Anwar semakin pening kepala dan panik apabila Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Zahid Hamidi berkata semua dokumen dan maklumat terperinci yang telah diperoleh akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk mengambil tindakan terhadap individu terbabit.Pepatah Melayu ada menyatakan 'Siapa makan cili, dia yang rasa pedas'.Pepatah ini sangat bertepatan dengan Anwar kerana beliau sudah dapat merasakan dirinya akan sekali lagi dihumban ke dalam penjara walaupun Zahid hanya memberitahu tiga pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu,Sabah tidak akan didedahkan untuk mengelakkan prasangka atau prejudis apabila kes itu dibawa ke mahkamah.Apa yang lebih menarik,maklumat terperinci itu bukan sahaja datang dari pihak polis,malah pihak tentera juga terlibat dalam mengumpulkan segala bukti-bukti yang ada.
Berdasarkan laporan tersebut,polis dan tentera akan meneliti dari segi undang-undang untuk kuatkan hujah di mahkamah.Polis,tentera dan peguam negara akan duduk bermesyuarat untuk serahkan dokumen tersebut untuk tindakan selanjutnya.Rakyat Malaysia nampaknya sudah tidak sabar lagi untuk mengetahui siapakah dua orang dari semenanjung dan seorang dari Sabah yang telah menjadi pengkhianat kepada negara.Bukan sahaja rakyat,tetapi pemimpin pembangkang iaitu bekas Ketua Menteri Sabah,Yong Teck Lee turut mendesak agar tiga pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu,didedahkan.Memandang pilihan raya umum telah berakhir dengan jayanya,adalah amat tepat dan masa yang terbaik untuk mendedahkan dalang tersebut kerana jika pendedahan dibuat sebelum PRU13, ia seolah-olah mempunyai tujuan politik.
Selepas dibebaskan dari penjara,Anwar sepatutnya menjadi seorang Muslim yang baik dan berguna untuk masyarakat Islam di negara ini dan berhenti daripada menjadi seorang pengkhianat yang melampaui batas.Anwar sepatutnya bermuhasabah diri dengan apa yang telah beliau lakukan selama ini dan bukannya menjadi pengkhianat bertindak menghasut rakyat serta menyalahkan pihak lain di atas kejahilan diri sendiri.Anwar harus kembali ke pangkal jalan,bermuhasabah diri dan memperbaiki diri untuk menjadi seorang Muslim yang baik dan bermanfaat kepada ummah.Anwar perlu sedar,sudah ramai rakan-rakannya yang ikhlas dalam perjuangan,yang dulunya sanggup berkorban apa saja untuk beliau, kini seorang demi seorang telah meninggalkan beliau.Apakah rakan-rakan yang meninggalkan Anwar itu salah semuanya dan Anwar saja yang betul ???
Sudah tentu ada sebab musabab yang menyebabkan mereka meninggalkan perjuangan Anwar walaupun sudah ada yang berpuluh tahun bersama dengan beliau.Anwar perlu sedar hakikat ini dan rakyat juga perlu melihat perkara ini dengan fikiran yang terbuka dan belajar menerima hakikat.
RENUNG-RENUNGKAN
6 comments:
Penjarakan semua sialan dalang yg menghuru-harakan negara,tak kira bang Non ker atau bapak bang Non.....kalau dihadapkan tuduhan dan didapati bersalahkasi jelkan sama dia!!!!!Pergi mampus sama ada dia ada pengaruh Barat ker atau pengaruh Pak mana pun,kasi sumbat dia dalam jel.Mohon2 biar dia keluar,bulu dalam seluar dalam dia pun dah beruban.
Dapat tgkp hukum gantung jer
ramai polis dan tentera terkorban, hanya hukuman mati yg padan untuk pengkhianat negara!
Hukum gantung atau penjara hayat
DI SAAT USIA KIAN MEMANJAT DAN SEMAKIN LANJUT, ANWAR SEHARUSNYA SEMAKIN MATANG DAN BIJAK DALAM BERTINDAK, PADA USIA EMAS INI SEHARUSNYA ANWAR SEMAKIN KUAT NASIONALISME NYA, SEMAKIN KUAT JATI DIRI DAN KECINTAANNYA PADA NEGARA YANG MAKMUR DAN BERTUAH INI...PADA USIA SEBEGINI SEHARUSNYA JIWA ANWAR KUAT DAN SEMAKIN AMPUH DENGAN NILAI-NILAI MURNI BERLANDASKAN AGAMA DAN SEMAKIN HARI JIWA NYA SEMAKIN DEKAT MENGABDI DIRI KEPADA ALLAH S.W.T.....PADA MASA YANG SAMA BELIAU SEHARUSNYA BENCI DENGAN PERBUATAN KEJI DAN SIA-SIA.......TETAPI SAYANG PADA USIA SUBSIDI YANG ALLAH BERI INI...ANWAR TELAH SIA-SIAKAN NYA BEGITU SAJA..MALAHAN LAGI TERUK BELIAU TELAH MENGISI DETIK-DETIK HIDUPNYA DENGAN PERKARA BURUK YANG DIKEJI ALLAH SERTA MANUSIA.....SESUNGGUHNYA RAKYAT YANG WARAS TERAMAT RIMAS DAN GUSAR DENGAN KERJA KERJA TOLOL DAN BODOH BELIAU.....KEPADA PIHAK YANG BERWAJIB TOLONGLAH SEGERAKAN SIASATAN DAN BIARKAN PELAKUNAYA MENERIMA HUKUMAN YANG SETIMPAL DENGAN PERBUATAN NYA.
Apakah hukuman yg setimpal utk pengkhianat negara?..Klu di Amerika dan Israel, hukuman bunuh..hukuman ISLAM....? nak jd pemimpin mesti jd contoh yg baik. klu hipokrit, sori le..
Post a Comment