Social Icons

Pages

Saturday, April 27, 2013

HOT NEWS !!! #PRU13 !!! PAS TIDAK AKAN MELAKSANAKAN HUDUD ???


Pas tidak mungkin dapat melaksanakan hukum hudud di negara ini kerana bakal ditentang hebat DAP selain gagal memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan dalam konteks pentadbiran negara ini.Sehubungan itu,bekas Mufti Perlis,Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menggesa Pas berhenti menjadikan pelaksanaan hukum hudud tersebut sebagai isu politik.Malah,beliau turut membidas Pas supaya lebih menumpukan kepada perkara yang boleh dilakukan mereka untuk negara berbanding berdebat berkenaan isu berkenaan. 

 “Kalau Pas menang semua kerusi pun dalam pilihan raya kali ini,Pas tidak boleh laksana hukum hudud Pas kerana mereka akhirnya akan berbalah sesama sendiri.Itu sebabnya isu hudud Pas tidak ada makna kalau dibahas sekalipun, hanya jadi mainan dalam pilihan raya,” katanya.Beliau ditemui pemberita selepas menerima kunjungan calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Permatang Pauh,Dr. Mazlan Ismail di rumahnya di Kampung Mengkuang di sini hari ini. 

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi DAP,Karpal Singh semalam yang tetap dengan pendirian menentang pelaksanaan hukum hudud Pas di negara ini sekiranya pembangkang menguasai Putrajaya.Kenyataan Karpal itu sebagai membantah Timbalan Mursyidul Am Pas,Datuk Dr. Harun Din kelmarin yang bertegas mahu melaksanakan hudud Pas kerana menyifatkannya sebagai asas dalam perundangan Islam.Walau bagaimanapun,tidak sampai 24 jam selepas Karpal membuat penegasan itu,Presiden Pas,Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat kenyataan mempertahan Harun dengan menegaskan,Pas tetap akan melaksanakan undang-undang hududnya kerana yakin Perdana Menteri pembangkang kelak seorang Islam.

Ditanya mengenai janji dalam pilihan raya,Mohd. Asri berkata,dari sudut Islam pihak yang tidak menunaikannya termasuk janji dalam pilihan raya umum disifatkan sebagai munafik.Dalam masa sama,beliau menasihatkan pengundi melihat calon berkualiti dan bukan melihat kepada parti semata-mata termasuk dalam persaingan di kerusi Parlimen Permatang Pauh. “Kalau calon tidak berkualiti,letak lambang apa pun tak jadi kerana dia tak boleh cakap di Parlimen dan tidak boleh bagi pandangan bernas.Oleh itu,bila calon ada kualiti latar belakang yang bagus, kita bagi keutamaan. Sebab itu penting untuk pengundi benar-benar mengenali calon yang boleh bekerja untuk rakyat,” katanya.Dalam perkembangan lain,Mohd. Asri berkata,beliau akan menganjurkan forum bertajuk Permatang Pauh dengan Dr. Mazlan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ahli panel manakala beliau sendiri bertindak sebagai moderator. “Saya mahu rakyat mendengar pandangan kedua-dua pihak mengenai Permatang Pauh."

RENUNG-RENUNGKAN

2 comments:

hisemudinkasim.blogspot.com said...

Pas tidak akan melaksanakan hudud sekalipun PR menang dalam PRU 13 ini. Ini adalah realiti lantaran ketiga-tiga parti yang berpakat dalam PR tidak punyai satu kesepakatan yang memungkin Pas berbuat demikian. Jadi Pas hanyalah menjaja konsep tersebut dikalangan orang-orang Melayu Islam agar menerima mereka serta menagih undi sahaja. Daripada pengamatan sehari dua ini, Pas agak terdesak kerana pihak Dap juga membuat provokasi. Dalam masa yang sama Karpal Singh telah memecah kebuntuan dengan meminta Anwar pula menyatakan pendiriannya. Apakah Pas, PKR dan Dap akan menemui nokhtah berpecah pasca PRU 13 nanti. Kita tunggu. http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/04/pru-13-pas-berada-di-persimpangan.html

Muslim said...

Dlm sistem demokrasi, majoriti berkuasa. Bila PAS mengkafirkan dan memunafikkan sesama Islam, umat Islam menjadi lemah, terpecah pecah, majoriti menjadi minoriti, kuasa umat Islam hilang, bgmn nak laksana Hudud bila tak berkuasa.

 
 
Blogger Templates