Soladiriti Untuk Saiful

Soladiriti Untuk Saiful

Sunday, April 14, 2013

KANTOI !!! #PRU13 !!! MUSLIMAH PAS NAK SOGOK AJK WANITA UMNO BACHOK ??? APA CERITA NI ???


Pas didakwa cuba menyogok wang kepada seorang Ahli Jawatankuasa Wanita UMNO Bahagian Bachok untuk mengundi parti pembangkang itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan yang juga Ketua UMNO Bahagian Bachok,Datuk Dr. Awang Adek Hussin mendakwa,insiden itu berlaku baru-baru ini apabila dua anggota muslimat PAS mengunjungi rumah anggota UMNO itu dan menawarkan RM500 sebagai habuan supaya mengundi Pas. 

"Bila dia (ahli Wanita UMNO) kata saya penyokong kuat Barisan Nasional (BN),rumah saya ada bendera Barisan Nasional,dia (muslimat Pas) kata dia tahu...mereka ingat beri RM500 boleh membeli kepercayaan dan perjuangan ahli UMNO," katanya kepada pemberita selepas melancarkan jentera pilihan raya BN Parlimen Pangkalan Chepa di sini, hari ini. 

Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi BN Kelantan berkata,pihaknya mendapat laporan,jentera pilihan raya Pas sudah bergerak dari rumah ke rumah pengundi di negeri ini untuk meraih sokongan kepada parti itu.Beliau berkata,seluruh jentera pilihan raya BN sudah bersiap sedia untuk berhadapan dengan taktik kotor parti pakatan pembangkang dalam meraih sokongan pengundi.Dalam perkembangan lain, Awang Adek berkata,tindakan drastik Majlis Daerah Tumpat menyita bangunan tambahan baharu Sekolah Pondok Al Najmiah di Tumpat,baru-baru ini,adalah tindakan keterlaluan. 

"Kita tahu itu adalah pembinaan bangunan pondok agama bukannya pembinaan pusat karaoke,kelab malam,kenapa harus disita? Kalau mereka berjiwa Islam,kenapa harus disita,kalau ada apa-apa yang boleh dibincangkan,kita bincang,kalau ada apa-apa yang perlu diselaraskan,kita boleh selaraskan tetapi tidak perlu disita," katanya. 

Beliau melihat tindakan tersebut menunjukkan dendam Pas yang bersifat politik terhadap pengasas pondok itu,Abdullah Sa'amah yang sebelum ini adalah penyokong tegar Pas dan kini menyokong perjuangan UMNO.Katanya,sepatutnya Pas memberi sokongan penuh kepada pembinaan bangunan baharu untuk sekolah agama yang akan memberi manfaat kepada pelajar Islam untuk mendapatkan pendidikan dalam keadaan lebih selesa.Majlis Daerah Tumpat baru-baru ini menyita pembinaan bangunan tambahan setinggi lima tingkat sekolah pondok itu atas alasan ia tidak mendapat kelulusan kerana tidak mengikut peraturan yang ditetapkan.Abdullah dilaporkan berkata,pembinaan bangunan itu mengikut prosedur yang ditetapkan. - Bernama

RENUNG-RENUNGKAN

3 comments:

Anonymous said...

lebih baik muslimah PAS duduk rumah baik jaga-jaga suami. Takut ramai lagi yang kelain perginya macam MUSTAFA ALI.

Anonymous said...

hahaha. Btl2 aku sokong..100.01%

celana biru said...

Abdullah Saamah kata:
UNDI PAS, PKR, DAP ADALAH HARAM.

Anda Juga Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...