Pendedahan mengenai parti politik negara jiran,iaitu People’s Action Party (PAP),Singapura membantu pembangkang Malaysia bukanlah perkara baru.Oleh itu,apabila media mendedahkan bantuan DAP secara tersusun terhadap PR dalam menghadapi PRU-13, ramai yang tidak terkejut lagi.Namun,bantuan PAP terhadap PR,khasnya DAP kali ini lebih hebat dan terbuka sehingga ke tahap di mana Kerajaan Singapura memberikan cuti khas 2 hari pada hari 3hb Mei,Jumaat dan 6hb Mei,Isnin bersempena dengan pengundian pada 5 Mei,Ahad.Kerajaan Singapura juga akan memberikan elaun minyak khas kepada warganya yang terlibat membantu PR dalam PRU di Malaysia.Pekerja-pekerja Parti PAP diarahkan untuk turut serta membantu jentera DAP sepanjang tempoh berkempen.Jangan sekali-kali kita lupa bahawa 2 dari pengasas PAP,masih terus menerajui DAP sejak 1967 iaitu Lim Kit Siang dan Devan Nair (Ahli Parlimen Bangsar) sekali gus membawa erti yang roh dan jiwa PAP dan DAP adalah sama sahaja. PAP terbentuk dari semangat kiasu,rasis dan kebencian yang meluap terhadap Melayu.Jika dikaji sejarah Singapura,kita akan dapati bahawa sebab musabab utama ia keluar dari Malaysia hanyalah kerana enggan menerima pemerintahan Melayu Islam.Dari situlah maka agenda rasis PAP dalam membantu DAP dalam PRU-13 di Malaysia terserlah apabila keistimewaan cuti dan pulang mengundi bagi warganegara Malaysia di negara itu hanya diberikan kepada warganegara Malaysia berbangsa Cina sahaja, dengan harapan mereka semua akan mengundi DAP.
Tidak cukup dengan itu,7 buah bas telah disediakan oleh salah seorang taikun besar negara itu bagi membantu mereka yang tiada kenderaan untuk pulang.Keputusan Lim Kit Siang untuk bertanding di Gelang Patah,Johor juga dilihat mempunyai agenda tertentu sebagai mengatur langkah yang lebih berkesan untuk ‘mendekatkan’ Malaysia kepada Singapura.Sebelum ini pun,PAP telah pun didedahkan terlibat dalam BERSIH dan juga demonstrasi menentang Lynas.Pendek kata,negara jiran itu tidak pernah senang melihat Malaysia senang dan apa saja yang mampu menggugat kestabilan dan kekuatan Malaysia akan menarik minat mereka.Cita-cita Lee Kuan Yew untuk menakluk Malaysia tidak pernah padam, dan Malaysia juga tidak pernah lupa akan cita-cita beliau itu. Walaupun pada zahirnya,Malaysia seolah-olah alpa,tetapi hakikatnya, Malaysia punya cara tersendiri untuk menanganinya.Singapura telah beberapa kali dikesan menceroboh ruang udara Malaysia,namun sebagai jiran yang matang,bijak dan berfikir panjang,Malaysia tidak pernah terburu-buru mengambil tindakan terhadap mereka.Walaupun Singapura terkenal dengan sifat kiasu ekstrem iaitu tidak malu dan tidak mungkin mengaku salah sekiranya bersalah dan juga tidak akan sekali-kali bertolak ansur atau meletakkan nilai kemanusiaan,kejiranan dan persahabatan mengatasi ego dan keangkuhan,tetapi Malaysia tetap mengambil sikap sabar dan tenang dalam menangani karenah jiran yang satu ini.Ini kerana kita cukup kenal siapa Singapura,iaitu sebuah negara diterajui oleh rasis Cina yang merasakan diri mereka setanding barat.
Mentaliti ‘dijajah’ mereka begitu kuat iaitu cukup bangga jika dikaitkan dengan barat apatah lagi mendapat kepercayaan menjadi ‘agen’ barat di rantau ini.Lebih dari itu,sikap iri hati,tamak dan kiasu pemimpinnya menjadikan negara kecil itu sentiasa mendendami Malaysia yang dianggap mereka sebagai ‘bodoh’ kerana diterajui oleh bangsa Melayu.Selain dendam peribadi Lee Kuan Yew yang tidak berasas terhadap bangsa Melayu,Malaysia juga sentiasa berada di bawah pemerhatian Singapura kerana potensinya dari segi ekonomi dan pelaburan dan seperti juga bangsa-bangsa di barat,entah kenapa Singapura turut melihat Islam di Malaysia sebagai masalah,kalaupun bukan ancaman.Walau apapun,pilihan memilih kerajaan berada di tangan kita,bukan Singapura.Setakat ini,kita sudah menyaksikan bahawa DAP tidak sebijak mana, malah bodoh sehinggakan tidak tahu mengira dan menipu juga terkantoi semuanya.Maka,yakinlah bahawa PAP yang angkuh itu juga sama saja,iaitu tidaklah sebijak mana.Sesungguhnya PAP belum cukup matang untuk memahami bahawa ada yang lebih penting di dalam dunia ini selain kekayaan negara,iaitu keamanan,kestabilan dan kemanusiaan.Oleh itu,biarlah mereka perasan hebat dan bertungkus lumus cuba menjajah kita dengan apa jua cara,kita tidak rugi di mana-mana kerana orang bijak tidak perlu menunjuk-nunjuk bijak dan orang yang benar hebat tidak akan sekali-kali bersifat angkuh.Orang yang bijak pasti tahu bahawa keangkuhan seringkali membawa kepada kejatuhan.
RENUNG-RENUNGKAN
4 comments:
Kemungkinan(Pendapat Peribadi)
Untuk Melayu Islam Berfikir.
Apakala sabuah negara lain turut membantu sesebuah parti politik di negara ini pastinya ada niat atau perancangan yang tersirat kalau tidak mana mungkin kesanggupan sokongang,keewangan dan lebih serious lagi bolih mengerohkan perhubungan dua negara.
secara peribadi kemungkinan berikut bolih berlaku,parti yang disokong didominan olih sesuatu kaum tertentu berkait rapat dengan kaum dominan negara tersebut,apakah dlm pru nanti parti yg disokong menang besar dan bolih kemudian membuat keputusan diparlimen diatas cadangan atau saranan tertentu,contoh,
negara berkenaan memohon untuk menyertai semula negara ini(dengan tujuan tertentu) dan diterima maka akan berlaku lah gabungan dua parti menjadi suatu suara penentu dinegara ini,fikirkan apakah yang akan berlaku kepada bangsa melayu kelak,akan hanya sekadar melukut ditepi gantang.
Berfikir lah orang melayu secara jauh agar anak cucumu nanti tidak menjadi mangsa kesilapan pilihan kita.
Bangunlah....Sedarlah bahawa kemungkinan
tersebut tidaklah mustahil.
Apakah DS Najib akan membuka matanya dan mengambil tindakan terhadap puak PAP keparat ini atau akan hanya mendiamkan diri sahaja? Relakah dia membiarkan Malaysia dikacau oleh sebuah republik kecil seperti Singapore ini? Dimana Hishamuddin yang dicalonkan semula kali ini, akan memainkan peranannya sebagai menteri dalam negeri (caretaker govt.)bagi menyekat dan menghalau anasir subversib ini? Kami akan memerhatikan saudara2 yang berkuasa sekarang sama ada bertindak atau tidak.......
UMNO = itu Pati untuk penyatuan orang2 MELAYU yang beragama Islam.
MCA = itu wakil untuk orang cina
MIC = itu pati untuk orang India.
UMNO ITU bukan pati Najib atau Muhidin saja ia untuk masyarakat Melayu keseluruhnya.Aku tak pahamlah orang melayu banyak yang menentangnya dari dulu.Aku percaya banyak orang Melayu sekarang keliru dengan perkataan UMNO itu. Mereka pikir pati itu untuk Najib dan ahlinya sahaja. Buka Mata kamu orang Melayu seluruhnya BESAR-BESAR. UMNO pati mewakili untung nasib masyarakat orang Melayu . SEKARANG KEMBALILAH KITA KEPADA UMNO semoga bangsa kita menjadi semakin kuat,maju dan dihormati .Hentikan membenci pati memperjuangkan hak dan kelangsungan anak cucu kita. Ayuh semua bangsa ku kembali semula kepangkuan UMNO. Sokong dan menangkanlahnya bersama-sama………..Takbir. Amin
lantas kenapa kau orang benci sangat dengan pati PENYATUAN MELAYU ISLAM.
hentilan persengketaan kita umat melayu dan berpadulah di bawah UMNO.
Ramai orang melayu yg masih belum faham agenda dan sejarah dap. Contohnya di tempat kerja saya kebanyakan menyamakan mca dan dap. Tambahan mereka mengatakan selama 50 tahun negara menipu rakyat dengan cerita sejarah yg telah diterbalikkn....bahaya fahaman begini...sampai semua orang dah jd pakar sejarah...renungkan...
Post a Comment