Pilihanraya yang digelar sebagai ‘ibu segala pilihanraya’ telah pun berlalu.Apa yang dijangka,iaitu kekecohan di waktu pengundian telah pun berlaku.Seterusnya,percubaan melakukan huru-hara membantah keputusan PRU juga sedang berjalan sepertimana yang dijangka juga,seiring dengan upacara angkat sumpah menerima kemenangan masing-masing.Oleh itu,tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa inilah senario pilihanraya paling kelakar di dunia.Bayangkan saja,yang membantah keputusan demokrasi ini adalah mereka yang mendabik dada sebagai pejuang demokrasi tulen.Yang menuduh SPR tidak telus itu adalah parti yang sedang disiasat kerana menipu dan memanipulasi pemilihan ahli jawatankuasa pusat mereka sendiri.Yang mempersoal dakwat kekal itu adalah mereka-mereka yang berguling-guling melompat berjihad mendesak penggunaannya.Yang menuduh SPR menipu itu adalah mereka yang telah pun menang di kawasan masing-masing.Yang menyeru agar memboikot media perdana itu adalah mereka yang menggelar diri sebagai pejuang hak kebebasan bersuara.
Tidak cukup dengan itu,mereka juga meminta bantuan asing,merayu agar sesuatu dilakukan bagi menafikan kemenangan Barisan Nasional.Kononnya kerajaan BN yang telah 2 kali bertukar Perdana Menteri ini kejam,zalim dan tidak adil sejak dahulu sehinggalah ke PRU-13 ini.BN kononnya terlalu berkuasa untuk menentukan segala-galanya termasuk keputusan mahkamah dan juga keputusan Pilihanraya.Tetapi,BN telah melalui pertandingan yang sengit di mana parti ini ditolak mentah-mentah oleh kaum Cina dan kalah di 3 negeri.Malah,yang menyeru bantuan asing konon dizalimi BN itu juga bukannya berada di penjara,tetapi lepas bebas bagai unggas rimba.Maka,tidak hairanlah tiada pihak asing yang melayan karenahnya.Jika dilihat dari satu segi,yang kalah hanyalah BN,bukan UMNO.Ini kerana kerusi UMNO meningkat dari 79 pada 2008,kepada 88 dalam PRU kali ini.Namun,apakah ini bermakna bahawa UMNO sudah boleh mengambil sikap selesa ??? Apakah ini bermakna rakyat sudah memaafkan UMNO ???
Hakikatnya,Melayu yang dahulunya mewakili pengundi senyap,pengundi atas pagar dan pengundi yang marah kepada UMNO telah turun beramai-ramai dalam PRU-13 ini untuk mengundi UMNO kerana tidak sanggup membiarkan negara jatuh ke tangan PR.Mereka ini mungkin memaafkan UMNO,tetapi mereka tidak pernah lupa apa yang membuatkan mereka marah kepada UMNO.Dengan itu,mereka mengundi UMNO dengan harapan setinggi langit bahawa UMNO di bawah mandat baru ini akan mengambil langkah yang tepat dalam menangani segala kesilapan sebelum ini.Sedangkan secara dasarnya mereka masih ragu-ragu apakah UMNO faham apa yang mereka marah itu.Walaupun mereka yakin dengan keikhlasan kepimpinan baru untuk memperbaiki segala kerosakan tetapi mereka masih tidak yakin yang ia mampu dilakukan sekiranya tiada perubahan besar yang dapat dilihat dengan segera.Oleh itu,UMNO wajar bertanya,apa yang mereka inginkan di sebalik pertanyaan ‘apa yang Cina inginkan’ ???
Rakyat hanya ingin melihat ‘tindakan’.
Rakyat rimas melihat bagaimana perosak negara dibiar bermaharajalela tanpa diambil sebarang tindakan.Kenyataan demi kenyataan berkenaan siasatan dan amaran sudah terlalu amat menjengkelkan.Rakyat dahagakan tindakan atau aksi yang berkesan.Tidak keterlaluan dikatakan bahawa inilah antara punca masyarakat Cina menjadi bosan sehingga akhirnya melihatnya sebagai tanda ‘kelemahan kerajaan’.Secara umumnya,rakyat tahu siapa perosak,siapa pembodek,siapa perasuah,siapa bodoh dan siapa yang bijak.Namun,rakyat tidak mampu menyampaikan suara mereka ke atas.Justeru,harapan rakyat amatlah tinggi agar kepimpinan mengambil sepenuh masa untuk benar-benar menilai mereka yang berada di sekelilingnya.Yang tampak bijak dan berkarisma, fasih berbahasa Inggeris lulusan luar negara, belum tentu bijaknya.Yang tampak professional itu kadangkala hanyalah pada gaya, sedang hatinya membawa agenda lain yang tidak selari dengan aspirasi negara.Yang tampak bersih dan amanah, memuji dan menyokong mungkin hanya membodek tetapi tidak tahu apa-apa.Yang tampak malu-malu,jarang membantah dan sering mengangguk mungkin jauh lebih bijak cuma tiada karisma atau mungkin juga memang tidak berguna.
Ingatlah,rakyat tahu bahawa UMNO bukanlah sempurna tetapi rakyat dari kaum Melayu tetap memilih UMNO kerana ia adalah satu-satunya parti yang masih rasional, yang mempunyai patriotisme dan nasionalisme yang kukuh, serta hala tuju yang jelas.Justeru,apa yang kepimpinan perlukan adalah mereka-mereka yang mempunyai ciri-ciri yang diingini rakyat iaitu rasional, patriotik,nasionalis serta bijak dan berkarisma.UMNO perlu membawa imej baru sebagai parti yang professional tetapi bukan liberal, matang tetapi bukan ketinggalan,selain cekap,pantas dan tegas.Jika UMNO ingin mengubah Melayu menjadi bangsa yang berdaya saing,maka UMNO perlu terlebih dahulu mempamerkan kualiti yang sama.Untuk itu,UMNO perlu mulakan dengan ‘bertindak’ bukan ‘memberi amaran’.saya minta maaf,saya terpaksa keluarkan semua ini.ini semua khas untuk UMNO.
RENUNG-RENUNGKAN
2 comments:
SELEPAS PRU13 SEMEMANG NYA BANYAK BERTINDAK/TERKAM DARIPADA AMARAN/MENGAUM JE........
cukup2lah bagi muka kepada makhluk perosak itu. Masa untuk bertindak.Bersihkan bumi Malaysia supaya kembali aman dan harmoni.
Post a Comment