Networkedblogs

EKSKLUSIF !!! SAH !!! PAS KEDAH BERGOLAK !!! BN BAKAL TERAJUI SEMULA NEGERI !!! WAJIB BACA !!!


Keadaan rumahtangga Pas bertambah gawat di Kedah apabila perbalahan beberapa anggota exco negeri itu dengan Menteri Besar tidak lagi mampu dibendung.Usaha untuk menjatuhkan Azizan Abdul Razak yang dahulunya nampak sudah reda sedikit setelah campurtangan Pas Pusat kembali mengeruhkan landskap politik di Negeri Jelapang Padi itu.Laporan media menyatakan 11 daripada 15 pas kawasan di Kedah telah memberi kata dua kepada Menteri Besar supaya meletak jawatan dan melepaskan kedudukannya sebagai pesuruhjaya negeri bagi parti itu.Azizan yang terkenal dengan sifat bongkak dan angkuh serta sering memperlekehkan petugas media arus perdana,seperti biasa menunjukkan sikap keras kepalanya dengan enggan tunduk kepada desakan tersebut.Azizan dikatakan gagal menjalankan tugasnya sebagai Menteri Besar untuk memajukan negeri Kedah.Sebaliknya sepanjang pentadbirannya,boleh dikatakan tidak ada langsung pembangunan yang ketara dilaksanakan untuk kepentingan rakyat dan pembangunan ekonomi negeri. Yang sering dipaparkan di dada-dada akhbar ialah bagaimana rakusnya kerajaan negeri Pas menggondolkan bukit bukau sehingga menjejaskan kawasan tadahan hujan di Tasik Pedu.Seperti biasa apabila tidak pandai mentadbir dan menjana fikiran bernas untuk memajukan negeri, UMNO dan Barisan Nasional lah yang menjadi sasaran. Apabila tidak berjaya memacu ekonomi Kedah menyebabkan kantong negeri hampir kosong,Azizan mengugut supaya kerajaan pusat memberinya RM100 juta jika ingin selamatkan hutan rimba negeri itu. Itulah yang diperolehi oleh rakyat Kedah dalam keghairahan mereka untuk menukar kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum 2008 lalu. 

Kini mereka sudah sedar perubahan yang mereka impikan selama ini di bawah pentadbiran PR bagaikan mengharap panas hingga ke petang,rupa-rupanya hujan di tengah hari.Harapkan kerajaan negeri baru pada 2008 akan menunaikan semua janji-janji manis yang ditabur semasa kempen pilihan raya tetapi akhirnya jadi kaki kencing rakyat rupanya.Disebabkan terlalu asyik berpolitik dan berceramah siang dan malam,inilah kualiti kerajaan negeri yang dinikmati oleh rakyat kedah di bawah Pas.Yang dipentingkan oleh pemimpin-pemimpin pas ialah mengejar kuasa serta kedudukan bagi kepentingan diri sendiri dan keluarga masing-masing.Inilah yang berlaku di Kedah apabila dua exco kanan, Phahrolrazi Nawawi dan Dr Ismail Salleh mengetuai kelompok untuk menjatuhkan Menteri Besar. Selain faktor politik yang tidak 'ngam',antara alasan utama ialah faktor ekonomi.Ini kerana Azizan hanya mengutamakan kroni-kroni terdekatnya sahaja dalam pengagihan projek-projek dengan menyisihkan kumpulan kedua-dua ahli exco itu.Sudah tentu ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penyokong-penyokong mereka lantas secara senyap mejalankan kempen halus untuk menurunkan Azizan daripada kedudukannya. Sindrom penafian yang diamalkan oleh Pas Pusat juga bakal mengundang bencana bagi parti itu di Kedah. 

Kalau dahulunya api pergaduhan antara Azizan dan dua exconya dapat ditangani tetapi tindakan itu hanyalah bersifat sementera waktu kerana hakikatnya perbalahan mereka tidak dapat diselesaikan dengan apa cara pun.Setiausaha Agung Pas,Mustafa Ali ingin menipu ahli Pas dan rakyat Kedah dengan mengatakan tidak ada pergolakan politik yang berlaku di negeri itu.Ini sepertilah berkata bahawa tidak ada tsunami yang berlaku walhal separuh negeri sudah ranap.Cuba menutup kenyataan yang sudah terang lagi nyata tidak akan menyelesaikan masalah dalaman pas di Kedah yang sudah ke peringkat amat serius.Sudah ada desas desus Azizan mendesak kepimpinan pusat parti terutamanya Presiden Pas Abdul Hadi Awang supaya menggugurkan nama Phahrolrazi,Dr Ismail serta beberapa orang kuat mereka daripada senarai calon parti itu pada PRU13 nanti.Jika ini berlaku bukan sahaja Pas Kedah akan berpecah,kerajaan negeri pun akan terlepas ke tangan BN. Kini pun gelombang sokongan rakyat terhadap UMNO dan BN sudah meningkat sehingga menggerunkan Pas Kedah.Kemungkinan besar Kedah akan ke pangkuan BN bukan sahaja kemelut yang membelenggu Pas Kedah tetapi kerana rakyat sudah cukup meluat dan marah kepada pentadbiran yang sama sekali tidak pro aktif dan membela kebajikan rakyat.

RENUNG-RENUNGKAN

2 comments:

Anonymous said...

Inilah hasil dr doa PAS itu sendiri yang mahu hancurkan UMNO ko BN dulu,sekarang kita lihat PAS berada dalam kehancuran perpecahan kalangan ahli,kerakusan pemimpin inginkan duniawi,kita lihat kekuasaan Allah pada yang benar dan PAS sedikit sebanyak sudah terima balasan

Anonymous said...

macai umno yg buat page ni... hahaha

pas tu macai umno sendiri yg komen.. apa punya blog..

hey Be-End/UMNo, we dont trust your corrupted gangs..