Social Icons

Pages

Saturday, May 11, 2013

HOT NEWS !!! #PRU13 TIDAK ADIL !!! PR PERLU BUBAR KELANTAN,PULAU PINANG DAN SELANGOR !!! ADA BERANI ???


Seperti yang telah dirancang berbulan-bulan lalu,perhimpunan membantah keputusan PRU-13 pun diadakan kelmarin di Stadium Kelana Jaya.Stadium yang berkapasiti 25,000 tempat duduk itu dianggarkan memuatkan seramai 40,000 dengan 15,000 lagi duduk di atas padang.Beberapa kawasan terutama di bahagian belakang masih terdapat ruang tetapi ditutup dengan bendera-bendera bagi memperlihatkan stadium seperti sesak.Seperti biasa,media pro-pembangkang pula melaporkan kehadiran sehingga 200,000 tanpa mengambil-kira logik angka berbanding kapasiti stadium.Laporan juga menunjukkan bahawa 80% peserta himpunan terdiri dari anak-anak Cina dan hanya 20% dari kaum lain termasuk Melayu.saya yakin tidak semua yang hadir itu adalah dari golongan yang terpedaya bahawa benar-benar berlaku penipuan undi dalam PRU kali ini.saya yakin bahawa sebahagian besarnya,cukup maklum bahawa tiada penipuan yang berlaku dan perhimpunan itu hanyalah untuk mencabar kerajaan dengan cara menunjuk kuasa penyatuan kaum Cina dengan Anwar sebagai penyamarannya. 

Mungkin kerana melihat kerajaan sering mengalah apabila mereka memberi tekanan,maka kaum Cina mengambil kesempatan ini untuk memberi tekanan secara besar-besaran.Dalam ucapan Anwar di perhimpunan itu,beliau menyatakan bahawa himpunan seterusnya akan diadakan di Ipoh dan Pulau Pinang.Apa yang pelik ialah Lim Guan Eng dan Datuk Ahmad Yakob masing-masing telah pun menerima keputusan PRU-13 dengan mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dan Menteri Besar Kelantan penggal baru pada 7 Mei lalu.Sementara itu,Selangor juga tidak menolak keputusan pilihanraya yang menyebelahi PR dan kini sedang sibuk berebut kerusi Menteri Besar.Justeru,sekiranya himpunan membantah keputusan pilihanraya ingin diadakan seperti yang dirancang,maka Guan Eng dan Ahmad Yakob perlu terlebih dahulu membubarkan perlantikan di Pulau Pinang dan Kelantan serta PR perlu menolak keputusan di Selangor.Mana mungkin protes ditujukan terhadap negeri-negeri yang dimenangi BN sahaja ??? Alasan yang digunakan oleh Anwar untuk membuat bantahan iaitu penipuan sewaktu pengundian juga ternyata tidak kukuh.Contohnya,kisah mengenai wujudnya 45,000 pengundi hantu berbangsa Bangladesh sedangkan sebelum ini Anwar menyatakan bahawa pengundi hantu didatangkan dari Sabah dan Sarawak.Katanya lagi terdapat juga tuduhan kononnya berlaku ‘silap mata’ di mana terjadi gangguan elektrik di beberapa tempat mengundi dan kemudiannya peti undi bertambah apabila elektrik kembali berfungsi. 

Selain itu,beberapa gambar diedar kononnya bagi membuktikan terdapat cubaan melarikan peti undi oleh pegawai SPR menggunakan kereta dan juga helikopter.Namun,apabila kita meminta PR menyenaraikan di kawasan mana gangguan elektrik berlaku,mereka tidak mampu pula menyatakan dengan jelas.Begitu juga dengan Bangladesh yang konon mengundi,tidak dapat juga mereka beritahu di peti undi mana,berapa ramai dan bagaimana ia boleh berlaku tanpa bantahan dari wakil parti mereka sendiri.Gambar-gambar kotak undi yang dilarikan juga tidak dapat mereka jelaskan pegawai SPR yang mana dan di mana mahupun mendedahkan nombor kereta.Bantahan rasmi pula langsung tidak ada.Malah,yang lebih menghairankan, kotak undi yang konon ‘terjatuh’ dari sebuah helikopter pula berada dalam keadaan kemas sebelah menyebelah tanpa terbalik atau terkoyak dan berterabur walaupun jatuh dari tempat tinggi. Jelas,bantahan yang dibuat adalah tidak jelas dan tiada bukti.Sepatutnya Anwar,sebagai ‘bakal Perdana Menteri’ tidak membuat tuduhan rambang secara umum.Ini bukan cara orang terpelajar,jauh sekali cara seorang pemimpin.Seorang pemimpin tidak boleh bercakap cara seni,abstrak atau sastera,tetapi wajib bercakap dengan jelas dan berfakta.Justeru,himpunan bantahan bersiri yang ingin dilakukan oleh Anwar adalah tidak berasas selain tidak masuk akal dan jika Anwar masih berdegil ingin menolak keputusan peringkat pusat,maka Anwar perlu terlebih dahulu menolak keputusan peringkat negeri dan mengarahkan kesemua DUN di negeri-negeri yang dimenangi PR dibubar.

RENUNG-RENUNGKAN

6 comments:

Anonymous said...

Biar kan je Anuwar buat himpunan seluruh negara sehingga PRU 14 ..jadi ada juga aktiviti dia sepanjang 5 tahun ..kita tengok je berapa ramai yang BODOH ikut perhimpunan dia..cari makan lah katakan ....

Unknown said...

Betol!..drpd dia asik PKRomen je

Anonymous said...

Biorleh labu terjun dengan labu2nya.Biorle die kehulu kehiliaq mcm Lebai Malang.Die ni jenis takleh duduk diam.Biorle die bekoje siang malam kat jalan dan padang.Itu hobi die nak wat camno. Orang dah menghoyan memangle macam tu.....

hangkedee said...

Si luncai karuk nak jadi PM tak kesampaian.Yang sedih masih ada mangkok mangkok berayun PAS tak aedar di untung hanya jadi BARUA POLITIK.bebal sungguh lebai malang Pas.Babon sungguh kaldai dapig Hampas.Sedar lah kamu semua hanya perkakas perkakas Dapig untuk mengjahanamkan Orang MELAYU ISLAM.

Anonymous said...

Lim kit sial pon bodoh nak mampos...jika sudi mengangkat sumpah makna nya terima keputusan la tu...dah terima pulak bangkap....apa punya sial pkr dan dap..

Pas elok saja siap shukor....umno pun sama...

Pkr dan dap ni dihuni orang orang gila....

Dah tu dalam kerajaan pon ada yg gila allow perhimpunan yg nyata haram...

Oh Tanah Melayu ku...apa nak jadi ni....

Hj Mohammad Hj Dit said...

Sekarang Pemimpin PAS Kelantan telah bertukar. Orang tua nyanyok sudah tiada lagi. Jadi PAS dan UMNO boleh memulakan penyatuan ummah. Penghalang dan penderhaka penyatuan Islam sesama Melayu ialah Nik Aziz Nik Mat. Beliau tidak layak dipanggil Tok Guru memandangkan fatwa songsang beliau yang sangat2 tesempang jauh dari ajaran Islam yang sebenarnya.

 
 
Blogger Templates