Social Icons

Pages

Friday, February 22, 2013

KANTOI !!! KERAJAAN NEGERI KEDAH SEMAKIN GAWAT !!! PAS PULAK SIBUK MEREBUT JAWATAN MB ??? APA CERITA NI ???


Melihat dari keterdesakan Menteri Besar Kedah,Datuk Seri Azizan Razak sehingga mengugut kerajaan pusat agar memberikannya RM100 juta supaya menghentikan pembalakan tidak terkawal,saya dapat mengagak bahawa Kedah,pada hakikatnya telah hancur.Sejak PAS menerajui Kedah,satu-satunya hasil yang mampu difikirkan oleh kepimpinan negeri tersebut adalah melalui balak yang meningkat secara drastik dari tahun ke setahun.Kini,hutan sudah hampir gondol dan balak juga sudah hampir pupus.Satu lagi punca pergantungan PAS dari segi kewangan ialah Kulim Hi-Tech Park,iaitu taman teknologi tinggi bertaraf dunia yang dibina oleh kerajaan Barisan Nasional dan berjaya membawa masuk sehingga RM24 billion pelaburan langsung asing sehingga tahun 2007.Sejumlah RM10 billion lagi pelaburan langsung asing yang masuk pada tahun 2008 – 2011 iaitu setelah PAS mengambil alih Kedah, adalah lanjutan hasil usaha menarik pelaburan yang dilakukan oleh pengurusan terdahulu di bawah kerajaaan BN dan pada 2012,pelaburan langsung asing yang masuk ke Kedah hanyalah RM373.3 juta iaitu jatuh ke tangga ke 11 dari tangga ke 5 pada 2007 berbanding negeri lain.Secara dasarnya, hanya dua projek inilah yang menjadi punca pendapatan PAS Kedah. 

Bagi tahun ini,Kedah telah mensasarkan hasil sebanyak RM640 juta,termasuk dengan angan-angan menjual air mentah kepada Pulau Pinang.Namun,memandangkan negeri itu sudah buntu dalam mencari punca pendapatan,maka pastinya mustahil bagi Kedah untuk mencapai jumlah hasil seperti yang disasarkan.Lebih-lebih lagi,apabila di masa yang sama,hutang negeri semakin meningkat sehingga 50% di bawah pemerintahan PAS.Setakat Disember 2011 sahaja,hutang awam Kedah berjumlah RM2.6 billion,hutang kampus induk KUIN ialah RM330 juta.Nampaknya,jika dicongak secara umum,nampaknya,pendapatan dari pelaburan langsung asing hanya mampu membayar hutang KUIN sahaja.Walaupun keadaan sudah terlalu genting atau nazak,kepimpinan PAS Kedah nampaknya masih di dalam keadaan ‘penafian’.Malah Azizan tidak segan silu mempertahankan pembalakan haramnya sebagai persediaan untuk ladang rakyat.Alasannya,beliau tahu apa yang dilakukannya kerana beliau adalah anak petani.Mengambil hujah Azizan sendiri,maka sahlah bahawa Azizan hanya layak menjadi petani, bukan Menteri Besar. Dan sahlah juga bahawa Datuk Seri Najib sebagai anak Perdana Menteri tentulah lebih lagi layak sebagai Perdana Menteri.Lebih malang bagi Kedah kerana bukan sahaja Menteri Besarnya tidak tahu apa-apa tetapi para pegawai kerajaan dan juga ahli politik parti memerintah juga sama saja. Exco Kedah,si Phahrolrazi yang pernah mencabar Azizan secara terbuka,sekali lagi mengulangi sikap biadapnya dengan mencaci Azizan di media. 

Beliau menggelar Azizan dengan panggilan-panggilan yang hina termasuk ‘tiga silinder’ atau lembab.Semua rakyat Kedah tahu kisah Phahrolrazi gila kuasa dan bencikan Azizan sehingga tidak tertahan-tahan lagi.Malah,menurut mereka,jangankan Phahrolrazi,isterinya lebih lagi kaduknya sehingga mengalahkan Toh Puan Seri,isteri Azizan sendiri.Tidak cukup dengan kegilaan Phahrolrazi,si Mahfudz tak lulus SRP juga turut berusaha merebut jawatan Menteri Besar.Walaupun ceramahnya begitu hambar termasuk di tempatnya sendiri,namun Mahfudz yang syok sendiri ini,membayangkan hadirin yang ramai sekali gus merasa yakin sendiri.Maka ketiga-tiga pemimpin PAS ini pun sibuklah mengatur strategi,merancang taktik untuk menggapai mimpi menerajui negeri.Dalam kesibukan itu,tiada seorang pun dari mereka,ataupun parti PAS atau mana-mana pemimpin PR yang menunjukkan prihatin terhadap kedudukan kewangan Kedah yang begitu kronik.Semuanya mengambil sikap seolah-olah soal pendapatan dan hutang negeri merupakan masalah kecil,yang akan selesai sendiri.Hakikatnya,jalan-jalan di Kedah tidak diselenggara.Pusat-pusat pelancongan kotor dan usang dengan kualiti perkhidmatan yang jauh terlalu amat rendah kerana dikendalikan oleh mereka yang tidak berpengalaman.

Kebersihan restoran, tandas awam,landskap dan sebagainya diabaikan sepenuhnya oleh kerajaan negeri.Anak-anak syarikat kerajaan negeri pula terus menjana kerugian akibat ketidaktelusan dan ketidakcekapan para pegawainya.Kontraktor-kontraktor berlesen dan berpengalaman gigit jari.Hanya peniaga pusat hiburan karaoke sahaja yang senyum sehingga menampakkan gigi.Pendek kata,Kedah kini bagaikan sebuah negeri tanpa kerajaan.Mana-mana pegawai kerajaan atau ahli politik PAS yang cukup licik boleh saja menggunakan nama Menteri Besar dan mengaut sebanyak mana wang yang diinginkan.Sedarkah rakyat Kedah bahawa kerajaan Pakatan Rakyat langsung tidak pedulikan nasib mereka mahupun negeri itu ??? Sedarkah rakyat Kedah bahawa yang benar-benar bimbang,prihatin dan risaukan nasib mereka adalah kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional ???

RENUNG-RENUNGKAN

1 comment:

Anonymous said...

PASyirik Kedah dah hancur...balasan dari Allah SWT.

 
 
Blogger Templates