Sedar atau tidak bahawa pantang larang paling besar bagi kaum Cina negara ini ialah apabila Sekolah Vernakular disentuh.Malah,tidak keterlaluan jika saya katakan,bahawa mereka meletakkan Sekolah Vernakular sebagai lebih tinggi atau sama ‘sucinya’ dengan tokong dan berhala mereka.Seolah-olah,tanpa sekolah itu bangsa Cina akan mati atau agama mereka akan hancur.Alasan mereka untuk mempertahankan sekolah tersebut adalah kononnya untuk memastikan budaya,adat dan bahasa ibunda mereka terus terpelihara.Untuk itu,saya ingin memetik tulisan Tai Zee Kin seorang Cina dari produk Sekolah Kebangsaan yang turut mempersoal sikap kaumnya yang degil ingin mempertahankan Sekolah Vernakular.
UNTUK SELANJUNTYA
hakikatnya Sekolah Jenis Kebangsaan Cina tidak mengajar pun budaya atau kesusasteraan Cina seperti Si Shu Wu Jing dan lain-lain.Murid-murid dari Sekolah Cina juga tidak tahu membezakan antara agama dan ideology filosofi Cina iaitu antara confusionisme,taoisme atau Mahayanian Buddha.Mereka juga tidak diajar tentang kostum tradisi Cina seperti Han Fu dan bezanya dengan Cheong Sam / Kei Po dari Manchuria.Malah,nama-nama asal yang melambangkan budaya sebenar Cina seperti Yehonala,Nurhachi,Aisinjeoro juga mereka tidak pernah mendengarnya.Sebaliknya menggunakan nama Lim,Tan,Chong dan sebagainya.Secara amnya,Sekolah Cina tidak langsung mempertahankan bahasa,budaya atau adat Cina.Justeru,menurut Zee Kin,dengan pengetahuan beliau yang lebih mendalam dan luas mengenai budaya dan kesusasteraan Cina berbanding produk dari SJKC sendiri,maka hujah pihak ekstremis Cina untuk mempertahankan Sekolah Vernakular atas alasan mempertahankan budaya dan bahasa Cina adalah tidak boleh dipakai sama sekali.
Beliau juga turut menempelak mereka yang mempertahankan Sekolah Vernakular atas alasan ekonomi,iaitu kerana ekonomi China semakin berkembang dan bakal menguasai dunia.Namun,di masa yang sama puak ini tidak mampu menjawab kenapa Singapura yang menjadi kiblat DAP itu tidak mempunyai walau satu pun sekolah Cina ??? Jika Mandarin yang diperlukan untuk maju, maka ia boleh diambil sebagai subjek tambahan lepas waktu sekolah seperti yang dilakukan Zee Kin dan apa yang jelas, penguasaan bahasa Mandarin beliau adalah jauh lebih baik dari kebanyakan produk SJKC.Perlu diingatkan bahawa Zee Kin adalah produk Sekolah Kebangsaan iaitu sekolah milik kerajaan. Perhatikan perbezaan tahap pemikiran beliau yang jauh lebih rasional serta bijak.Hujah beliau berdasarkan fakta dan bukan emosi.Beliau ternyata seorang yang berilmu, banyak membaca dan mengkaji.Kualiti seperti ini tidak mungkin didapati di sekolah-sekolah vernakular, kerana itu kita melihat produk SJKClah yang kini ke hulu ke hilir mengekori Anwar Ibrahim dengan harapan beliau dapat memberi kerusi Perdana Menteri kepada DAP suatu hari nanti.
Secara dasarnya,kewujudan Sekolah Vernakular sudah pun melampaui objektifnya dan langsung tidak menepati motifnya.Asalnya Sekolah Vernakular dibenarkan kerana pendatang Cina pada waktu itu tidak berniat untuk tinggal lama di negara ini.Walaubagaimanapun,apabila Perang Dunia ke2 meletus dan Jepun menceroboh negara China,kaum Cina di negara ini tidak dapat kembali ke negara asal.Lebih-lebih lagi apabila di masa yang sama bahagian utara China juga mengalami perang saudara antara pihak komunis dengan nasionalis.Justeru,mereka terpaksa terus tinggal di Malaya.Malaya yang berada dalam proses kemerdekaan akhirnya menerima kaum Cina dengan beberapa syarat iaitu menggariskan hak istimewa kaum Bumiputera ‘ditukar’ dengan hak pendidikan kaum pendatang yang berdasarkan negara asal,atas fahaman bahawa mereka akan kembali ke sana.Oleh kerana kaum Cina terus kekal di negara ini,maka secara automatik Sekolah Vernakular sudah tidak relevan lagi.
Hari ini,setakat apa yang dilihat,Sekolah Vernakular hanyalah tempat untuk mengeluarkan produk rasis dan chauvinis Cina. Selain itu, ia sekadar menjadi ‘kunci’ utama untuk mencabar dan memberi tekanan kepada kerajaan untuk menjustifikasi ketidakpuasan hati kaum Cina.Apa yang lebih malang ialah ia bertindak sebagai ‘risiko’ yang semakin hari semakin besar dan semakin serius bagi keharmonian negara ini.Keengganan dan kedegilan pihak ekstremis Cina untuk terus mempertahankan Sekolah Vernakular adalah tidak lain tidak bukan kerana ia memberi mereka platform untuk ‘membina kuasa’.Mereka tidak mahu kaum Cina mengasimilasi dengan kaum lain dan menjadi satu bangsa Malaysia yang tulen tetapi mereka punya niat dan agenda rasis dan chauvinis untuk meletakkan kaum Cina lebih tinggi dari kaum lain.Hari ini,mereka terus berlakon kononnya mereka tidak punya niat sedemikian.
Malah,sesiapa sahaja yang menyentuh soal ini akan dibawa ke mahkamah.Antaranya,bekas hakim Mahkamah Rayuan,Datuk Mohd Noor Abdullah telah diselar dan dituduh sebagai menghasut dan mengugut kerana mendedahkan niat sebenar DAP dan para ektremis Cina.Sehubungan dengan itu,Lim Guan Eng juga berikrar akan bermati-matian bersama PR untuk mempertahankan Sekolah Vernakular.Soalnya,kenapa ??? Semua hujah untuk mempertahankan Sekolah Vernakular telah pun disangkal.Atas apa lagi sekolah tersebut perlu terus wujud di Malaysia jika bukan untuk meningkatkan jurang antara kaum ??? Kenapa jurang itu mesti ditingkatkan ??? Kita semua tahu jawapannya walaupun DAP terus menafikannya.Apa yang pasti,sesuatu yang tidak membawa kebaikan wajar dihapuskan,bukan dibela dan dipelihara sehingga besar.Api semasa kecil memang tidak merbahaya tetapi kini ia telah pun membesar Justeru,apakah kerajaan hanya akan bertindak apabila ia sudah menjadi bom nuklear ???
RENUNG-RENUNGKAN
7 comments:
pasti ada yg x kena dengan sekolah tu .. langggar jer.. klu x ader dlm pelembagaan knp perlu lakukan. kami pemuda BN mahu kerajaan selar tindakan cina dan lakukan apa yg termaktub dalam perlembagaan
Maaf mencelah. Bila memperkatakan hak sekolah vernakular pasti akan ada beberapa puak dengan pandangan tersendiri. Ada yg menyokong dan ada yg akan membantah. Yg menyokong pastinya beranggapan sama seperti rencana di atas. Yg membantah pula akan ada beberapa puak. Pertama, puak yg mmg beranggapan sekolah sebegini akan meneruskan tradisi budaya kaum cina (dlm konteks bahasa n cara hidup asas org cina) kerana banyak famili cina terutamanya di bandar berkomunikasi dlm bahasa inggeris dan tak tahu mbaca n bertutur dlm bahasa cina. Ada juga yg akan berkata iklim PDP di sekolah cina menjadi faktor mengapa sekolah itu menjadi pilihan. Dan mungkin ada beberapa alasan lain. Cuba kita kaji peratus murid bukan cina (melayu dan india) di sekolah2 sebegini. Pastinya, jumlahnya meningkat saban tahun. Soalnya mengapa ibu bapa (terutama melayu) masih memilih sekolah ini untuk anak mereka berbanding sekolah kebangsaan? Adakah sekolah2 ini meminggirkan murid bukan cina? Bila berkata sekolah sebegini perlu ditutup dan sebagainya, fikir semula, siapa yg rasis sebenarnya? Kita atau mereka? Jika jati diri melayu kuat, perpaduan kita kuat dan berdikari, apa perlunya kita takut kepada mereka? Tolong la. Jgn jadikan anak2 mangsa keadaan ketakutan kita. Cuma, apa yg perlu kita kuatkan jiwa anak2 melayu itu sendiri. Sekian. Daripada guru sekolah menengah kebangsaan yang menghantar anak sendiri bersekolah di SRJKC.
Anon 10.47 elok mohon mengajar di sek men cina...mengajar di sana...baru tahu nasib mu
Selepas peristiwa May13 ayah saya seorang bekas Guru Besar SKebangsaan menghantar semua (4org) adik2 saya belajar dSJKC.
Fasih berbahasa Mandarin, dialect2 Cina termasuk Bahasa Lama (pekat). Ramai dari kalangan warga Cina sendiri tidak percaya mereka adalah kaum Melayu. Pergaulan sangat akrab dgn rakan2 sekolah termasuk ibubapa hingga masakini.
Saya tanyakan adik2 saya.. menurut mereka, dalam kelas budak2 tak faham sebenda, main, bergaul macam anak2 biasa saja. Sifat perkauman dan budaya benci Melayu sebenarnya dipupuk oleh ibubapa mereka dari rumah. Puncanya DAP.
Sekiranya mana2 pihak DSN ingin mendalami cara hidup orang Cina dan dengar sendiri apa bisikan/ rahsia2 perbualan harian mereka, kami sedia membantu.
Terima Kasih
anon 10.47.. tu kalu cina dia adlah cina rasist dan tak sedar di untung.. kalu dia melayu,dia adalah manusia paling bangang dlm dunia..mungkin juga melayu pas yg benci sgt pd umno dan k'jaan setelah menikmati berbagai kenikmatan dan keselesaan dlm hidup.
saya adalah seorang guru..de 2-3 org rakan saya pernah mengajar di sekolah cina..juga saya ada rakan guru dr sekolah cina. walau ape alasan sekalipun,secara lansung dan tidak langsung mmg sekolah vernakular penyumbang terbesar kpd masalah perpaduan kaum.
Cikgu yg mngajar di Sek.K'bngsaan yg prgi hantar anak ke SJK(C) tu tolong bagi nama penuh & nama sekolah yg awak mngajar skrng kalau berani InsyaAllah saya akan cuba membantu anda utk d tempatkan d SJK (C) or (T).Awk benci sngt dgn Umno pun jgn lah perkara yg baik (utk mnghapuskan sekolah vernakular)ni pun awk mnentang.Cara awak mnulis pn sudah boleh d agak yg awak ni Cikgu dari spesis pembangkang. Utk pngetahuan awak...bukankah pmbangkang celaka di Malaysia ni kbnyakannya politik mereka"berkiblatkan" S'pore.So salahkah kami rakyat M'sia yg mmbenci perkauman ini cuba mncontohi dasar pelajaran(S'pore jugak) yg telah dilakukan oleh Lee Kuan Yew iaitu HAPUSKAN SEKOLAH VERNAKULAR !
Post a Comment