Social Icons

Pages

Saturday, May 11, 2013

EKSKLUSIF !!! #PRU13 !!! UMNO DAN PAS PERLU BERGABUNG DAN WUJUDKAN KERAJAAN PERPADUAN !!! WAJIB BACA !!!


Dengan ‘Tsunami Cina’ yang semakin besar,parti politik berteraskan Melayu-Islam perlu mempertimbangkan untuk bersatu supaya bangsa Melayu dan agama Islam masih menjadi teras utama di negara ini.PAS dan Umno seharusnya mempertimbangkan saranan banyak pihak supaya kedua-dua parti itu membentuk kerajaan perpaduan bagi membolehkan Melayu tidak terpinggir sekaligus menggemis di tanah air sendiri.Hanya dengan penggabungan kedua-dua parti itu,Malaysia akan terselamat daripada anasir asing,serta pertempuran politik perkauman sempit yang menjurus kepada kehancuran pembinaan bangsa Malaysia yang sekian lama disemai di tanah air ini.Penggabungan antara PAS dan PR bersama PKR dan DAP nyata tidak berjaya apabila Melayu,Islam dalam PAS bersedia untuk memilih wakil DAP sebagai pemimpin mereka,sedangkan kominiti Cina masih lagi tetap dengan “Cina untuk Cina” mereka. 

Ia terbukti apabila Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor Mazlan Aliman tewas di kerusi DUN di Kulai,manakala Salahuddin Ayub tewas di kerusi DUN Nusajaya,yang mana kedua-dua kawasan itu,mempunyai wakil rakyat Parlimen DAP.Kawasan yang ditandingi mereka juga berada dalam kelompok majoriti Cina,yang secara lagiknya,tiada masalah untuk dimenangi mereka.Namun amat menyedihkan apabila hanya calon Parlimen dan DUN berbangsa Cina menang di kerusi majoruti Cina,tetapi calon Melayu PAS tersungkur kerana pengundi Cina tidak mengundi mereka.Tanpa gandingan kukuh PAS dan Umno,Melayu akan terus terpecah sehingga mengakibatkan generasi akan datang terpaksa merayu untuk mendapatkan hak mereka.

Lebih malang lagi,pemimpin Melayu PKR sebaliknya tidak memperdulikan nasib bangsa sendiri apabila sanggup memperjudikan nasib keturunan sendiri semata-mata mengejar undi kaum lain.Kemerosotan PAS dalam Pilihan Raya Umum 13 seharusnya menjadi iktibar bahawasanya mereka tidak sesuai bekerjasama dengan parti yang melupakan asal keturunan dan ketuanan Melayu di negara ini.Sebelum nasi menjadi bubur dan Melayu terus terpinggir dek perpecahan dan perbezaan ideologi politik,sedangkan seharusnya politik itu menjadi asbab Melayu untuk bersatu.Menunding jari dan menyalahkan pihak ketiga bukanlah caranya mencari penyelesaian,sebaliknya perpaduan amat diperlukan hari ini demi mengekang Tsunami Cina ini daripada berleluasa ke sektor lain selepas ekonomi dan politik.Bukti sudah jelas,PAS tidak serasi bersama PR,selain digunakan untuk menarik undi Melayu bagi menyokong Cina,sedangkan masyarakat Cina sendiri tidak bersedia menyokong PAS.Melalui kerajaan perpaduan PAS dan Umno,bukan sahaja Melayu Islam akan terselamat,bahkan juga keamanan,kestabilan dan kedudukan institusi kerajaan yang dipimpin oleh sistem beraja dan perdana menteri Melayu juga tidak akan terhapus.saya hanya mencadangkan.terpulang pada PAS untuk menerima semua ini.kalau PAS terima,Alhamdulillah.kalau tidak,PAS sekali lagi dalam bahaya pada PRU-14 akan datang

RENUNG-RENUNGKAN

7 comments:

Anonymous said...

Mari aku cite sikit kasi paham, pas dan umno hanya akan bsatu jika dilanda bencana aje, bukak la mata korang, pas dlm keadaan selesa wlupun kehilangan kedah, kkuatan di selangor makin btambah bgitu juga kelantan, jgn bmimpi pas akan bsatu dgn umno yg lama dh dikafirkannya, jgn terus brangan, aku rasa smua dh tau strategi hadi mnyertai pakatan, menang dulu baru cite psl islam, smakin hari smakin btambah puak pas yg ekstrim, diorag dri kecik dh diddik utk mbenci umno bmula dri skolah PASTI lg, mmg niat pas utk tak bsatu dgn umno, bg pas umno adalah musuh sbenar yg mghalang pjuangan islam, tapi semua ini akan brubah andai bencana menimpa malaysia, apakah bencana tu? Korang pkir le sndiri, bunga-bunga dh nampak.

Anonymous said...

tiada apa yang mustahil dengan izin Allah...

akan tetapi, berdasarkan situasi semasa.. perpaduan PAS & UMNO ada mustahil. mana tak nya... kebencian pimpinan tinggi PAS terhadap UMNO sangat menebal.. mana mungkin titik pertemuan dapat di cari... Pemimpin2 PAS pro perpaduan dh di cantas.

Lagipun, klu perpaduan nk dicari.. 2008 lagi PAS dh buka pintu.. sebaliknya, PAS mencari DAP/PKR...

Anonymous said...

Siapa berani bawah cadangan UMNO/PAS bergabung pergi jumpa Niki Ajis....Salahkan Ibuu Mengandung pula....

Anonymous said...

Apa kata kite pegi beramai2 bawa cadangan tu. Larat ke die nk ludah semua. Kering air liur die. Heheheh.

Anonymous said...

Saya rasa Nik Aziz taklah mcm tu. Cubalah dulu. Klu dah kena ludah barulah cerita. Ni baru nak kena ludah dah kecoh mcm nak ape. Mungkin masa tu dia tengah emosi, maklumlah dah tua kan. sensitifnya terlebih sikit. Bincang baik2. berilah sesuatu yg boleh buat dia suka. bukan rasuah cuma nak amik hati dia. InsyaAllah berjaya. sekarang masanya utk bertindak. hidup bangsaku dan agamaku. tentang musuh kita sama2.

Anonymous said...

mengarut la korang,da jd cmni br la kerajaan perpaduan,huh,tu pun coz nk jge kepentingan sendiri je,

Anonymous said...

ajakan kearah perpaduan ni bukannya isu baru, jangan lah sombong, ego, dendam lagi. bukan senang sekarang ni pas nak tarik orang utk ikut dia, bukan kerja sehari dua,sekali cakap terus masuk pas.. sekarang ni pas seolah2 kena start dari zero utk ambik hati rakyat. dlm masa yg sama kaum DAP dah maju kedepan dengan penuh stretegi.. sedangkan pas masih terkial2 kumpul orang. sedarlah kalu setakat tak sampai setengah ahli parlimen pas dlm pakatan ada hati nak buat itu dan ini melainkan jadi kuda dap saja. pas hanya boleh melalak saja tak didengari dap lah , masuk telinga kiri keluar telinga kanan.. lainlah kalu pas sememangnya bersetuju kemenangan dap itu sama ertinya kemenangan dan perjuangan pas tercapai utk pas juga.. kalu mcm ni pendirian pas.. lebih baik bubar saja pas dan masuk terus dap....berpolitik kena bijak. bukan melalak saja.. DAP TETAP DAP DAN BUKAN ISLAM ..

 
 
Blogger Templates