Social Icons

Pages

Tuesday, April 16, 2013

HOT NEWS !!! #PRU13 !!! LIM KIT SIANG NAK MERAMPAS JOHOR DI TANGAN DATUK ABDUL GHANI OTHMAN ???


Dalam suasana politik demokrasi,seorang wakil rakyat yang baik pasti disayangi oleh rakyat di kawasannya dan beliau juga pasti berat hati untuk bertanding di tempat lain kerana tindakan itu akan dilihat seperti mengabaikan rakyat kawasannya.Justeru,wakil rakyat yang baik selalunya akan kekal di satu-satu kawasan untuk masa yang lama dan mempunyai banyak masa untuk merancang dan memantau pembangunan kawasan tersebut.Buktinya,Datuk Seri Najib,Tun Mahathir dan mana-mana ahli politik yang disanjung rakyat jarang sekali bertukar-tukar kawasan. Ini amatlah berbeza dengan pemimpin DAP iaitu Lim Kit Siang.Lim Kit Siang pastinya benar-benar menghayati slogan ‘ubah’ DAP kerana asyik berubah-ubah kawasan bertanding.Sejak dari 1969,Lim Kit Siang asyik berubah kerusi antaranya, Bandar Melaka (1969–1974), Kota Melaka (1974–1978), Petaling Jaya (1978–1982), Kota Melaka (1982–1986), Tanjong (1986–1999), dan akhir sekali Ipoh Timur pada 2004 dan kini berubah angin lagi ke Gelang Patah.Jangan ditanya apa jasanya kepada semua kawasan-kawasan tersebut, kerana tidak ada langsung.Satu-satunya ‘khidmat’ yang disumbang kepada rakyat kawasannya ialah perpecahan dan semangat perkauman serta kebencian yang meluap-luap.Jelas,Lim Kit Siang bertanding bukan untuk berkhidmat kepada rakyat tetapi untuk mencari tapak untuk berkuasa.Namun,‘perubahan angin’ yang dilakukannya kali ini dilihat punya signifikan tersendiri iaitu untuk memecahkan dominasi UMNO serta perpaduan antara kaum di Johor di samping mengorak langkah susulan untuk membantu menyerapkan roh PAP Singapura dengan lebih kukuh melalui negeri di hujung semenanjung itu.

Dengan Pulau Pinang sudah dikuasai dan jika bernasib baik,Johor pula,maka DAP atau lebih tepat,PAP akan dapat menguasai dua dari ‘pintu masuk utama’ ke Malaysia.Kita sedia maklum akan bantuan kewangan secara bulanan kepada DAP daripada PAP dan kita juga sedia maklum bagaimana kerajaan Singapura memberi bantuan khas kepada DAP dalam berbagai bentuk termasuk tenagakerja bagi menghadapi PRU kali ini.Di Gelang Patah,Lim Kit Siang akan bertembung dengan Datuk Abd. Ghani Othman.Kerusi Gelang Patah yang mempunyai pecahan kaum Cina 54%,Melayu 34% dan India 12% sebelum ini dipegang oleh MCA yang telah bersetuju untuk menyerahkannya kepada UMNO.Penyandang kerusi tersebut,iaitu Ketua Wanita MCA Johor,Tan Ah Eng telah mendapat majoriti sebanyak 8,851 undi,iaitu jauh lebih kecil dari majoriti yang diperolehi pada 2004 sebanyak 31,666 undi.Datuk Abd. Ghani sebelum ini bertanding di kerusi Ledang dan pertukarannya ke Gelang Patah dikatakan sebagai strategi BN untuk merebut undi penentu iaitu undi Melayu dari Lim Kit Siang.

Apapun,kita melihat yang Lim Kit Siang bukannya mencabar Datuk Abd. Ghani,tetapi sebenarnya mencabar seluruh rakyat Johor dan juga konsep 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri.Kita tahu bahawa politik Lim Kit Siang adalah politik perkauman.Walaupun Kit Siang menafikan tuduhan ini tetapi cakap-cakapnya dalam setiap ceramahnya adalah jelas di mana hujah utamanya sering tertumpu mengenai kerajaan yang diterajui UMNO (Melayu),lembab,korup dan malas,UMNO menganaktirikan kaum bukan Melayu,perlembagaan UMNO berat sebelah kepada kaum Melayu,kaum Cina dinafikan hak dan berbagai-bagai lagi isu yang bersifat perkauman yang membawa prejudis dan kebencian terhadap kerajaan yang diterajui Melayu.Malah,beliau juga suka membangkitkan soal agama seolah-olah Malaysia menekan agama lain.Kita pasti Datuk Abd. Ghani mampu mematahkan penipuan dan hasutan Kit Siang ini dan kita lebih pasti lagi bahawa orang-orang Johor,tidak kira Melayu atau Cina atau India cukup matang dan mampu melihat kebenaran di hadapan mata mereka iaitu tiada kaum yang terpinggir dalam arus pembangunan negara,malah kaum Cinalah berada di hadapan dalam segala-galanya.

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates