Social Icons

Pages

Thursday, April 04, 2013

LIVE !!! ANWAR IBRAHIM TENGAH KENCING RAKYAT MALAYSIA DI GERIK,PERAK !!!


Pengumuman Ketua Umum PKR,Anwar Ibrahim yang mengesahkan akan bertanding di Perak pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini dilihat sebagai satu tindakan serampang dua mata.Menurut sumber yang diterima,ia ekoran dari gelombang penolakkan orang Islam dan Melayu yang semakin mengenali makhluk ‘dua alam’ itu.Ini kerana dikhabarkan majoriti pengundi di Pematang Pauh telah mula bosan dengan sindrom penafian Anwar yang sehingga kini gagal menjawab semua dakwaan berhubung isu salah laku moral yang dikaitkan ke atas dirinya.Selain gagal memberikan khidmat yang cemerlang untuk para pengundi di kawasan,Anwar juga dikatakan jarang meluangkan masa untuk berjumpa dengan masyarakat setempat yang suatu ketika dahulu merupakan penyokong kuatnya.Maka telah mula kedengaran di kalangan pengundi di Permatang Pauh untuk menolak Anwar sekiranya dia masih mencalonkan dirinya dalam pilihanraya akan datang.Menurut sumber pula,tindakan Anwar yang membuat pengumuman awal senarai calon PKR juga telah menimbulkan kemarahan di kalangan beberapa pimpinan pusat dan ketua-ketua peringkat cabang.Ini disebabkan kerana,ia telah memberikan kesan buruk,selain menimbulkan perpecahan di kalangan penyokong peringkat akar umbi.Yang nyata,ramai yang tidak berpuas hati apabila Anwar menolak kepimpinan cabang sebagai calon pilihanraya,hanya kerana ingin memberi laluan kepada calon luar yang dikatakan sebagai ‘giant killer’.

Ekoran itu,ramai yang dikatakan telah mengambil keputusan untuk tidak akan mengundi calon PKR.Malah ada yang mengatakan akan memberikan undi kepada calon Barisan Nasional (BN) sebagai tindakan sabotaj ke atas kepimpinan Anwar,lebih teruk lagi apabila ada yang sanggup mengambil tindakan untuk keluar parti dan membubarkan ranting PKR.Terbaru,Ketua Bahagian PKR Pasir Salak Ahmad Taufik Hassan juga antara yang dikatakan akan meninggalkan PKR untuk menyertai UMNO selepas 40 orang ahli PKR termasuk Ketua Pemuda PKR Sungai Siput mengambil langkah yang serupa.Sebelum ini,seramai 64 ahli PKR di Parlimen Pasir Salak nekad mengikut jejak langkah 120 ahli dan jentera PKR,Cabang Padang Rengas yang nekad untuk keluar parti.Inilah yang dikatakan sebagai rahmat dari Allah SWT,kerana semakin ramai yang telah diberikan petunjuk untuk menilai makhluk yang dikatakan sebagai pemimpin ‘anugerah tuhan’ itu. Lihat sahaja mengenai berita tentang tokoh-tokoh tertentu dalam masyarakat dan bidang akademik yang telah mula menjauhkan diri dari Anwar Ibrahim. 

Mereka dikatakan tidak lagi mahu menyokong perjuangan yang berpaksikan kepada kepentingan peribadinya itu.Mereka itu pula bukan golongan baru belajar berfikir dan menganalisis,Tetapi merupakan tokoh yang amat disegani di dalam dan di luar negara. Prof Datuk Dr Sidek Baba sebagai contoh merupakan antara ‘hardcore’ yang boleh diibaratkan sebagai panglima perang Anwar.Ini kerana di UIA, beliau adalah merupakan pemangkin pada gerakan menaikkan Anwar di kalangan masyarakat intelektual serta dunia pelajar.Selain mereka,Dr Hasan Ali dan Nasharuddin Mat Isa juga dilihat telah ‘berkerat rotan’ dengan Ketua Umum PKR,walau pun pada peringkat awal meraka antara yang turut serta dalam gerakan Anwar.Perkataan Pas diresapi parasit adalah komen pertama Hasan meninggalkan perjuangan Pas sebagai merujuk kepada usaha Anwar mencatur agenda Pas dari luar.Persoalannya,apakah mereka yang masih bersama PKR ini tidak sedar dan tidak tahu lagi akan hala tuju perjuangan Anwar Ibrahim ??? Hakikatnya ‘KEADILAN’ dalam PKR hanyalah merupakan retorik semata-mata.Ini kerana perjuangan PKR untuk Anwar Ibrahim,jangan nak tipu saya,saya tahu siapa anwar ibrahim kerana saya bersama keADILan pada tahun 1997 sampai 2000.Dari dulu sampai sekarang ahli politik yang bercita-cita untuk menjadi perdana menteri ini memang tidak pernah dengar pandangan orang lain.Asyik veto,asyik saman,asyik pergi hotel jumpa budak muda yang akhirnya menyebabkan ahli-ahli PKR semakin diabaikan oleh Anwar.

SAKSIKAN ANWAR IBRAHIM LIVE STREAM SEKARANG DI GERIK,PERAK !!!

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA 

RENUNG-RENUNGKAN

2 comments:

Anonymous said...

Cerita pasal Sidek Baba, teringat pulak pasal si pakar perlembagaan Aziz Bari.. Senyap dah mangkuk ni.. Kalau dia meroyan2 mcm dulu kan best?

Anak Lenggong said...

Wahai kaum sebangsa dan seagama ku ..buka lah minda dan gunakan akal pemikiran..cuba kaji balik:-

1. Pernahkah dulu orang kapir, memasuki dewan solat orang islam untuk berceramah maki hamun seudara seislam kalian.
2. Pernahkah dulu kaum kapir mempermainkan ayat suci alquran, didepan orang islam sendiri.
3. Kenapa rakan lama nuar lari meninggalkan beliau, dan mereka ni secara total mendedahkan nkeburukan nuar tanpa diambil sebarang tindakan oleh nuar sedangkan beliau adalah pakar dalam hal saman menyaman...jawapnnya dia takut lagi banyak pendedahan yang bakal diperdegarkan di mahkamah..
4. Kenapa nuar brahi asyik menangguhkan kes perbicaraan saman beliau secara logiknya seharusnya orang yang minta penangguhan adalah orang yang disaman bukannya orang yang menyaman.
5. Kenapa semua peguam beragama islam yang menjadi pembela nuar brahi sewaktu kes liwat kali pertama dulu tidak mau menjadi peguam membelanya bagi kes liwat kali kedua sekiranya perkara ini tidak berlaku.
6. Semua kes salah laku beliau dikatakan hasil kospirasi UMNO, sekiranya benar kenapa beliau membiarkan diri nya dipergunakan oleh UMNO.sekiranya benar ini mainan UMNO kenapa tiada video sex yang melibatkan nike ajis, kit siang, guan eng ataupun OKU karpal singh sedangkan mereka ini pun musuh UMNO.
7. bagi kedua kes liwatnuar brahi hakim menyatakan bahawa kliwat memang berlaku tetapi dia tak dipersalahkan disebabkan taknikal error...siapa yang kali pertama yang membawa kes liwat ni dengan menggelarkan nuar sebagai ANUAR ALJABURI dan siapakah yang membawa usul supaya kes liwat nuar dibincangkan didalam parlimen.

OLEHITU WAHAI KAUM SEBANGSA DAN SEAGAMA KU...GUNAKAN AKAL PEMIKIRAN UNTUK MENENTUKAN PEMERINTAH ..JANGAN TERSILAP PILIH DENGAN MEMBAWA REBAH DAN JANGAN JADI SIKITOL YANG MENYEBABKAN KITA DIHINA SERTA DIPERSALAHKAN OLEH ANAK CUCU KITA DIKEMUDIAN HARI.

 
 
Blogger Templates