Terus terang penulis katakan,isu persembahan Psy sempena Tahun Baru Cina adalah modal politik murahan dari Pakatan yang semakin kehabisan idea dalam usaha menambah bilangan fitnah di dalam senario politik negara.Mungkin ramai yang sudah tahu,bahawa persembahan itu ditaja oleh sebuah syarikat swasta iaitu Mega Ultimate.Ia sekaligus mematikan hujah dari samada pecacai PAS,DAP mahupun PKR yang memfitnah kononnya BN yang menanggung kos berkenaan.Pihak pengurusan Psy sendiri telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka ditaja oleh syarikat swasta berkenaan.Tidak cukup dengan itu, plot terancang untuk memalukan Perdana Menteri juga gagal,apabila tersebar video bahawa jeritan “Are ready for BN” dijawab dengan jelas dan kuat berbanding jeritan “Boo..” oleh sarkas-sarkas upahan DAP.Video yang mereka kemukakan adalah berposisikan di kumpulan tersebut,maka sudah tentu jeritan mereka lebih jelas di dalam rakaman tersebut.Apabila video-video yang lebih luas “shot”nya, anda boleh lihat sendiri di channel YouTube akan fitnah yang cuba dilemparkan.
Dengan kos sebanyak RM2 juta yang digembar-gemburkan,cybertrooper Pakatan,terutamanya PAS dan PKR terlupa akan satu perkara,bahawa terdapat konsert dengan kerjasama kerajaan negeri Pulau Pinang yang melibatkan kos sejumlah RM3 juta.Tidak cukup dengan itu,konsert ini melibatkan acara minum arak secara terbuka!
Lucu apabila wujud portal pembangkang yang cuba memberi alasan kononnya konsert anjuran bersama kerajaan negeri hanya untuk yang bukan Islam !!! Cabaran penulis,apakah mereka mampu membuktikan bahawa kehadiran pada konsert berkenaan 100% bukan Islam ??? Pada hemat penulis,Exco Agama Islam negeri pun tidak boleh diharap,inikan pula konsert di tempat terbuka seperti Batu Ferrenggi !!! Tentu sahaja sesiapa pun dibenarkan masuk !!!!
Itu belum diambil kira dari kenyataan seorang ahli majlis kerajaan tempatan yang mendakwa ia adalah sebahagian dari aktiviti pelancongan kerajaan negeri.Malah,ahli majlis tersebut mencadangkan agar Exco Pelancongan negeri ditemuramah berkenaan konsert tersebut !!!
Sekurang-kurangnya,konsert Psy tempohari tidak melibatkan arak atau wanita berpakaian menjolok mata.Mungkin pada Exco Agama Islam negeri tiada masalah,kerana beliau juga pernah hadir di majlis pertunjukan fesyen yang memperlihatkan liuk-lentuk si peragawati !!!
Ini adalah penyakit paling sering menyerang cybertrooper pembangkang,iaitu bodoh melantun-lantun kerana cuba mencari isu pada pihak Barisan Nasional.Akhirnya,mereka ibarat meludah ke langit,terpercik masuk ke kerongkong sendiri.Itulah bahana double-standard dan tidak telus dalam memperjuangkan sesuatu isu.Kemaruk isu,isu tiada yang ada beruk !!! Dan cybertrooper mereka itulah beruk !!! - Selangor Daily
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment