Social Icons

Pages

Tuesday, April 16, 2013

HOT NEWS !!! #PRU13 !!! KHALID GAGAP MENGAKU NAK MAIN GOLF SELEPAS KALAH !!!


"Tak jadi masalah,kalau kalah,saya boleh main golf," demikian kata Menteri Besar Selangor,Abdul Khalid Ibrahim ketika membayangkan kemungkinan beliau akan kalah di DUN Pelabuhan Klang pada PRU13 kelak.Bunyinya seperti pasrah dan sudah mengaku kalah,itu secara tersurat tapi secara tersiratnya ia sebenarnya hanyalah untuk mengaburi mata khalayak supaya tidak mempersoalkan kenapa beliau tiba-tiba berpindah DUN.Biasanya jarang benar seseorang Menteri Besar beralih kawasan DUN yang ditandingi kecuali jika ada persempadanan semula kawasan DUN atau pun dikehendaki berpindah ke kerusi Parlimen kerana khidmatnya diperlukan di peringkat Pusat. Namun apabila Khalid mengumumkan akan bertanding di DUN Pelabuhan Klang pada PRU13 ini, di masa yang sama mengekalkan pencalonannya di kerusi Parlimen Bandar Tun Razak,ia menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena.Tidak syak lagi Khalid sudah menyedari sekiranya beliau terus bertanding di DUN Ijok,para pengundinya di kawasan berkenaan akan menghukumnya dalam PRU kali ini. Mana tidaknya, kalau dah selama 5 tahun menjadi wakil rakyat di situ, jarang sekali penduduknya berpeluang bertemu YB mereka. 

Selain itu, Khalid juga bakal berdepan dengan halangan rakan kepimpinan yang sudah bertahun-tahun menjalankan propaganda menolaknya di Ijok.Memang tak terdaya untuk Khalid menempuh semua cabaran tersebut. Mahu tidak mahu, Khalid terpaksa beralih arah mencari nafas baru di DUN Pelabuhan Klang dengan alasan pucuk pimpinannya memerlukan calon 'heavyweight' sepertinya untuk yakinkan pengundi Pelabuhan Klang.PRU12 tahun 2008 dulu,DUN Pelabuhan Klang berjaya dimenangi oleh PKR dengan majoriti besar melebihi 4,000 undi berbanding majoriti kemenangannya di DUN Ijok hanya 1,920 undi sahaja.Berdasarkan perbandingan jumlah undi majoriti itu pun umum sudah dapat menjangkakan,Khalid sebenarnya sengaja memilih DUN Pelabuhan Klang kerana merasakan ia tempat selamat baginya.Macam ini punya MB memang memalukan,nampak sangat kebaculan dan kedayusannya.Tapi disebabkan Khalid sudah teringin benar untuk bermain golf, eloklah para pengundi di DUN Pelabuhan Klang mengambil kesempatan ini untuk merealisasikan hasrat Khalid itu. Lagi pun, di Ijok pun rakyat dah menolaknya,tiada sebab untuk pengundi di kawasan lain menerimanya pula,bukan begitu pembaca Badut Rakyat ???

RENUNG-RENUNGKAN

2 comments:

Anonymous said...

ketua umno bah. klang pulak buat hal.tak dapat jadi calon habis khmeah gerakan di bukanya,apanya bodoh ketua bahagian.tak dapat sudahlah kata demi parti

Anonymous said...

Peluang gagap ni sebenarnya cerah. Tapi undi tetap susut. UMNO kena kerja kuat bilik gerakan mesti aktif. soal pemimpin tu mesti di nilai selepas PRU. Awal sangat nak hukum. Parti mesti nak pemimpin yg baik otai2 kna la bagi pluang. Sbb pluang mereka mungkin dtg slepas ni.

 
 
Blogger Templates