Social Icons

Pages

Friday, May 31, 2013

EKSKLUSIF !!! UMNO DAN BN PERLU UTAMAKAN PENYOKONG SENDIRI !!! WAJIB BACA !!!


Belum pun cukup sebulan Nasruddin Hassan menjadi Ahli Parlimen Temerloh,Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat itu sudah mula menunjukkan belangnya yang sebenar apabila bertindak memilih bulu dalam memberikan khidmatnya kepada penduduk.Sikap memilih bulu itu terserlah apabila dalam pengagihan bantuan bencana alam untuk mangsa ribut pada 15 Mei 2013 lepas,Nasruddin melalui wakilnya hanya menghulurkan bantuan kepada ahli dan penyokong PAS serta PKR sahaja.Manakala penduduk setempat yang dianggap menyokong BN diketepikan begitu sahaja sekali gus menunjukkan laungan slogan Negara Berkebajikan terbukti hanya propaganda politik semata-mata.Ia agak mengejutkan lebih-lebih lagi bagi penduduk di kawasan Parlimen Temerloh kerana tidak menjangka sedemikian buruk sekali sikap wakil rakyat mereka yang baru. 

Tapi inilah hakikatnya yang perlu diterima ramai apabila politik kepartian mengatasi naluri kemanusiaan,lantas dalam menghadapi kerenah sebegini amatlah perlu untuk BN mengambil langkah yang sama di kemudian hari.Bukan bermaksud BN perlu meniru bulat-bulat politik serba keparat itu sebaliknya sedikit pengubahsuaian dilakukan tanpa meminggirkan nilai kemanusiaan.Selama ini BN sering menimplementasikan politik gentleman memberi khidmat kepada semua namun dengan keadaan yang berbeza kini,maka gaya politik sedemikian perlu diubah di mana tumpuan utama dalam memberi khidmat perlu didahulukan kepada penyokong sendiri.Di mana-mana saja kawasan Parlimen mahu pun DUN,pendekatan mengutamakan penyokong sendiri perlu BN aplikasikan tapi tidaklah sampai mengetepikan terus penduduk setempat yang tidak menyokong BN.Bantuan untuk semua tetap diteruskan,tapi penekanan penting ialah utamakan dulu penyokong sendiri sebagai penghargaan atas sokongan yang diterima,tanpa mereka mustahil BN dapat mengekalkan kekuasaan sebagaimana hari ini.

RENUNG-RENUNGKAN

3 comments:

berasiam said...

Sebagai parti atau organisai politik, jawapannya ialah "ya". BN perlu mengutamakan ahli penyokong sendiri. Sebagai kerajaan, kerajaan tidak memilih kumpulan sasaran berdasarkan latar belakang politik.

Jika Nasaruddin beri bantuan guna peruntukan PAS, perkara sedemikian bukanlah janggal. Jika Nasaruddin guna peruntukan sebagai wakil rakyat, bantuan harus diagihkan kepada semua.

Apapun, politik di Malaysia masih jauh daripada matang. Keputusan pilihanraya pun masih terus dipertikaikan. Dakwat kekal digunakan tetapi biometrik ditolak. Kalau biometrik digunakan, akan ramailah pengundi klon Cina yang kantoi bawa mykad orang lain pergi mengundi.

Anonymous said...

Dah lebih 55tahun merdeka makanya politik Malaysia adalah matang, saya fikir mendahulukan ahli daripada yg bukan ahli adalah wajar asalkan atas kapasiti kerajaan pusat yg memerintah BN haruslah berpada2 kepada yg tidak menyokong....umpamanya tak perlu sikap lebih sudu dari kuah...

hangkedee said...

Dong zong tak hairan duit ah jib gor.Jadi APA faedahnya.pipi tak mancung gigi tersorong sorong betul tak ah jib gor.Uuup silap. Waa..Tongsan mali ma..

 
 
Blogger Templates