Guan Eng merupakan agen subversif yang amat licik dan seringkali berselindung di sebalik undang-undang negara ini.Dia bijak mengambil kesempatan,terutama sekali dengan sikap sambil lewa dan terbuka masyarakat majoriti Malaysia.Dia juga bijak menggunakan kesempatan untuk mempromosikan dirinya dan parti yang diwakilinya iaitu DAP sebagai mangsa keadaan sekalipun sebenarnya dia dan partilah yang telah memangsakan rakyat Malaysia.Justeru,tidak hairanlah dia galak mempromosi budaya saman mana-mana media yang dirasakan telah mencabar integritinya.Dengan kebijaksanaan munapulatif,akhirnya keputusan saman,banyak berpihak kepadanya dan media terutama sekali UTUSAN MALAYSIA kemudiannya dicop sebagai pembuat fitnah.Bagaimanapun,Lim Guan Eng hanya berani menyaman media bercetak,tidak media elektronik kerana dia sedar,media elektronik lebih bersifat merakam,mengarkib dan menyimpan bahan bukti sebelum penyiaran dilakukan.Persembahan artis Korea Selatan yang terkenal di seluruh dunia di Sekolah Cina Hian Chiang,sememangnya telah menyerlahkan sikap subversif Lim Guan Eng.
Beberapa hari sebelum kedatangan artis tersebut,Guan Eng telah menyeru para penyokong Pakatan Rakyat,khususnya dari bangsa Cina agar melakukan provokasi dalam lautan manusia itu dengan memakai baju kuning,merah,hijau dan oren.Mungkin bagi kebanyakan orang, baju sahaja tidak akan mendatangkan sebarang kesan provokatif.Bagaimanapun,sedar dengan tanggapan itulah,Guan Eng memilih elemen yang paling halus dan paling tidak menimbulkan syak serta dipandang remeh untuk melakukannya.Kalaulah bukan kerana kekalahan Parti Komunis Malaya dan kegagalan DAP pada kempen 13 Mei 1969, tentunya dia tidak akan teragak-agak untuk menyuruh para penyokong Pakatan Rakyat untuk menghadiri program berkenaan dengan senjata berat atau senjata tajam.Tetapi senjata berelemen halus itulah yang telah berjaya menjadikan Lim Guan Eng sebagai TOK PEKONG BARU DAP dan Pakatan Rakyat.Agak menarik ialah apabila Guan Eng sedar saranannya kurang berkesan dan sambutan yang diberikan kepada usulnya tidak begitu hangat,akhirnya Ketua Menteri Pulau Pinang itu memilih untuk melakukan sesuatu yang tidak dilakukannya, walaupun acara tersebut merupakan salah satu daripada kejutannya untuk menimbulkan kontroversi,polemik dan melindungi objektif perbuatannya.
Provokasi yang dilakukan oleh penyokong-penyokong DAP di pintu masuk Sekolah Hian Chiang dengan cara membaling nasi dalam bekas polistrin kepada Perdana Menteri tetapi digagalkan oleh batang tubuh orang ramai,balingan mercun kepada Perdana Menteri di Gurney kemudiannya dikemuncakkan dengan perlakuan seorang penyokong DAP yang bekerja di Singapura tetapi berasal dari Pulau Pinang yang menunjukkan isyarat lucah kepada konvoi DYMM Raja Permaisuri Agong.Lim Guan Eng tidak berada dalam acara persembahan artis Korea Selatan di Sekolah Hian Chiang.Sebaliknya dia berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas,menyambut keberangkatan DYMM Raja Permaisuri Agong.Kejadian tunjuk isyarat lucah oleh LEONG PIE KOE juga berlaku ketika Lim Guan Eng berada di LTAB Bayan Lepas.Ketua Menteri Pulau Pinang itu tentu sangat berpuas hati apabila pihak berkuasa menahan dan membawa lelaki bernama LEONG PIE KOE itu ke balai polis untuk disoal siasat.Dia sengaja tidak membantu lelaki Cina tersebut kerana dia berharap,para penyokong DAP dan Pakatan yang lain akan membantunya menimbulkan sentimen perkauman dan provokasi melampau.
Cubaan ke arah itu sedang dilakukan oleh pecacai-pecacai Pakatan meskipun mereka pada masa yang sama,masih lagi mencari-cari alasan yang terbaik untuk menafikan kes penangkapan LEONG PIE KOE itu.
Mungkin sudah dapat mengagak apakah yang akan dibangkitkan oleh pemain-pemain media pro-Kerajaan,Lim Guan Eng ke Kedah pula. Lebih tepat lagi ke Alor Star di mana pengundi Melayu adalah penentu kepada indeks pencapaian DAP.DAP masih berusaha untuk mendapatkan beberapa kerusi di Kedah kerana beranggapan mereka sudah cukup kuat dan PAS pula perlu sentiasa tunduk dan akur dengan kehendak mereka.Walaupun kejadian di LTAB Bayan Lepas masih belum diperkatakan secara meluas di Kedah di mana DYMM Sultanah Kedah adalah mangsa kepada ‘pertunjukan isyarat lucah’ penyokong DAP dengan kehadiran Lim Guan Eng,namun hakikatnya,Lim Guan Eng cuba membersihkan namanya di Alor Star walaupun tidak diminta.
Ketika berceramah dalam KARNIVAL SAMBUTAN TAHUN BARU CINA di Star Walk,Lim Guan Eng menuduh pemain-pemain media pro-UMNO dan Kerajaan cuba mengotorkan imejnya dengan melakukan serangan bertali arus terhadap dirinya.Lim Guan Eng cuba meraih simpati tetapi pada masa yang sama,dia cuba menafikan kononnya insiden tunjuk isyarat lucah di LTAB Bayan Lepas itu melibatkan dirinya Dan sekali lagi kemelut sebenar atau lebih tepat lagi krisis dalaman DAP di mana Lim Guan Eng cuba disisihkan oleh DAP Pulau Pinang pada PRU13 nanti,tidak diperkatakan sebaliknya yang diperkatakan adalah insiden tersebut.Sekali lagi Guan Eng selamat dan berjaya dalam tugasannya melakukan pengalihan isu sekaligus mengekalkan sokongan masyarakat Cina kepadanya dan DAP. - Sel13.Com
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment