Social Icons

Pages

Sunday, April 14, 2013

HOT NEWS !!! #PRU13 !!! KHALID GAGAP LARI KE PELABUHAN KLANG UNTUK SELAMATKAN DIRI ???


Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengesahkan beliau tidak lagi akan mempertahankan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok,kerusi yang dimenangi dalam Pilihanraya Umum ke-12,sebaliknya diarahkan pucuk pimpinan PKR berpindah ke DUN baru iaitu Pelabuhan Klang.“Pucuk pimpinan PKR harapkan calon “heavyweight” untuk yakinkan pengundi Pelabuhan Klang dan saya diberi amanat pimpinan supaya bertanding di sana, “katanya dalam twitter hari ini.Pengerusi PKR Selangor yang menentukan calon-calon bertanding di negeri itu adalah Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR. “Saya harap penyokong Ijok terus sokong calon yang dipersetujui pimpinan.Saya ucap terima kasih banyak atas segala sokongan dan pertolongan mereka, “kata Abdul Khalid lagi.


Sebelum ini,Antara pos melaporkan Abdul Khalid sekali lagi menawarkan diri untuk menjadi Menteri Besar Selangor penggal kedua sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mengekalkan kemenangan di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).Bagaimanapun beliau mengakui bahawa dirinya bukan calon tunggal jawatan itu seperti yang dimaklumkan oleh Presiden PKR,Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.Kenyataan itu memang betul sebab sebelum pemilihan akhir,sebelum menentukan MB yang mewakili Pakatan, terdapat perbincangan pemimpin-pemimpin selepas pilihan raya. “Kalau kita tidak dapat keputusan yang baik, tidak mengapa.Sekiranya dapat keputusan yang baik,saya menawarkan diri menjadi MB,” katanya selepas menghadiri Majlis Penyerahan Bantuan Pendidikan kepada Yayasan Pendidikan Islam Selangor di Kampung Delek Baru,12 April.Walaupun terdapat perubahan DUN yang ditandingi Abdul Khalid,namun untuk kerusi Parlimen beliau masih dikekalkan bertanding di P124, Bandar Tun Razak.

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates