Social Icons

Pages

Sunday, February 17, 2013

KANTOI !!! MODUS OPERANDI ANWAR IBRAHIM DAN PR JEMPUT CAMPUR TANGAN ASING UNTUK MENANGKAN PRU 13 TERBONGKAR !!!


Ramai yang tahu,Pakatan Rakyat menggunakan pelbagai agensi,pertubuhan,entiti dan NGO dalam usaha mereka untuk memenangi PRU13 yang sudah tidak berapa hari sahaja lagi.Sebelum ini,beberapa pendedahan telah dibuat tentang hasrat dan cita-cita Pakatan Rakyat untuk menang PRU13 dengan sebarang cara termasuklah dengan menjemput pihak asing dan campurtangan ketenteraan asing,namun para pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat,segera menyanggah dan menafikan sambil menyatakan bahawa Pakatan Rakyat akan gentleman dan akan menerima kekalahan dengan berlapang dada.Benarkah dakwaan begitu ??? Atau sebenarnya mereka sendiri sudah tahu bahawa mereka tidak akan menang kerana Pakatan Rakyat itu sendiri sebenarnya ditubuhkan untuk memusnahkan Malaysia bagi membolehkan kedatangan musuh-musuh Islam dan musuh-musuh negara menguasai negara ini setelah gagal pada tahun 1997 lalu.

Satu maklumat telah sampai kepada kami tentang mesyuarat membabitkan 6 orang Melayu,28 orang Cina dan 7 orang India di NUBE House pada 2 Mei 2012 lalu.Mesyuarat tersebut dibuat atas nama BENGKEL PEMANTAU PILIHANRAYA KALI KE-2.Program berjalan dari jam 9:30 pagi sehingga jam 5:00 petang.Antara nama-nama yang membuat pembentangan adalah AMIN ISKANDAR, MARIA CHIN, LATHEEFA KOYA, EVELYN TINA TAWAN dan PRAKASH.Amin Iskandar ketika membuat pembentangan dari jam 10:30 pagi sehingga 11:30 pagi menyatakan, antara kejayaan utama menjatuhkan atau menggulingkan kerajaan di beberapa buah negara adalah menerusi pemantauan Pilihanraya.Justeru menurutnya,untuk menggulingkan UMNO dan Barisan Nasional,maka Pakatan Rakyat perlu mendapatkan seramai mungkin sukarelawan bagi mencari dan mencipta kesalahan SPR. 

SPR perlu digambarkan sebagai sebuah badan yang penuh dengan penyelewengan dan sentiasa berat sebelah.Gambaran buruk terhadap SPR menurut Amin Iskandar akan menyebabkan rakyat tidak berpuas hati. Apabila keputusan PRU13 diumumkan, dan Pakatan Rakyat ternyata kalah,maka rakyat akan bangkit memberontak.SPR akan dipersalahkan dan campur tangan asing akan berlaku, sekaligus memudahkan Pakatan Rakyat untuk berkuasa.MARIA CHIN yang membuat pembentangan dari jam 11:30 pagi sehingga 1:00 tengah hari pula,menekankan bahawa Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR adalah orang UMNO.Sekalipun telah didedahkan bahawa fakta tersebut adalah salah,sebaliknya hanya nama sahaja yang sama,namun Pakatan Rakyat perlu sentiasa menekankan bahawa SPR adalah salah satu daripada jentera UMNO dan Barisan Nasional. Menurutnya lagi, media sebenarnya tidak layak untuk undi pos sebagaimana yang dilaksanakan oleh SPR pada PRU13 akan datang.Bukan itu sahaja,menurut Maria Chin lagi,pengundi Sabah dan Sarawak yang tinggal di Semenanjung WAJIB balik untuk mengundi semasa PRU13 demi menumbangkan Barisan Nasional dan wang perbelanjaan perlu disediakan oleh Kerajaan. Tempoh kempen yang singkat, menurutnya telah menafikan undi bagi pengundi luar negara kerana kesulitan untuk mencari tiket dalam masa terdekat. Agak menarik juga apabila Maria Chin tidak langsung menyentuh tentang usaha-usaha yang bersungguh daripada Pakatan Rakyat, khususnya Anwar Ibrahim dalam menjalankan kempen pilihanraya tanpa mengira hari dan masa bermula dari hari pertama keputusan PRU12 diumumkan lagi. 

Dan seperti biasa jugalah,Maria Chin menyalahkan media dengan menuduh media berat sebelah dan hanya menjadi medan Barisan Nasional untuk berkempen.Sekaligus ia menggambarkan ketidaktelusan kerajaan.Yang tidak disebutkan oleh Maria Chin ialah,media-media yang dikatakannya sebagai berat sebelah adalah media-media milik parti-parti komponen Barisan Nasional sepenuhnya.Manakala RTM sudah tentulah akan berkempen bagi pihak kerajaan dan sesiapa pun yang akan menjadi kerajaan,itulah taukeh RTM.Sedangkan Pakatan Rakyat pula menguasai pelbagai media lain,langsung tidak memberikan liputan positif tentang kerajaan atau UMNO mahupun Barisan Nasional,tidak pula disentuh oleh Maria Chin.Maria Chin juga menyalahkan mahkamah di Malaysia dan menyifatkan mahkamah sebagai KORUP dan tidak boleh dipercayai.Pembentangan yang dilakukan oleh Latheefa Koya dari jam 1:30 petang sehingga 2:30 petang lebih menarik apabila Latheefa Koya secara berterus terang menggariskan beberapa perkara penting yang membolehkan calon-calon Pakatan Rakyat menang tanpa bertanding.Selain daripada menyerang SPR sebagai badan pengendali pilihanraya yang amat kotor dan pilihanraya di negara ini dipotretkan sebagai tidak telus,Latheefa Koya mencadangkan agar setiap calon haruslah memastikan mereka mempunyai 3 set borang yang lengkap diisi semasa hari penamaan.

ANDA NAK LAGI ???


UNTUK SELANJUTNYA

RENUNG-RENUNGKAN 

4 comments:

Agent X said...

syabas!pendedahan yg hebat bro.
salam perjuangan dpd;
keadilanXsarawak.blogspot.com

Anonymous said...

damn u PR... may u burn in ....

Anonymous said...

xder tindakan ker? takkan angkat senjata baru di kira menentang Agung? benda mcm ni nk di biarkan jer ker? Ini sudah sah sah di kira AKAN memberontak. KDN! jgn jadi macai!..

Anonymous said...

JESUS SAID LOVE YOUR ENEMY,
“You have heard the law that says, ‘Love your neighbor’ and hate your enemy. But I say(jesus), love your enemies! Pray for those who persecute you! In that way, you will be acting as true children of your Father in heaven. For he gives his sunlight to both the evil and the good, and he sends rain on the just and the unjust alike. If you love only those who love you, what reward is there for that? Even corrupt tax collectors do that much. If you are kind only to your friends, how are you different from anyone else? (Matthew 5:43-47 )

 
 
Blogger Templates