Social Icons

Pages

Wednesday, May 22, 2013

HOT NEWS !!! HATTA WAHARI SEMAKIN BIADAP !!! APA CERITA NI ???


Bekas Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hatta Wahari sejak menyertai parti ‘ultra kiasu’ DAP dilihat semakin berjaya meresapi ideologi dan mentaliti pembangkang yang gemar berpolitik di jalanan.Namun amat malang baginya apabila demonstrasi yang dianjurkan itu GAGAL mendapat sambutan seperti yang diharapkan apabila hanya dihadiri oleh ahli DAP itu sahaja.Dia yang pada mulanya berhasrat untuk meluahkan bantahan ke atas gaya dan kandungan penerbitan akhbar arus perdana Utusan Malaysia, muncul untuk beberapa minit sahaja di hadapan premis syarikat itu.Namun,insiden tersebut mengundang reaksi negatif mereka yang berada di tempat kejadian apabila,Hatta selaku PENGANJUR dan KETUA DEMO tidak dapat menahan rasa malu telah menunjukkan isyarat lucah kepada kakitangan Utusan yang ‘menyambut’ kehadirannya.

Menurut rekod,Hatta adalah merupakan bekas kakitangan Utusan yang dipecat kerana di dapati bersalah mengeluarkan kenyataan yang cenderung menyokong ideologi pakatan pembangkang.Malah beliau juga sebelum ini pernah mengugut akan mendedahkan kepada umum identiti sebenar ‘Awang Selamat’.Berbalik kepada isu menunjukkan isyarat lucah tadi,sebagai seorang yang berpendidikan dan kononnya mempunyai maruah diri,dia sepatutnya tidak melakukan perkara sedemikian.Ini secara tidak langsung menunjukkan pemikiran yang sempit serta sikap tidak profesional yang wujud dan membelenggu dirinya.Tak ubah seperti orang yang ‘gila talak’.Sedangkan secara rasionalnya,jika benar terdapat rasa tidak puas hati, Hatta boleh menyuarakan perkara tersebut dengan cara yang lebih berhemah dan beradab.Syukur kakitangan Utusan mempunyai tahap mentaliti yang tinggi,kalau tidak meriah juga aktiviti demonstrasi petang kelmarin. 

Sebagai seorang yang telah terjun ke kancah politik,dia seharusnya menunjukkan sikap orang yang mempunyai sahsiah diri yang baik serta tidak menjatuhkan maruah sendiri dan agama.Orang politik akan bergaul dengan segenap lapisan masyarakat dan sikap yang kurang rasional dan tidak profesional boleh mendatangkan impak negatif.Tetapi,inilah cara politik pembangkang,mereka lebih selesa gunakan kekerasan dan menunjukkan kebodohan masing-masing bagi mencapai kepuasan yang diingini.Kalau dapat diubah,mesti lebih cantik corak perjalanan politik negara yang mewujudkan satu persaingan yang sihat.Kalau beginilah gayanya pembangkang,memang tidak jauh perginya.Untuk menggantikan kerajaan sedia ada,haruslah menjadi yang lebih baik.Kalau orang-orang seperti Hatta Wahari ini yang dikumpul PR,memang buruk lah pakatan sampai bila-bila dan tidak akan wujud daya persaingan yang sihat.Biarlah bodoh sedikit,asal tinggi budi pekertinya.Kerana dengan adab yang tinggi,banyak ilmu yang dapat dipelajari.Kawan pun senang untuk dicari.Cuma satu menjadi kemusykilan ialah,sejak ahli DAP ini dipecat dari Utusan,dia yang sebelum ini hanya memakai kereta cabuk,dilihat semakin bergaya dengan kereta mewah.Persoalannya dari mana sumber kewangan tersebut diperoleh ????

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates