Social Icons

Pages

Saturday, April 27, 2013

HOT NEWS !!! ISU KALIMAH ALLAH !!! PAS SEMAKIN TERTEKAN ??? WAJIB BACA !!!


Pendirian PR dalam isu kalimah Allah S.W.T sudah jelas di mana gabungan longgar tiga parti pembangkang yang turut melibatkan PAS itu telah sebulat suara bersepakat menerima gesaan DAP supaya kalimah Allah S.W.T dibenarkan penggunaannya dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu.Menteri Besar Kelantan,Nik Abdul Aziz Nik Mat pula dalam kenyataan susulannya turut menyokong penuh pendirian tersebut dengan mengumpamakannya sebagai peluang untuk orang Islam menyebarluaskan dakwah di kalangan orang Kristian.Meskipun begitu,Majlis Syura Ulama PAS dalam mesyuaratnya telah mengambil pendirian bertentangan dengan PR,selari dengan sentimen semasa di kalangan umat Islam yang berterusan membantah cubaan DAP untuk menodai kesucian kalimah Allah S.W.T. Sehingga kini Majlis Syura kekal dengan keputusan mereka menolak pendirian Majlis Pimpinan Tertinggi PR dan ia diperkukuhkan lagi dengan kenyataan terbaru Timbalan Mursyidul Am PAS, Dr Haron Din yang menegaskan kesucian kalimah Allah S.W.T tetap akan dipertahankan. 

“Main pillar (tunggak utama) itu kita tak boleh ansur.Contoh tidak bertolak ansur kalimah Allah.Saya bertegas dan akan pertahankan ia tidak boleh dibenarkan untuk diguna pakai untuk diterjemahkan dalam bahasa lain,” demikian penegasan oleh Dr Haron Din.Dr Haron Din mungkin benar-benar bersungguh dalam hal ini,tapi realitinya sehingga sekarang PAS gagal mempengaruhi PR untuk mengubah pendiriannya dalam isu kalimah Allah S.W.T. Selagi PR kekal dengan keputusannya,sama seperti PAS meredhakan kesucian kalimah Allah S.W.T dinodai dan disamakan dengan Jesus atau Lord, Tuhan orang Kristian.Ini juga bermaksud,PAS kekal berada dalam keadaan tersepit selagi PR kekal dengan pendiriannya. Keadaan ini menyebabkan penyokong PAS berada dalam dilema,mengundi PAS bermakna bersetuju dengan pendirian PR yang membenarkan kalimah Allah S.W.T disamatarafkan dengan konsep ketuhanan trinity Kristian. 

Menolak pendirian PR pula bermaksud menentang kerjasama PAS dalam PR.Suka atau tidak,andainya penyokong PAS masih mengundi mana-mana calon PR sama ada dari DAP,PKR mahu pun PAS,ia seperti satu pengiktirafan terhadap PR yang memperakui kesucian Allah S.W.T boleh dinodai demi kepentingan politik.Dalam dilema yang serba rumit ini,penyelesaian yang tinggal untuk PAS ialah dengan segera membuat kenyataan rasmi menolak pendirian PR dalam isu kalimah Allah S.W.T, jika itu dapat dilakukan tidaklah lagi pening kepala penyokong bawahan.Tapi sanggupkah PAS menahan asakan dan serangan bertali arus dari DAP kelak seandainya PAS menarik balik persetujuan bersamanya dengan PR ??? Mungkin dalam keadaan terdesak PAS akan melakukannya untuk menarik balik sokongan yang hilang,tapi ia sudah terlambat kerana tak mungkin orang Melayu Islam sanggup mempertaruhkan lagi kepercayaan kepada PAS yang sudah terbukti gagal mempertahankan kesucian kalimah Allah S.W.T.

RENUNG-RENUNGKAN

4 comments:

Anonymous said...

lebai-lebai jangan marah kalau bersepah risalah di Pasar Khadijah:-


"jom ke rumah Allah - St Francis Church Kota Bharu"

Xpas said...

Bila sikafir menyembah berhala, bolehkah Muslim mengatakan boleh dan menyokongnya. Jika tak mampu mendakwahkan Islam kpd mrk, sekurang kurangnya diam, benci dlm hati dan tidak meredainya, jika beriman tidak sekali kali akan bersetuju dan menyokongnya. Demikian juga segala kemungkaran kemungkaran lain. Golongan taksub yg menyokong dan mempertahankan kemungkaran ini spt org yg terasuk, terpukau dan tersihir. Rujuk Al Mukminun 89.

Aku Sokong Islam Dan BN said...

Takkan adanye puak pencacai nak rujuk dee.....Kan diaorang akan masuk surga Nik Ajis bukan Firdaus

Anonymous said...

Puak takde otak ni akan divert.. "Ni seemua salah Umno la. Sebab takjalankan hudud"

 
 
Blogger Templates