Berikut adalah petikan pendedahan laman web Wikileaks yang didapati dari kabel Kedutaan Amerika
Dreaming of Sabah…?
——————–
(C) MG Dolorfino commented that Malaysia is not only concerned about Misuari’s intentions toward Sabah, where Misuari apparently still has hundreds of followers, but also about his recent contacts with Malaysian opposition figure
Anwar Ibrahim,described as an “old friend” of Misuari’s.Over the past several months,Malaysian officials have held at least three meetings with Misuari and/or Misuari’s wives, according to Jainal and Dolorfino.During an April 10
meeting,a special envoy from Malaysian Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi told Misuari not to meddle in Malaysia’s domestic politics,Dolorfino said. According to Jainal,Misuari promised Badawi’s representative that he had no
intention of getting involved in Malaysia’s internal affairs.
Ternyata,hubungan Anwar dengan Misuari adalah lebih dari sekadar hubungan ‘diplomatik’ kerana Anwar telah digambarkan sebagai ‘kawan lama’ oleh Misuari.Malah,pendedahan ini juga membuktikan bahawa Anwar dan Misuari telah pun mula berhubungan semula sejak 2007 lagi.Nampaknya Anwar mempunyai ramai kawan dan sahabat di kalangan ‘orang-orang’ yang kontroversi,termasuk musuh-musuh negara dan musuh-musuh Islam.Sebelum ini,pembunuh Umat Islam,iaitu Wolfowitz juga pernah merujuk kepada Anwar sebagai ‘sahabat baik’.Begitu juga Al-Gore yang tidak segan silu membela Anwar secara terbuka di pentas Malaysia sendiri,demi persahabatan yang ikhlas.Rakyat Malaysia tidak boleh mengambil mudah apabila seorang yang bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia mempunyai sahabat dari kalangan musuh-musuh negara.Selain itu,secara logiknya,tiada umat Islam yang waras yang sanggup menerima sahabat kepada pembunuh saudara-saudara seagama dengan kita,sebagai Ketua Negara ini.
Hubungan baik dan pertemuan kedua-dua pihak yang gemar ‘mengganggu’ pentadbiran kerajaan di negara masing-masing ini tidak boleh dianggap sebagai biasa.Apatah lagi dengan kedua-duanya terbukti mempunyai kecenderungan dan keupayaan untuk mencetuskan huru-hara.Kita sedia maklum bahawa bukan sekali Anwar bercakap mengenai ‘Arab Spring’ dan bukan sekali Anwar cuba mencetuskan keganasan melalui demonstrasi jalanan.Semua ini dibuatnya berkali-kali dengan harapan untuk menaikkan semangat penyokong-penyokongnya agar bangkit dan membuat huru-hara sehingga kerajaan terpelanting keluar dari Putrajaya.Seperti juga pengganas Sulu yang menceroboh Sabah,Anwar turut beberapa kali mengundang campurtangan asing dalam pilihanraya,malah dalam kes mahkamahnya.Tindakan ini jelas menunjukkan kebergantungan Anwar kepada pihak asing sekali gus memberi gambaran jelas tentang jenis pemerintahannya sekiranya beliau mendapat mandat untuk memerintah iaitu,negara pasti akan hilang kedaulatannya.
Berdasarkan pendedahan Wikileaks serta laporan-laporan risikan Manila yang disebarkan dan juga sikap dan tindakan Anwar sendiri sebelum dan selepas insiden Lahad Datu,kita tidak lagi dapat menolak hakikat bahawa insiden keganasan di Sabah adalah bertitik tolak dari pertemuan-pertemuan sulit Anwar dengan Misuari.Walaupun kita tahu Anwar amat bencikan pasukan keselamatan dan pertahanan negara kita,saya tidak dapat membayangkan bagaimana Anwar sanggup meletakkan nyawa rakyat Sabah di dalam bahaya demi mencapai cita-citanya.Apatah lagi jika mengambilkira bahawa ada di antara rakyat di Sabah itu yang merupakan penyokongnya sendiri.Namun,apa yang dihairankan lagi kerana Anwar telah membuktikan yang beliau tidak kisah menggadaikan masa depan penyokongnya,mahupun keselamatan mereka dalam siri-siri demonstrasi yang didalanginya sebelum ini.
Justeru,kenapa kita nak hairan jika Anwar sanggup menggadaikan nyawa penyokongnya dalam insiden Sulu ??? Bukankah Arab Spring yang di idam kan Anwar itu juga mempunyai objektif yang sama iaitu pertumpahan darah di kalangan penyokong kerajaan dan penyokongnya ???
Maka,sudah sampai masanya bagi penyokong-penyokong Anwar untuk memikirkan,apakah jenis pemimpin yang sanggup menggadaikan nyawa penyokong sendiri ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment