Social Icons

Pages

Sunday, May 05, 2013

HOT NEWS !!! #PRU13 #TOLAKPR !!! PERINGATAN UNTUK PENGUNDI !!! PERUSUH AKAN PAKAI BAJU BN !!!


Taktik PR untuk merusuh telah pun diketahui ramai.Mereka memulakannya dengan provokasi seperti membelasah penyokong BN serta ‘menyerang’ bilik-bilik gerakan BN dengan harapan BN akan bertindak balas sehingga terjadinya ketegangan.Semalam,terdedah lagi satu taktik mereka memasang bendera-bendera kecil berwarna-warni di beberapa tempat di seluruh pelusuk Kuala Lumpur dan Selangor.Difahamkan ia merupakan pelan logistik himpunan ke arah rusuhan.Selain itu,saya juga sudah mengetahui pelan Anwar Ibrahim untuk melarikan diri ketika rusuhan berlaku dan terdapat tiga negara pilihannya iaitu Amerika,Australia atau satu lagi negara yang masih ‘agak’ rahsia.Sebelum semua ini terdedah, saya juga telah terlebih dahulu mendedahkan hujah-hujah mereka dalam berkempen,seperti mencari seorang yang menyerupai Anwar di Thailand untuk membuktikan bahawa bukan Anwar di dalam video aksi dengan China Doll.Namun,taktik itu terpaksa dibatalkan kerana ‘mamat Thai’ tersebut jauh terlalu muda untuk diyakinkan sebagai orang di dalam video.Dua tiga minggu sebelum itu pula,para blogger telah terlebih dahulu menyatakan bahawa Anwar akan mengeluarkan surat dari Ulama tersohor Yusuf Qardawi bagi membuktikan konon beliau mendapat sokongan ulama. 

Dan ternyata,Anwar benar-benar mengikut skrip dan surat itu pun dikeluarkannya semalam tetapi hari ini telah dibuktikan sebagai ditulis oleh anak Ulama itu tanpa kelulusan bapanya.Kali ini,satu lagi taktik PR terdedah iaitu bahawa mereka telah pun menempah 10,000 baju T berlogo Barisan Nasional untuk dipakai ketika merusuh.Tujuannya adalah untuk memburukkan BN,sekali gus memudahkan huru-hara dicetuskan dengan terlebih dahulu berlakon untuk bergaduh dengan penyokong mereka yang lain.Mereka menjangka,pergaduhan itu akan merebak dan ‘menjangkiti’ penyokong BN dan penyokong PR yang lain.Selalunya yang diupah untuk melakukannya adalah dari kalangan samseng dan juga anak-anak muda yang terkapai-kapai mencari arah tujuan yang langsung tidak memahami motif mereka di upah atau apakah kesan dari tindakan mereka.Sangka mereka ia adalah satu keseronokan dan mungkin juga perjuangan.Dengan itu,saya menyeru kepada ibubapa agar menasihati anak muda agar jangan mudah terikut-ikut dengan hasutan untuk membuat huru-hara.Di masa yang sama, kita ingin mengingatkan rakyat Malaysia agar berfikir lebih panjang sebelum terpengaruh dengan apa-apa juga kekecohan yang berlaku di depan mata kita sepanjang pilihanraya.Jangan mudah melatah jika melihat pergaduhan,sebaliknya laporkan kepada pihak berkuasa untuk untuk mengambil tindakan.Jangan jayakan segala perancangan huru-hara pembangkang.Biarkan mereka terjerit-jerit dan terlompat-lompat sesama sendiri. Jalankan tanggungjawab dan hak anda untuk mengundi dengan tenang hari ini.

RENUNG-RENUNGKAN


No comments:

 
 
Blogger Templates