Selepas mahkamah memutuskan untuk membebaskan Anwar Ibrahim dari tuduhan meliwat Saiful kerana masalah teknikal pada Januari 2011,Azlan (ayah Saiful) datang berjumpa seorang pemimpin Umno dan menyatakan kekesalan beliau terhadap keputusan mahkamah.Dalam pertemuan itu beliau menyatakan tentang masa depan dia dan anaknya berikutan keputusan itu.Beliau mengadu tidak ada kerja dan tidak ada wang. Beliau meminta seorang pemimpin Umno itu dapatkan RM 5 juta untuknya.Dalam tempoh itu sehinggalah ke penghujung tahun 2012 Azlan berjumpa ramai pemimpin Umno untuk mendapatkan RM 5 juta.Namun beliau gagal sehinggalah beliau ada mengeluarkan ungkapan akan pergi kepada Anwar jika tuntutannya tidak dipenuhi.Ugutan itu tidak dipedulikan oleh orang-orang Umno.Perkara berkenaan sampai ke pengetahuan Johari Abdul.Bermula saat itu dia mula mencari jalan bagi berjumpa ayah Saiful.
Akhirnya dia berjaya.Perkara berkenaan dibawa ke pengetahuan Azmin Ali.Peringkat awal mereka membiarkan dulu dengan niat untuk menguji sejauh mana kebenaran atau keikhlasan Azlan.Dalam tempoh ujian tersebut mereka meminta Azlan menghubungi mana-mana orang Umno yang beliau pernah minta RM 5 juta agar meminta RM 1 juta.Tuntutan dikurang sebanyak RM 4 juta dengan harapan ada orang-orang Umno akan memberinya kerana jumlah telah banyak dikurangkan.Namun orang-orang Umno yang dihubungi Azlan masih gagal memberinya RM 1 juta.Di sini Allah telah menyelamat dan melindungi Umno.Jika ditakdirkan ada orang-orang Umno yang memberi Azlan RM 1 juta ketika itu maka akan gegak gempitalah satu negara bahawa Umno merasuah ayah Saiful untuk menutup mulutnya daripada menceritakan kebenaran kes liwat yang dihadapi anaknya.
Permintaan RM 1 juta itu adalah perangkap yang dipasang oleh ayah Saiful seperti yang dirancang oleh Azmin dan Johari Abdul.Azlan juga diminta untuk memujuk Saiful agar membuat pusingan U bersama dengannya. Namun Azlan gagal dan bergaduh dengan Saiful sehingga keluar dari rumah yang didiaminya bersama Saiful.Namun begitu Azlan diminta oleh Azmin dan Johari agar tidak putus asa dan terus memujuk Saiful.Hubungan Azlan dengan Saiful kembali pulih.Tetapi usahanya masih lagi terbantut.
Sehinggalah muncul cerita penglibatan Anwar dalam insiden di Lahad Datu seperti yang dilaporkan oleh pihak perisikan Filipina membuatkan Anwar mula gelabah dan kelam kabut kerana pekungnya telah pecah.Lalu untuk menutup isu berkenaan Azlan diminta muncul dalam keadaan tergesa-gesa dan masih lagi tidak bersiap sedia serta tanpa Saiful bersamanya.Atas sebab itulah sidang media Azlan diadakan secara tertutup di sebuah kondominium yang ada kaitan dengan Azmin Ali di Ampang, dan hanya wartawan terpilih pro pembangkang sahaja yang dijemput.Azlan dijanjikan RM 5 juta dan turut diberi keyakinan bahawa Anwar akan menjadi PM selepas PRU ke 13 nanti.Bayaran RM 5 juta itu dibahagikan kepada 3 fasa. Setiap fasa pula terbahagi kepada beberapa bahagian.
PKR tidak mahu melangsaikannya sekali gus kerana bimbang Azlan akan pusing kembali.Mereka mengambil iktibar diatas apa yang terjadi terhadap Adun Bota pada tahun 2008.
Fasa pertama RM 1 juta sebelum parlimen dibubarkan dan dibahagi kepada beberapa bahagian.Azlan dijanjikan RM 300 ribu sebelum sidang media dan selepas sidang medianya dia akan diberikan lagi RM 400 ribu,serta RM 300 ribu lagi selepas satu lagi sidang media.Fasa kedua RM 1 juta selepas parlimen dibubarkan dan ketika kempen pilihanraya berlangsung , dan turut dibahagikan kepada beberapa bahagian.Azlan akan dibawa berceramah di pentas PKR, PAS dan DAP seluruh negara dan mengikut skrip yang disediakan oleh PKR.
Fasa ketiga RM 3 juta selepas PRU dan selepas Anwar dilantik sebagai PM.
Untuk pengetahuan para pembaca juga,Wan Azizah dan Nurul Izzah tidak gembira dengan tindakan yang dilakukan Azmin dan Johari Abdul dalam hal ini kerana mereka tidak mahu lagi kegiatan tidak bermoral Anwar terus menjadi perbincangan rakyat.Atas sebab itulah sehingga ke hari ini belum ada sebarang komen yang dikeluarkan mereka dua beranak.Kami yakin segala info yang diberikan diatas oleh orang dalam PKR sepertimana info-info yang disampaikan kepada kami sebelum ini.Contohnya kes pembelian kereta-kereta oleh ahli parlimen Ampang dan juga penipuan pembelian bas mewah PKR oleh Khalid Ibrahim.
ANDA NAK LAGI ???
UNTUK SELANJUTNYA
RENUNG-RENUNGKAN
2 comments:
Golongan Munafik Sangat Takut Bersumpah Cara Islam
Bapak spesis apa la dia tu....!
Post a Comment