yang nak kalut ?. 

4. Yang peliknya,pemimpin ANUgerah hangpa tu siap naik jet peribadi, heli peribadi,pi "obersea" tiap2 minggu,sewa hotel mewah,kos rumah mewah kat Segambut Dalam tu,mai mana duit tuh ? Setakat gaji dan elaun Ahli Parlimen,berapa ribu sangat.Ish,takdak pulak hangpa nak kesah na ?. 

5. Baru ceq teringat kata orang2 tua kita dulukala,kuman seberang laut jelas terbongkang celik bijik mata nampak,walhal gajah besar gunung Jerai depan biji mata hangpa,habuq sekupang pun hangpa tak nampak.Betoi la kata otai2 kita dulu nie. 

6. Lagi satu,yang ceq seronok tuh,pencacai Pakatan nie kata,Psy tu merosakkan akhlak,tidak bawa unsur2 positif.Adoi,pecah perut ceq gelak besaq, tu yang Anwar dok berjoget lambak dalam hotel mewah dengan betina tembok besaq tu tak merosakkan akhlak ka ?. Awat la hangpa nie.Ni la yang orang dok kata, "pandai tak boleh diikut,bodoh tak boleh diajaq". 

7. Yang paling ceq kesian,page FB Najib Razak bersepah2 dengan kata2 bodoh pencacai Pakatan.Biaq la Cina nak kata NO pun,kami orang Melayu yang celik akai budi nie dok kata YES,tunggu masa nak tunjuk kuasa.Biar hangpa tau langit tu tinggi ka rendah. 

8. Ingat betoi2 na, "Pandai tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajaq". Nasihat !

RENUNG-RENUNGKAN

1 comment:

Unknown said...

KUALA LUMPUR 13 Feb. - Scooter Braun Projects, syarikat pengurusan bintang popular Korea Selatan Psy, yang dikenali dunia dengan lagunya "Gangnam Style", hari ini menyatakan bahawa mereka tidak pernah diminta atau dibayar oleh kerajaan Malaysia untuk persembahan penyanyi itu di Pulau Pinang baru-baru ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan kepada Bernama hari ini, pengurusan itu menegaskan bahawa berita dan artikel yang tersebar dalam internet, yang mendakwa sebaliknya, adalah anggapan semata-mata dan ternyata tidak benar.

"Scooter Braun Projects ingin menegaskan bahawa kami tidak pernah diminta atau dibayar oleh kerajaan Malaysia untuk persembahan artis itu di Pulau Pinang, Malaysia baru-baru ini," menurut kenyataan itu.

Pengurusan itu turut menafikan dakwaan di beberapa blog kononnya kerajaan Malaysia menaja persembahan artis itu pada Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 1Malaysia di Pulau Pinang, Isnin lepas.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan bahawa persembahan Psy di Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 1Malaysia itu tidak melibatkan wang rakyat.

Beliau juga berkata orang ramai tidak dikenakan apa-apa bayaran untuk menonton persembahan artis yang turut mempopularkan gaya tarian lagunya itu.

Persembahan Psy ialah kemuncak majlis yang dihadiri ribuan orang anjuran Barisan Nasional Pulau Pinang, di Han Chiang College. - BERNAMA



 
 
Blogger Templates